- Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.
- Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS.
- Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat: Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat: Nabi Adam AS.
- Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
- Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat: Nabi Muhammad SAW
- Orang yang pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar AsSiddiq RA
- Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
- Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA
- Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki: Al-Harith bin Abi Halah RA
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
- Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
- Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas RA
- Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
- Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib RA
- Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
- Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah: Az-Zubair bin Al- Awwam RA
- Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
- Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah binti Khuwailid RA
- Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh: Imam Syafie RH
- Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
- Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawayah bin Abi Sufyan RA
- Orang yang pertama membuat perpustakaan awam: Harun Ar-Rasyid RH
- Orang yang pertama mengadakan baitul mal: Umar Al-Khattab RA
- Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
- orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
- Orang yang pertama digelar Al-Muqry: Mus’ab bin Umair RA
- Orang yang pertama masuk Syurga: Nabi Muhamamad SAW
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Isnin, September 09, 2013
YANG PERTAMA...
Sabtu, Mac 03, 2012
MISTERI KITAB INJIL 1500 TAHUN
Bebarapa hari ini perhatian dunia tertumpu ke Turki. Publik dihebohkan dengan terungkapnya sebuah misteri yang terkandung dalam Kitab Injil berusia 1500 tahun yang tersimpan di negara itu. Di Ankara, ditemui sebuah kitab Injil kuno penuh rahsia yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW. Penemuan ini telah menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Yang heboh ialah apabila penemuan Kitab Injil kuno itu mengungkap sebuah fakta yang menggoncang keimanan, terutama bagi umat Kristian. Betapa tidak, Injil Barnabas itu mengajarkan ajaran yang berbeza dibandingkan doktrin Kristian dunia. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Yang heboh ialah apabila penemuan Kitab Injil kuno itu mengungkap sebuah fakta yang menggoncang keimanan, terutama bagi umat Kristian. Betapa tidak, Injil Barnabas itu mengajarkan ajaran yang berbeza dibandingkan doktrin Kristian dunia. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Kitab Injil 1,500 tahun yang ditemui itu menggemparkan Vatican kerana isi didalamnya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatangan Nabi Muhammad SAW. Vatican mengarahkan jangan disebarkan sebelum vatican melihatnya dahulu. Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Kitab Injil yang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta ini yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara. Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas.
Injil Barnabas itu meyakini Yesus (Isa) sebagai utusan, bukan Tuhan. Menurut Huffingtonpost, Injil Barnabas pun meyakini adanya utusan (nabi) penerus risalah Isa, yang berasal keturunan Nabi Ismail, yakni Nabi Muhammad SAW.
Dari wikipedia: Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi. Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Kitab Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas. Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

Injil Barnabas itu meyakini Yesus (Isa) sebagai utusan, bukan Tuhan. Menurut Huffingtonpost, Injil Barnabas pun meyakini adanya utusan (nabi) penerus risalah Isa, yang berasal keturunan Nabi Ismail, yakni Nabi Muhammad SAW.
Dari wikipedia: Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi. Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Kitab Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas. Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay yang memberitahu akhbar Daily Mail mengatakan bahawa naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi anti-penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
Hasan: Mohon maaf jika ada kesilapan fakta.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi anti-penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
Hasan: Mohon maaf jika ada kesilapan fakta.
Ahad, Februari 12, 2012
'BUTAKAH CINTA'
Dalam sedar atau tidak, ramai di kalangan Umat Islam turut sama meraikannya. Lebih merisaukan lagi, bilamana sambutan ini semakin mendapat tempat di hati anak-anak remaja. Antara fenomena yang sering kelihatan pada Hari kekasih ini ialah; penampilan pasangan uda dan dara dengan pakaian yang indah, menyusun pertemuan untuk saling memberi dan menerima hadiah, yang sinonimnya dengan pemberian ros berwarna merah, sebagai lambang kasih yang bertaut sudah. Malah ada yang mengakhiri pertemuan ini dengan perlakuan maksiat dan zina. Maka tunggulah 9 bulan lagi akan lahirlah insan-insan yang tidak berdosa akibat perbuatan mereka yang kononnya punyai cinta sejati.
