Rabu, Julai 29, 2009

LANDSKAP 1 - LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Landskap adalah apa jua rupa bentuk atau pemandangan di atas daratan/muka bumi sama ada yang semula jadi atau buatan. Contohnya; gunung-ganang, sungai, hutan, jalan raya, bangunan, tasik, padang pasir, tumbuh-tumbuhan, rumput, dan sebagainya. Landskap bleh dilihat di mana-mana di sekeliling kita.


Perlandskapan merupakan proses dan usaha manusia untuk memelihara persekitarannya yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk mendapatkan keselesaan, keselamatan, kepuasan, harmoni dan keseronokan. Landskap yang baik terhasil daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua faktor disekelilingnya agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya.


Landskap mempunyai beberapa elemen, diantaranya adalah tumbuh-tumbuhan (landskap lembut), struktur binaan (landskap kejur), air, manusia dan rupa bumi.
Untuk membina sebuah landskap ia melibatkan beberapa tenaga iaitu diantaranya pemilik landskap, pereka bentuk landskap, arkitek landskap, dan kontraktor landskap.

Landskap kampung di Besut, Terengganu.

Landskap rumah kampung di Kampung Parit Rambai, Pontian, Johor.

Landskap-landskap di LAMAN K. Lumpur


Landskap di Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Landskap di Pulau Pangkor, Perak.


Landskap mini di SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.

Landskap kampung pantai timur di Terengganu.


Ladang teh di Cameron Highland.

Landskap di Pulau Langkawi.

Landskap di Taman Tasik, Taiping, Perak.

Landskap di Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan