Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Isnin, Jun 08, 2015

MERAYAU KE PERLIS - NEGERI KECIL TAPI MENARIK

Pada awal Jun lalu saya, orang rumah dan putera bungsu merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.

Perlis negeri kecil tapi menarik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga merasa, memang sedap.

Jika ke Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi nak menikmati makanan ala Thai... melayu Tahailand. Hari itu kami menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap. Yang paling unik apabila kami bersarapan di Kedai Makan Nasi Kandar Pokok Petai di Mata Ayer. Kedai makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada kayu balak. Cantik sekali.
Walaupun dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi. Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu melombong bawah tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu. 

Kami pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli mangga itu dan disimpan dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan, seorang pensyarah di IPG Kangar.

Yang menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang. Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit. Ternyata asli dan cantik.

Secara kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana Arau.
























Isnin, Mei 25, 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KOTA JOGJAKARTA

Di Kota Jogjakarta ataupun Kota Gudeg, kita dapat banyak pilihan untuk menikmati kuliner (makanan) Jogja. Salah satu yang melekat dengan Jogja adalah makanan yang terkenal dengan sebutan gudeg. Namun, makanan kuliner Jogja yang satu ini telah banyak diulas dan begitu popular. Untuk memperkaya tentang dunia  kuliner Jogja, sejumlah tempat kuliner banyak di sini. Kuliner Jogja memang sedap.

Beberapa restoran di Jogja adalah tempat makan favorit yang mendapat tempat di hati para pengunjungnya. Atau, jika kita ingin menikmati santap makanan di Jogja yang patut kita kunjungi, beberapa di antaranya adalah tempat nongkrong di Jogja yang cukup popular.

Tempat makan di Jogja yang menyediakan sajian makanan tempatan dan tradisional juga dapat ditemui dengan mudah jika kita berkunjung ke Kota Gudeg tersebut. Satu destinasi favorit kitorang jika ke Kota Jogja ialah Rumah Makan Pelem Golek. Tak perlu saya cerita satu persatu mengenai Rumah Makan Pelem Golek ini, ringankan tangan anda dan lakukan klik pada http://www.pelemgolek.com  Memang sedap... dan memang berbaloi.

Selain daripada itu, kitorang juga merayau mencari destinasi lain untuk mencari kuliner yang berkenan di hati. 


















 





Khamis, Mei 21, 2015

MELIHAT SENI BINA PURBA PENINGGALAN ORANG JAWA DI SEKITAR YOGYAKARTA

Dengan kesempatan yang ada semasa di Yogyakarta, kami melawat beberapa peninggalan seni bina purba hasil tangan orang-orang Jawa zaman dulu. Tinggalan-tinggalan itu terdiri daripada candi-candi dan keraton-keraton raja dulu-dulu. Usianya pun dah beribu tahun agaknya. Saya rasa hairan bagaimana orang-orang dulu dapat membina binaan-binaan tersebut. Selain binaan-binaan itu besar dan tinggi, di batu-batu binaan ada ukiran-ukiran yang cantik dan berseni. Tertanya-tanya juga saya, di zaman itu apakah peralatan yang mereka gunakan untuk membinanya.

Candi-candi seperti candi Plaosan, candi Prambanan, candi Sewu, candi Ijo dan keraton Ratu Boko sempat saya lawati. Ini adalah kali kedua saya melawat candi Prambanan. Candi Borobudur yang popular itu telah saya lawati pada tahun 2011.

Saya ambil pernyataan mengenai seni bina purba yang sebahagian besarnya adalah candi di Yogyakarta daripada sebuah blog;

Yogyakarta - Sudah menjadi rahasia umum, kalau Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta punya banyak candi. Tidak hanya sejarahnya bentuk arsitektur candi-candi tersebut sangat memesona. Inilah 7 candi dengan panorama tercantik di Yoyakarta.

Keberadaan sebuah candi tidak cukup hanya dengan cerita sejarahnya. Keajaiban bentuk sebuah candi yang tersusun dari batu-batu alam membuat situs ini sangat menarik. Tak pernah terbayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu membuat bangunan-bangunan cantik ini dengan peralatan seadanya. Padahal bahan dasar pembuatannya menggunakan batu-batu alam yang sangat berat.