Orang muda yang hangat bercinta, semuanya indah..terasa dunia ini mereka yang punya dan cakap orang lain semuanya salah, malah pandangan ustaz, ustazah, fatwa majlis kebangsaan pun mereka langgar inikan pula khatib di mimbar jumaat ini yang menegurnya. Sudah terang lagi bersuluh namun ianya tetap dipandang enteng dek kerana kasih sayang yang mereka agungkan. Bukan tidak ada hebahan sambutan hari kekasih itu dilarang oleh islam, namun sikap mereka seolah-olah mencurah air ke dalam pasir. Masuk menyerap tetapi kesannya tetap tiada.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan dari tahun 200 hingga 2008 terdapat lebih 257 ribu sijil kelahiran tanpa nama bapa. Ini bermakna secara purata, 2500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Wal Iyazu Billah..
Persoalannya.. Pernahkah kita bertanya, dari manakah datangnya budaya ini? Wajarkah ianya diterima sebagai suatu sambutan tahunan yang patut dirai? Apakah ada natijah baik untuk kita umat Islam yang boleh dibanggakan dari sambutan ini?
Mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan mereka tidak tahu dan tiada maklumat tentang perkara ini. Ingatlah, kita bertanggungjawab untuk meneliti terlebih dahulu apa juga yang ingin kita ikuti. Kita juga dituntut untuk memahami dan menghayati ajaran Islam secara menyeluruh. Tiada alasan untuk terus berdiam diri dibelenggu kejahilan.
Mari kita renungi firman Allah SWT di dalam Surah Al-Israk ayat 36: Bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
Sedarlah, menurut satu kajian, Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian, Saint Valentine yang telah mengisytiharkan bahawa tanggal 14 Februari 1492 Masihi adalah Hari Kasih Sayang, bersempena kejayaan Kerajaan Kristian menumbangkan Kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim. Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.
Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani? Sedarlah wahai kaum muslimin, sesungguhnya agama ini telah dibawakan kepada kita amat sempurna dan cukup indah melalui kekasih Allah, Rasulullah Muhammad SAW.
Bukankah Allah SWT pernah menyebut kenyataan ini di dalam surah alHajj pada ayat ke 67: Bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.”
Sebenarnya sudah berulang kali kita jelaskan hukum meraikan sambutan Hari Kekasih ini. Panel Kajian Aqidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 pula memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur agama v Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Amaran tentang meniru perlakuan orang bukan Islam pernah ditegaskan di dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mari kita renungi firman Allah SWT di dalam Surah Al-Israk ayat 36: Bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
Sedarlah, menurut satu kajian, Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian, Saint Valentine yang telah mengisytiharkan bahawa tanggal 14 Februari 1492 Masihi adalah Hari Kasih Sayang, bersempena kejayaan Kerajaan Kristian menumbangkan Kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim. Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.
Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani? Sedarlah wahai kaum muslimin, sesungguhnya agama ini telah dibawakan kepada kita amat sempurna dan cukup indah melalui kekasih Allah, Rasulullah Muhammad SAW.
Bukankah Allah SWT pernah menyebut kenyataan ini di dalam surah alHajj pada ayat ke 67: Bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.”
Sebenarnya sudah berulang kali kita jelaskan hukum meraikan sambutan Hari Kekasih ini. Panel Kajian Aqidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 pula memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur agama v Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Amaran tentang meniru perlakuan orang bukan Islam pernah ditegaskan di dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Bermaksud : “Sesiapa yang meniru (perlakuan) suatu kaum maka dia dikira termasuk dari kalangan kaum itu”.
