Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Isnin, Mac 18, 2013

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012

Untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPM lebih cepat, boleh disemak melalui mySMS 15888. Semoga anda berjaya.



Selasa, Mac 12, 2013

SST - SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
 
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.
 
Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
 
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
 
"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
 
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
 
MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.
 
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
 
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR). Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
 
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
 
"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi. Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang," katanya.
 
Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
 
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.
 
"Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima. Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya," katanya.
 
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.
 
Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik

Isnin, Mac 11, 2013

GAJI PENJAWAT AWAM NAIK SATU KGT PADA JULAI 2013

Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam menerima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22. Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29. Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44.  Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A. Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52.

50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.

Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum.

Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".

Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Ahad, Februari 17, 2013

BERSANTAI

Secara kebetulan pada Tahun Baru Cina, anak-anak yang tiga orang itu juga bercuti daripada kuliah masing-masing. Si Abang cuti, si Kakak cuti dan balik ke Malaysia dan si Adik juga dah pun cuti panjang. Kami sekeluarga mengambil kesempatan bersantai di pantai pilihan kami bersama-sama. Mandi air laut dan mandi di kolam.




















Jumaat, Februari 15, 2013

METEOR JATUH DI BANDAR CHELYABINSK, RUSSIA

Hari ini penduduk bandar Chelyabinsk, Russia menjadi panik, ketika serpihan meteor tiba-tiba jatuh di tempat mereka pada pagi Jumat 15 Februari 2013.

Penduduk menjadi panik dan tidak tahu apa yang baru terjadi. Semua orang keluar rumah dan memeriksa kawasan rumah masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi. 

Beberapa orang penduduk mengaku sempat melihat cahaya terang di angkasa sebelum mendengar suara gemuruh  dan dentuman yang kuat dan keras. Mereka melihat seperti ledakan besar cahaya dan kemudian mereka pergi keluar untuk melihat kejadian tersebut. 

Kementerian Darurat Russia mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa serpihan meteor telah jatuh di bandar Chelyabinsk. Lebih dari 400 orang terluka dalam insiden itu, dan setidaknya tiga dirawat di rumah sakit dalam keadaan yang serius. Kebanyakan dari mereka menderita luka akibat pecahan kaca.

Berdasarkan laporan, meteor itu jatuh kurang dari satu hari sebelum asteroid 2.012 DA14 melintas dalam jarak yang cukup dekat dengan bumi sekitar 28.000 kilometer. Namun belum diketahui kaitan diantara dua asteroid tersebut. 

Banyak yang bertanya-tanya apakah meteor yang meledak di Rusia itu.Tidak ada yang dapat memastikannya saat ini apakah meteor itu satu rangkaian atau hanya kebetulan semata-mata yang datangnya hampir bersamaan.

Hasil analisis sementara tidak ada hubungan antara meteor yang meledak dengan asteroid 2012 DA14. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci bentuk analisisnya. Profesor astronomi dari Tomnsk State University, Siberia, Rusia, bernama Tatiana Bordovitsina menyatakan bahawa kemungkinan  ada hubungan antara meteor dan asteroid. Ia mengatakan meteor itu mungkin pecahan asteroid, namun ia memerlukan penelitian lebih lanjut untuk memastikannya.

Asteroid 2012 DA14 yang berdiameter kira-kira 45 meter ketika ini sedang menuju Bumi dan akan berada pada posisi terdekat dengan Bumi pada Jumat (15/2/2013) malam atau Sabtu dinihari. Asteroid tersebut dijangkakan akan bertahan 33 jam di sekitar bumi dan bulan sebelum kembali menjauh. Titik terdekat dengan bumi dianggarkan 27600 kilometer, atau lebih dekat daripada orbit satelit geosentris di 36000 kilometer.

NASA menyatakan, dari jalurnya, asteroid itu hanya mendekat dan tidak akan menghentam  permukaan bumi. Jika sampai menghentam bumi, asteroid sebesar itu boleh menyebabkan ledakan dengan kekuatan 1000 kali kekuatan bom nukear di Hiroshima, Jepun. Meteor yang jatuh di Russia belum diketahui ukurannya. Namun ledakannya menyebabkan banyak kerosakan di Chelyabinsk.

Selasa, Januari 01, 2013

MERAYAU DI BALI

Pada cuti sekolah yang panjang pada bulan November dan Disember 2012, kami mengambil kesempatan merayau ke negara jiran, Indonesia. Lokasi pilihan kami ialah Bali (pulau dewata berpantai cantik), Jogjakarta (kota budaya kota ilmu tempat puteri kami kuliah), Solo (nak cari batik Jawa terbaik) dan Bandung (shopping sakan), hehehe.... Dah tentu kami naik pesawat Air Asia yang tambangnya rendah. Itupun dah booking 2 bulan sebelum itu.

Kami bukanlah pelancong tapi merayau-rayau saje. Kami berlepas dari LCCT pada jam 8.30 pagi, Jumaat 30 November 2012. Dalam masa 3 jam kemudian kami mendarat di Ngurah Rai International Airport, Denpasar. Di bandara itu, kami disambut oleh Pak Agus yang terus membawa ke hotel penginapan kami dengan Toyota Avanzanya. Keadaan trafik dari Ngurah Rai International Airport menuju ke hotel kami di Kuta macet habisss...Hari-hari memang macam itu...lebih-lebih lagi apabila cuti umum di sana (itu kata-kata Pak Agus orang Bali).

Di pulau Bali ini ada kalanya kami menyewa scooter untuk merayau lokasi yang dekat-dekat. Berbekalkan map, kami berdua merayau membelah trafik yang macet ke lokasi yang kami inginkan. Namun apabila lokasinya lebih daripada 30 km, kami mengharapkan Pak Agus untuk membawa kami merayau. Sambil merayau, Pak Agus akan berceloteh mengenai segala-galanya yang berkaitan dengan pulau Bali.

Banyak pura di Pulau Bali ini. Bali juga dikenali sebagai Pulau Dewata. Yang uniknya, nak masuk ke kawasan rumah orang Bali mesti melalui pintu kecil (gapura) yang sentiasa bertutup sebelum masuk ke halaman/kawasan rumah. Kita di luar tidak dapat melihat kawasan rumah kediaman orang Bali melainkan dengan keizinan tuan rumah. Di hadapan setiap rumah mesti ada binaan sebagai tempat pemujaan setiap ahli keluarga yang tinggal di rumah itu.

Lalu terus bercerita melalui foto...


Possing di penanda Pantai Kuta yang terkenal itu.

Pintu masuk ke Pantai Kuta.

Pantai Kuta yang terkenal dengan surfing.

Binaan moden Beachwalk di Pantai Kuta.


Di hadapan hotel yang moden.

Memorial Pengeboman Bali di Legian.

Kedai-kedai dan pusat hiburan di Jalan Legian yang pernah di bom.

Pura Tanah Lot di atas pulau batu.

Pelancong yang melihat-lihat Pura Tanah Lot.

Gapura Bali di Tanah Lot.

Gua ular sakti...

Batu Bolong (batu berlubang)...

Pura Batu Bolong...

Teres sawah padi...


Gazebo gaya Bali atapnya hitam.
 
Di dalam kawasan pura di Kintamani.

Berfoto berlatarkan gunung berapi yang masih aktif Gunung Batur.

Pasangan Gunung Batur dan Danau Batur.
 
Gapura masuk ke Pura Ulun Danu Beratan.
 
Gazebo di dalam kawasan Pura Ulun Danu Beratan.
 
Pura Ulun Danu Beratan di tepi Danau Bratan, Bedugul..

Pura Ulun Danu Beratan berlatarkan pergunungan yang membiru.
 
Upacara keagamaan di Pura Ulun Danu Beratan.

Mengusung sesajian...

Upacara di hadapan pintu masuk pura...

Upacara di tepi danau oleh penganut Hindu...

Penganut Hindu sedang berupacara dalam pura...
 
Pura Taman Ayun,  Mengwi Royal Kingdom Temple
 
Pintu utama (larangan) Pura Taman Ayun.
 
Di dalam kawasan Pura Taman Ayun.

Wangian bunga hidup sebagai pewangi Pura Taman Ayun.

Jalan menuju pintu larangan Pura Taman Ayun.
 

Landskap di kawasan Taman Ayun.
 
Berehat sambil menikmati air kelapa muda di Uluwatu

Uluwatu terletak di hujung barat daya pulau Bali di atas anjung batu
karang yang tinggi. Ini pantai di sebelah barat Pura Uluwatu.

Ini pula pantai di sebelah timur Pura Uluwatu. Pura Uluwatu
terletak pada ketinggian 97 meter dari permukaan laut.

Pura Uluwatu

Di dalam kawasan Pura Uluwatu.
 
Bunga-bunga berhawa dingin di Bedugul.

Angkringan berlatarkan bangunan gaya Bali.

Penataan gaya Taman Bali yang terkenal itu.
 
Binaan pintu masuk gaya Bali.
 
Sawah padi berteres di sebuah kampung di Bali.
 
Gapura pintu masuk ke sebuah rumah di Bali.
 
Gapura-gapura di depan rumah melindungi pandangan luar
ke dalam rumah Bali.
 
Payung-payung ini digunakan dalam upacara keagamaan.
 
Jalan masuk menuju ke gapura di sebuah rumah di Bali.