Landskap ada dua jenis iaitu landskap lembut dan landskap kejur.
1. Landskap Lembut
Landskap lembut melibatkan penggunaan elemen-elemen semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan dan air. Ia elemen penting bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah. Ia adalah pelaksanaan penanaman tumbuh-tumbuhan hiasan di tapak landskap. Melalui pemilihan dan gabungan tumbuhan hiasan yang betul, reka bentuk landskap yang menarik dapat dihasilkan. Spesies tumbuhan hiasan perlu dipilih berdasarkan ciri fizikal dan kimia tumbuhan tersebut. Melalui pemilihan ini, reka bentuk sesuatu kawasan landskap dapat diubah suai mengikut cita rasa pengguna atau pemilik. Kumpulan tumbuhan landskap merujuk kepada elemen tumbuhan dalam landskap seperti pokok naungan, pokok renek, turf, penutup bumi, pokok memanjat dan menjalar, pokok palma, pokok hiasan dalaman dan pokok herba. Ia berbeza dari segi saiz, pertumbuhan, rupa bentuk, warna daun, bunga, dan kadar tumbesaran. Bentuk tumbuhan landskap adalah seperti bentuk bulat, bentuk bujur telur, bentuk songsang, bentuk kun, bentuk bujur memanjang, dan tidak berbentuk.
2. Landskap Kejur
Landskap kejur melibatkan elemen-elemen buatan dan keras. Ia adalah elemen kaku yang kadang-kala mencacatkan landskap, tetapi fungsinga selalu menjadi keutamaan. Elemen-elemen ini dibina di tempat yang sesuai untuk menjana nilai estetika disamping memberi fungsi tertentu. Pembinaannya diadun dengan prinsip-prinsip landskap iaitu bentuk, ruang dan susunan. Ia merangkumi seperti batu, kayu, lampu, wakaf, pejalan kaki, lampu jalan, pergola, bangku, bollards, papan tanda, dan peralatan rekreasi. Faktor pemilihan landskap kejur ialah ciri-ciri keselamatan, pemilihan elemen, pemilihan bahan, cara pemasangan, kesenian reka bentuk, jenis bahan, lokasi dan fungsi.
Terima kasih π
BalasPadamTerima kasih atas info. Ia sangat membantu saya menyiapkan kerja sekolahππ
BalasPadamTerimah kasih kerana membuat catatan untuk kebaikkan untuk murid yang persekolah☺️π
BalasPadam