Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Negaraku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negaraku. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 28, 2015

PENGISIAN KEMERDEKAAN MESTI SELARI DENGAN ISLAM


Kemerdekaan adalah pembebasan daripada penjajahan dan ikatan. Sebagai negara yang merdeka, kita bebas menentukan apa sahaja perancangan, matlamat dan tindakan sama ada dari sudut ekonomi, sosial mahupun politik tanpa terikat kepada sesiapa. Pada masa sama, kemerdekaan yang dicapai juga bermaksud bahawa kemerdekaan itu perlu dikekalkan dan menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai pewaris negara merdeka. Hakikatnya, inilah perjuangan yang lebih getir berbanding perjuangan untuk mencapai kemerdekaan itu sendiri. 

Dalam Islam, kemerdekaan itu suci maknanya. Islam membawa erti kesejahteraan, kedamaian dan keamanan. Hakikatnya, semua makna itu menjurus kepada maksud kemerdekaan yang kita fahami kini. Bagi seorang Muslim nikmat kebebasan dalam kemerdekaan seharusnya disyukuri dan dihayati. Bebas daripada syirik, sifat jahiliah Kemerdekaan bukan sahaja memberi lesen untuk menentukan corak hidup, lebih penting lagi adalah membebaskan diri dan pemikiran daripada syirik kepada Allah SWT serta sifat jahiliah. 

Oleh itu, seorang Muslim yang merdeka bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang telah Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70).

Kemerdekaan juga adalah satu bentuk rezeki kurniaan Allah SWT yang wajib untuk kita syukuri dalam cara bertepatan iaitu dengan memelihara dan menjaga ia daripada dicemari atau dirosakkan oleh anasir luar yang sentiasa cuba menggugat kedamaian negara Malaysia yang kita cintai ini. 

Marilah bersama kita pastikan dalam keghairahan meraikan kemerdekaan yang bakal disambut nanti, segala pengisian sambutan perlulah dititikberatkan meliputi acara yang memberi kesedaran dan peringatan mengenai makna kemerdekaan amnya serta makna kemerdekaan seorang Muslim khususnya. Kita bukan sahaja berhadapan golongan yang lupa makna kemerdekaan, kita juga berhadapan mereka yang lalai menjadi seorang Muslim sejati. Lupa dan lalai itu menyebabkan kita mempersia-siakan negara tercinta dan lebih dahsyat lagi hingga mengabaikan diri serta tanggungjawab sebagai seorang Muslim. 

Oleh itu, sambutan kemerdekaan seorang Muslim harus diisi dengan lebih banyak acara kesyukuran atas nikmat kemerdekaan kurniaan Ilahi. Usah lena dibuai mimpi dan hiburan tiada henti. Turutilah resmi padi, kian tunduk pabila berisi. Imam Ahmad meriwayatkan daripada An Nu'man bin Basyir, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak." 

Justeru, syukurilah nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi ini kerana tidak sedikit pengorbanan yang dilakukan pemimpin dan pejuang terdahulu untuk mencapainya. Wadah penjajahan moden bukan lagi datang bersama angkatan bala tentera, tidak perlu bersemuka mengangkat senjata. Sebaliknya, penjajahan era baharu datang bersama sesuatu yang menggembirakan atau melalaikan. Lupa akar budaya, jati diri bangsa Akibatnya kita tidak terasa dijajah kerana penjajahan menggula-gulakan kita dengan hiburan dan keseronokan luar biasa hingga terlupa akar budaya serta jati diri bangsa. Inilah penjajahan budaya yang menjajah akal dan minda kita. 

Liberalisasi teknologi komunikasi terutamanya kelonggaran kawalan isi kandungan dalam media elektronik menyumbang kepada penjajahan budaya bentuk baharu. Isi kandungan program televisyen seolah-olah dunia sudah tiada sempadan apabila nilai liberal menjadi kayu ukur yang menjurus kepada hiburan melampau. Dengan rangkaian internet tanpa batasan, kita boleh menonton, melihat dan membaca hampir apa sahaja dengan cukup mudah. Laman sosial telah dibudayakan sedemikian rupa dan penjajahan budaya berjaya apabila penyebaran maklumat palsu, fitnah, caci maki serta penentangan secara membuta tuli. Imej ketimuran berubah.

Tanpa disedari, liberalisasi dalam isi kandungan program televisyen dan filem mengajar remaja Malaysia cara hidup Barat. Kehidupan penuh tatasusila ditukar kepada kebebasan tanpa batasan. Adab dan kesopanan tidak lagi menjadi pakaian anak muda hari ini. Akhirnya, imej ketimuran berubah menjadi budaya Barat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): Turutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan." (Surah al-A'raf ayat 3).

Allah SWT mengingatkan kita supaya sentiasa taat dan patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan sesekali kita menjadikan budaya Barat sebagai ikutan sebaliknya kembalilah kepada sunah junjungan Rasulullah SAW. 

Marilah jadikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sebagai satu wadah menzahirkan kemerdekaan hakiki seperti yang disarankan oleh ajaran agama yang sebenar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Surah al-A'raf, ayat 96).

Penulis Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 

Sumber:  Berita Harian

Selasa, Ogos 04, 2015

TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


 
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sehati dan sejiwa pada perpaduan di antara kaum dan bangsa di negara kita Malaysia yang unik tersendiri.

Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung, walaupun terpisah diantara laut china selatan gitu kita adalah satu negara yang sentiasa memerlukan diantara satu sama lain. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Rabu, Mei 15, 2013

BARISAN MENTERI KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

 

Berikut ialah senarai barisan menteri kabinet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: 

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak 

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim 
Timbalan Menteri: P. Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator) 

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan 


Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan 


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar 


Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari 


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri 


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit 


Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi 


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang 


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman 


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri 


Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan 


Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator) 


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun 


Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin 


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique 


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon 


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi 


Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan 


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah 


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Selasa, Mei 14, 2013

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR YANG BARU

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru hari ini.  

Mohamed Khaled yang juga bekas menteri pengajian tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di Johor Baharu kira-kira 10.40 pagi ini.
 
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.


Turut mengangkat sumpah hari ini ialah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi mengisi sembilan jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

 

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, BN Johor berjaya memenangi 38 kerusi DUN daripada 56 yang dipertandingkan dan 21 daripada 26 kerusi parlimen.

Pada PRU-13 lepas, Mohamed Khaled memenangi kerusi DUN Permas selepas menewaskan calon PAS, Syed Othman Abdullah dengan majoriti undi sebanyak 5,752, manakala Abdul Ghani pula tewas bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang.

 

Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis angkat sumpah itu berkata beliau bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Sultan Johor untuk memegang jawatan Menteri Besar Johor.
 

"Patik bersyukur dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan dan kepercayaan Tuanku kerana melantik patik sebagai menteri besar. Sesungguhnya segala amanah dan tanggungjawab akan dilaksanakan dan dipelihara sebaiknya dalam melaksanakan tugas sebagai menteri besar," katanya.
 

Pada majlis yang turut dihadiri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anggota Majlis Jumaah Diraja dan Adun lain yang termasuk daripada pembangkang, beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan jujur demi rakyat.
 

Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor kerana memberikan mandat baru kepada BN untuk terus memimpin dan mentadbir negeri di selatan tanah air ini dengan adil.

"Kerajaan negeri akan terus membela kepentingan dan penuhi harapan segenap lapisan masyarakat," katanya.

 

Sementara itu sembilan Adun yang dilantik sebagai anggota Exco termasuk dua yang dilantik semula serta seorang wakil rakyat daripada MCA yang dilantik sendiri oleh Sultan Johor bagi mewakili masyarakat Cina di Johor.
 

Sultan Johor mempunyai hak melantik sendiri anggota exco kerajaan negeri di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.
 

MCA sebelum ini memutuskan untuk menolak sebarang jawatan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRU13.
 

Mereka yang dilantik semula sebagai anggota Exco ialah Md Jais Sarday (DUN Mahkota) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Asiah Ariff (DUN Johor Lama) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Wakil masyarakat Cina yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Datuk Tee Siew Kiong (DUN) Pulai Sebatang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan. Tee juga merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan MCA.

Lain-lain anggota exco termasuk Hasni Mohamad (Benut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan R.Vidyanathan (DUN Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.


Selain itu, Abdul Mutalib Abdul Rahim (DUN Layang-Layang) pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Latif Bandi (DUN Endau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.


Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Zulkurnain Kamisan yang juga anggota DUN Sri Medan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Ahad, Mei 12, 2013

KENANGAN LAWAN POSTER DAN BENDERA PRU13 DI KAWASAN KAMPUNGKU, DUN KUKUP DAN PARLIMEN TANJONG PIAI

Suasana perang poster dan bendera semasa PRU13 di kampungku, DUN Kukup dan Parlimen Tanjong Piai. Rasanya belum cukup meriah...