Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Sains Pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains Pertanian. Papar semua catatan

Khamis, April 23, 2015

CIKGU HASAN TANAM PISANG TANDUK

Aku cikgu. Orang panggil aku Cikgu Hasan... Aku mengajar di sekolah menengah kecil; bilangan guru 54 orang dan jumlah muridnya 720 orang. Manakala isteriku seorang pengetua di sebuah sekolah menengah yang gurunya seramai 125 orang dan jumlah muridnya 1700 orang. Kitorang mempunyai minat yang sama iaitu bertani. Ketika ini kitorang mengusahakan tanaman pisang tanduk. Kitorang tanam di kawasan kebun kitorang dan juga di tepi parit sepanjang jalan di hadapan rumah kitorang. Seronok... Pisang yang ada itu kitorang jual. Sekilo paling kurang RM4.00. Setandan pisang tanduk kitorang boleh dapat lebih kurang RM30.00. Jual untuk buat kerepek atau jual yang dah tua untuk buat goreng pisang. Jika ada kawan-kawan yang bertandang ke rumah, kitorang hadiahkan kepada diorang buat buah tangan. Suka diorang...


Pertumbuhan pokok pisang terbantut sekejap kerana musim panas.

Seronok nengok kelopak pisang dah muncul.

Buah dah muncul...

Satu tandan yang biasa beratnya lebih kurang 8 kg.

Lembu masuk ke kawasan penanaman. Lembu tu orang sekampung punya.

Pisang kena curi. Diorang kait.

Diorang curi dengan mengait waktu malam. Pokok masih ada.

Kumpulkan pisang... ada orang tempah.

Siap timbang... orang beli nak buat kerepek.

Orang beli nak buat pisang goreng untuk jual...

Ada orang yang beli sikit-sikit... itupun bernilai RM50.00...

Hantar dengan kereta melayan permintaan pelanggan...

Kawan datang aku bagi pisang tanduk buat buah tangan...

Kawan dari Kuala lumpur datang, aku bagi pisang...

Ahad, November 22, 2009

EKSPO AGRO JOHOR 2009


Hari ini Ahad 22 Nov 2009 kami sekeluarga pergi ke Ekspo Agro Johor di Air Hitam, Johor. Ekspo ini bermula dari 21 November hingga 25 November 2009. Ekspo ini sebenarnya lebih kurang macam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Sesuatu yang baru mengenai teknologi pertanian macam tak ada. Biasalah apabila ada ekspo, yang banyak ada dan kelihatan ialah gerai-gerai dan promosi produk. Kami kenyang makan produk-produk yang dipromosikan oleh pengeluar. Seronok jugak.... Oleh kerana hari ini hari Ahad, ramai pengunjung yang datang. Ada bas bawa pengunjung ekspo ke ladang-ladang di Tapak Pertanian Moden. Pengunjung diberi peluang melihat dari dekat produk-produk yang diusahakan oleh pengusaha dan peladang.





Pentas ekspo.

Satu sudut di Pusat Pertanian Moden, Air Hitam.


Gerai-gerai pameran.
 


Pengunjung dan gerai pameran.
Gerai makanan.

Sijil penghargaan pengusaha roti canai.



Tentunya ada yang menarik......


Orkid yang cantik yang dipamerkan oleh pengusaha.


Penerangan daripada pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan.


Chef menunjukcara masak.....


Hiasan daripada buah-buahan.


Pengunjung amat berminat...


Produk karipap jadi johan pemprosesan makanan.


Orkid yang cantik.


Satu lagi hiasan buah-buahan.

Mesin perah tebu.


Pemenang produk kicap.


Pemenang produk cili.


Pemenang produk sos cili.


Pemenang produk tanaman nanas.


Pemenang produk tanaman belimbing.


Pemenang produk tanaman petola.


Pemenang produk tanaman peria.

Pemenang produk tanaman kacang panjang.


Pemenang produk tanaman nangka.


Pemenang produk tanaman pisang.

Pemenang produk tanaman kelapa.

Anak pokok pisang berangan daripada pembiakan kultur tisu.

Nangka daripada k-pertanian.


Rabu, Ogos 12, 2009

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

Sains Pertanian SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2009 diadakan di MITC, Melaka dari 10 hingga 16 Ogos 2009. Pada tahun ini HPPNK bertemakan Pertanian Menjana Ekonomi Negara. Pada hari ini diadakan pameran jabatan/agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, pameran/jualan sektor swasta, promosi/jualan hasil pertanian, ternakan, ternakair dan tangkapan ikan, promosi/pameran flora fest, pertunjukan/pameran/pertandingan haiwan ternakan, pameran ikan hiasan, pameran/pertandingan hasil pertanian, dan persembahan kebudayaan.


Diantara objektif HPPNK 2009 ialah; memupuk seangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan untuk untuk berusaha lebih gigih dalam meningkatkan kualiti hasil, menggalakkan para peladang, penternak dan nelayan supaya bersatu bagi meningkatkan sosio-ekonomi dan membenteras kemiskinan, menilai dan mengukur pencapaian mereka, mempamer dan mempromosikan teknologi dan hasil kajian, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan kepada masyarakat umum, dan menjadikan HPPNK sebagai salah satu platform kepada peladang, penternak dan nelayan bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan kepada mereka yang berminat.

Sebagai guru Sains Pertanian saya memang menantikan ketibaan HPPNK ini. Inilah masanya untuk kita mendapatkan maklumat perkara-perkara yang berkaitan dengan industri/sektor pertanian di negara ini. Disamping maklumat yang diperolehi, kita juga dapat pendedahan sesuatu yang baru sama ada produk, teknologi, hasil penyelidikan, dan segalanya yang berkaitan dengan pertanian. Dalam lawatan saya sebagai pengnjung HPPNK itu, saya berminat dengan maklumat mengenai industri penanaman dan pengeluaran hasil dari pokok gaharu. Harganya tinggi. Mengikut penerangan daripada pengusaha yang ada gerai di HPPNK itu, rasa-rasanya pokok itu boleh ditanam di kawasan belakang rumah kerana jaraknya hanya 6 kaki X 6 kaki.

Foto-foto ini adalah sebahagian suasana HPPNK di MITC Melaka.






Brosur....



Hasil ladang.



Besarnya labu!



Kambing ape ni?



Comelnya kambing boer ni....



Dua ekor kambing sedang berehat...



Jambu yang besar tu hanyalah replika....



Pameran Jabatan Pertanian.



Pertandingan terrarium sekolah di Melaka.



Kempen bumi hijau.



Landskap sayur-sayuran.

Pengunjung di gerai pameran.



Pameran jentera yang berkaitan dengan pertanian.



Jualan flora.



Gerai buah-buahan segar.



Membeli-belah di gerai buah-buahan.



Pavilion Johor.



Pavilion Melaka.



Pavilion Pahang.

Pavilion Selangor.

Pavilion Kedah.



Menara dari Melaka.



Jabatan Pertanian.



Back drop yang menarik.



Pamer dan jual.