Tentu sekali kita tidak mahu untuk termasuk ke dalam golongan yang disabdakan Rasulullah SAW ini. Meskipun begitu, bukankah masih ramai umat Islam yang meraikan sambutan ini? Lantaran itu kita perlu bertindak membendung amalan yang jelas menjerat umat Islam ke lembah kehinaan ini. Antara langkah yang wajar dilakukan segera ialah:
- Penjelasan berkenaan larangan menyambut Hari Kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih ini. Mereka juga hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dan terpengaruh dengan budaya barat dan ajaran selain Islam. Guru di sekolah, pensyarah di pusat pengajian tinggi, ibubapa di rumah malah setiap individu muslim perlu berperanan menyampaikan maklumat dan penjelasan ini.
- Ibu bapa perlu memupuk kasih sayang dan pergaulan mesra sesama anak-anak dan ahli keluarga. Inilah faktor yang boleh menyemai kasih dan cinta yang dituntut agama. Jiwa anak-anak yang subur disirami kasih dan sayang keluarga akan kuat dan ampuh untuk menolak segala bentuk kasih dan cinta yang ditegah agama apatah lagi untuk meraikannya.
- Pihak media juga hendaklah memainkan peranan dalam memperbetulkan fahaman remaja tentang sambutan Hari Kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruh dan lebih luas jangkauannya.
Kembalilah kepada Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam batasan dan panduan syariat. Kasih sayang di dalam Islam dituntut sepanjang masa bukan bermusim atau bersempena apa-apa peristiwa. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, ahli keluarga, rakan, sahabat dan sesama masyarakat boleh dijalinkan di atas tuntutan Ukhuwah Islamiah. Bukankah salah satu dari tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah mereka yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Sesungguhnya ‘Cinta itu Tidak Buta’ tetapi manusia yang lari dari panduan Allah dan RasulNya pasti ‘Buta dalam Bercinta’.
Antara pengajaran utama yang boleh diambil daripada khutbah hari ini ialah:
- Umat Islam diharamkan meyambut Sambutan Hari Kekasih kerana ia adalah amalan Umat Kristian yang merayakan hari Kejatuhan Kerajaan Islam.
- Umat Islam dilarang meniru gaya hidup dan amalan orang-orang bukan Islam kerana Islam adalah agama yang unggul, ulung dan sempurna.
- Islam memberi panduan lengkap di semua aspek kehidupan termasuk panduan dalam berkasih sayang.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am ayat 116 dan 117: Bermaksud: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui akan sesiapa Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat petunjuk.”
Petikan teks khutbah Jumaat terbitan JAWI bertajuk 'Butakah Cinta'
Petikan teks khutbah Jumaat terbitan JAWI bertajuk 'Butakah Cinta'
Sabtu, Februari 11, 2012
VALENTINE'S DAY: UMAT ISLAM DIINGATKAN TINGGALKAN BUDAYA KRISTIAN
Umat Islam diingatkan agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam. Selain bercanggah dengan akidah umat Islam, ia juga boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala melalui istilah-istilah yang digunakan. Sedar atau tidak jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine?’ maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’ dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Sambutan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan amalan meraikannya adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Justeru umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
Ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami pengertian sambutan Hari Valentine. Persoalannya.. Pernahkah kita bertanya, dari manakah datangnya budaya ini? Wajarkah ianya diterima sebagai suatu sambutan tahunan yang patut dirai? Apakah ada natijah baik untuk kita umat Islam yang boleh dibanggakan dari sambutan ini? Mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan mereka tidak tahu dan tiada maklumat tentang perkara ini.
Tanggal 14 Februari dinamakan Hari Valentine bersempena kejayaan kerajaan Kristian menumbangkan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim. Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.
Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani?.
Awas! Jerat Valentine's Day
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
Sejarah Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat Pertama
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat Ketiga
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat Keempat
Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Kebejatan Acara Valentine’s Day
Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam Ada Cara
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Penutup
Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
Sedutan daripada JAKIM
Rabu, November 30, 2011
MASJID KEMBAR DI MUAR
Sesiapa yang pernah pergi ke Muar, Johor tentu pernah melihat atau bersolat di salah satu masjid ini iaitu dua buah masjid yang seakan-akan sama reka bentuknya. Kedudukan kedua-duanya terletak bertentangan yang dipisahkan oleh Sungai Muar. Yang terletak di Bandar Maharani dinamakan Masjid Sultan Ibrahim manakala yang terletak di Tanjung Agas dinamakan Masjid Sultan Ismail.
Masjid Jamek Muar (Masjid Sultan Ibrahim) adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembuatan masjid dan meupakan masjid yang tertua di Daerah Muar ini. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu En. Sulaiman Bin Hj. Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said Bin Hj. Sulaiman. Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor), Yang Berhormat Dato’ Mustapha (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.
Di seberang sungai iaitu di tanjung Agas, didirikan pula Masjid Sultan Ismail. Ia menjadi mercu tanda terbaru bandar Muar. Masjid Sultan Ismail iaiah Masjid Jamek Kedua yang terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim, Masjid Jamek Pertama yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan. Masjid ini disiapkan pada tahun 2002. Ia menyajikan pemandangan indah apabila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai. Masjid ini dapat memuatkan lebih kurang 5000 jemaah didalam satu masa.
Sekilas mengenai Masjid Sultan Ismail:
- Ia replika kepada Masjid Sultan Ibrahim yang bercirikan senibina Inggeris. Ia menjadi mercu tanda terbaru di Bandar Maharani. Didirikan betul-betul di utara tebing Sungai Muar. Pelan arkiteknya persis kepada Masjid Sultan Ibrahim.
- Menara azannya lebih besar dan setingkat lebih tinggi daripada Masjid Sultan Ibrahim.
- Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman Masjid Sultan Ibrahim. Perbezaannya hanyalah dari segi bahan binaan, saiz dan kehalusan seni pembuatannya.
- Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di Masjid Sultan Ibrahim masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.
- Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala Masjid Sultan Ibrahim pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.
- Bentuk dan corak pintu masuk di sekeliling ruang solat utama Masjid Sultan Ismail ini adalah serupa dengan Masjid Sultan Ibrahim.
- Tiang-tiang roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yang sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin dan juga bumbung sedangkan di Masjid Sultan Ibrahim ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
- Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat daripada kayu berukir halus sedangkan di Masjid Sultan Ibrahim ia dibuat dari logam yang diukir juga.
- Dinding belakang mimbar serupa dengan Masjid Sultan Ibrahim, cuma berlainan warna catnya.
- Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan di Masjid Sultan Ibrahim ruang wuduknya dibiarkan lopong untuk menadah air hujan.
- Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih dan biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.
![]() |
| Masjid Sultan Ibrahim dilihat dari Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Bahagian hadapan Masjid Sultan Ibrahim. |
![]() |
| Bahagian hadapan Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Bahagian belakang sisi kiri masjid Sultan Ibrahim. |
![]() |
| Bahagian belakang sisi kiri Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Bahagian hadapan sisi kanan Masjid Sultan Ibrahim. |
![]() |
| Bahagian hadapan sisi kanan Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Sisi kiri Masjid Sultan Ibrahim. |
![]() |
| Sisi kiri Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Pintu utama Masjid Sultan Ibrahim. |
![]() |
| Pintu utama Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Masjid Sultan Ismail. |
![]() |
| Masjid Sultan Ibrahim. |
Khamis, November 17, 2011
MAKLUMAT MENGENAI KA'ABAH
Maklumat mengenai Kaabah
- Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
- Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
- Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
- Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
- Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
- Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
- Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
- Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
- Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
- Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
- Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
- Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
- Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
- Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
- Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Jumaat, Oktober 08, 2010
HIKMAH DI SEBALIK IDEA PADERI TERRY JONES
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Surat dari Dr. Ahmad Sabeel, Pengarah Projek GainPeace, Amerika Syarikat.
