Hari ini adalah Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh negara, termasuklah di sekolah saya SMK Telok Kerang.
Realitinya, kadar penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti fizikal dan
sukan tidak sampai 40% berbanding negara-negara bersukan seperti
Australia, Jepun dan United Kingdom yang melebihi 60%. Bila kadar
penglibatan di Malaysia rendah, sukan tidak terterap dalam budaya dan
gaya hidup kita. Saya percaya rakyat Malaysia cintakan sukan.
Namun walaupun negara kita dipenuhi dengan pencinta dan pengkritik
sukan, gelaran negara bersukan masih jauh dari genggaman Malaysia. Budaya ini memberi impak kepada
pencapaian kita di peringkat tertinggi. Bila tiada budaya bersukan,
tapak penyertaan sukan kita semakin menyusut. Bila tiada budaya
bersukan, ibubapa tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk menyemai
minat dan mengasah bakat dalam sukan. Bila tidak ramai anak kecil kita
yang bersukan, amat sukar bagi Malaysia mencari pengganti Chong Wei,
Nicol, Pandelela dan Azizul.
Natijahnya, usaha menjadikan rakyat
Malaysia lebih aktif ini bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu
meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus
membentuk lebih ramai bintang-bintang sukan untuk masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan