Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, Mac 08, 2011

ISU SAMAN EKOR


Dalam masa 2 minggu kebelakangan ini isu bayar saman menjadi topik hangat. Saya rasa sesiapa jua yang berkenderaan dan mamandunya tentunya pernah kena saman dan tak bayar saman lalu menjadi saman tertunggak. Tertunggak hingga bertahun-tahun. Sehinggalah pada satu tarikh yang kita tidak  senangi iaitu Isnin 28 Februari 2011 iaitu tarikh terakhir kita bayar saman. Kalau tak, kita akan di senaraihitamkan daripada memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan.

Saya juga seperti orang lain, tunggu bayar di saat-saat akhir (agaknya mentaliti rakyat Malaysia). Biar berbaris panjang tak apa. Mesti ada diskaun punyeee... Bukan saya tak nak bayar segera, tapi saya memang tak puas hati. Bawa kereta dengan had laju 65 km/j di depan sekolah di kawasan kampung pun kena saman. Bawa kereta dengan hadlaju 120 km/j di lebuhraya pun kena saman. Bukannya kita memandu dnegan had laju macam itu secara berterusan. Ia terjadi sekali sekala apabila tertekan minyak lebih. Itu pun kena saman. Memang saya tak puas hati...

Kumpul punya kumpul, saman saya berjumlah RM1522.00 termasuk dua saman yang saya tak buat berjumlah RM600.00 (kes beli kereta baru, kereta yang lama belum tukar nama). Setelah diskaun saya kena bayar sejumlah RM760.00. Banyak saman yang dikenakan ke atas saya kerana kesalahan melebihi had laju selain parkir di garisan kuning. Saya memang tak puas hati.

Semalam saya terbaca artikel ini di Utusan Malaysia bertarikh 7 Mac 2011. Rasanye apa yang ditulis ni macam betul.  Maka adalah di kalangan kita yang terinyaya...Saya tak pernah terima surat-surat saman yang di kenakan ke atas saya. Saya tahu mengenai saman saya setelah saya menyemak di kaunter semakan di Balai Polis. Itulah ceritanya....

Marilah kita sama-sama baca....


MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)