Utusan Malaysia, 8 Oktober 2010
Idea membakar al-Quran yang dicetuskan Terry Jones, biarpun menimbulkan kemarahan umat Islam namun ia secara tidak langsung dapat mempromosikan Islam.
Terima kasih Terry Jones! Ini kerana cetusan idea beliau untuk membakar al-Quran memberikan terlalu banyak hikmah kepada umat Islam. Ini termasuklah;
- Ia telah memberikan peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Ramai yang tercari-cari dan membeli buku-buku mengenai Islam, sekali gus naskhah al-Quran itu sendiri. Ini memberikan pendapatan kepada pengusaha kedai-kedai buku. Hikmah-hikmah lain yang kita nikmati dari idea Jones.
- Ramai kini tanpa mengira Islam dan bukan Islam mengunjungi masjid-masjid untuk menghadiri kelas-kelas pengajian mengenai Islam dan pulang dengan menerima pelbagai pesanan-pesanan indah mengenai Islam.
- Semakin ramai juga yang menghubungi talian panas (hotline) dan bertanya mengenai percaya, iman dan doktrin Islam. Ini memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menjelaskan mengenai Islam.
- Perkataan 'Islam' dan 'al-Quran' adalah antara yang paling banyak dilayari melalui Google atau Internet. Fenomena ini menyebabkan semakin ramai berbicara mengenai Islam dan al-Quran dengan mengunjungi pelbagai laman web Islam untuk belajar mengenai kebenaran Islam.
- Perpustakaan-perpustakaan menjadi semakin sibuk untuk melayani pinjaman cetakan al-Quran dan terjemahannya dalam pelbagai bahasa. Iaitu gedung-gedung perpustakaan terutamanya di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah sibuk meminjamkan salinan al-Quran itu kepada orang ramai.
- Setinggi-tinggi terima kasih kepada Terry Jones dan watak-watak yang anti al-Quran kerana memberikan 'iklan-iklan' percuma mengenai Islam. Ia berjaya menjimatkan jutaan dolar untuk tujuan membeli tapak-tapak iklan untuk mempromosikan al-Quran dan Islam. Terima kasih sekali lagi kepada anda kerana firman-firman atau kata-kata Allah kini menjadi perkataan yang popular dan tersebar luas.
- Terima kasih juga kerana kenyataan Terry Jones telah membangkitkan umat Islam itu sendiri. Umat Islam seluruh dunia kini lebih ghairah untuk kembali kepada keindahan iman dan kedamaian dalam Islam untuk dikongsi bersama dengan seluruh ahli keluarga, jiran tetangga, para sahabat dan kemanusiaan.
- Terima kasih kerana anda telah memberikan 'dorongan' yang sangat kuat untuk lebih ramai lagi yang memeluk Islam.
- Terima kasih kerana 'berjaya' menyatupadukan hati nurani rakyat-rakyat Muslim, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha malah atheis pada platform kebaikan bersama, cinta dan toleransi untuk sama-sama melawan kebencian, bias dan fanatik.
- Umat Islam berdoa kepada Allah supaya anda benar-benar dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan fikiran dan hati yang terbuka. Merenung kembali kepada keesaan tuhan.
- Semoga anda mendapat hidayah. Anda mulai menyembah Tuhan Yang Esa seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Selamat Datang kepada Islam wahai Terry Jones!
Khamis, Disember 17, 2009
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431 HIJRAH
Doa Tahun Baru
Doa Akhir Tahun
(Dibaca selepas waktu asar)
Bismillahirahmanirrahim
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan akau.
Aku mohon pemeliharaan dari-Mu sepanjang tahun ini daripada syaitan, pembantunya, tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Doa Awal Tahun
(Dibaca selepas Maghrib)
Bismillahirrahmanirrahim
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya.
Dan aku melakukannya dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka kami memohon kepada-Mu, wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga, sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)

















