Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, Februari 24, 2009

TEMUDUGA JUARA PENUH DISIPLIN AHLI KADET POLIS NEGERI JOHOR

Pada hari Jumaat 20 Februari seorang ahli Kadet Polis SMK Telok Kerang iaitu Sarjan Kadet Polis Fakhrul Syahmi Azri Bin Hasan telah menghadiri satu temuduga untuk Anugerah Juara Penuh Disiplin Kadet Polis peringkat negeri Johor di IPK Johor, Johor Bahru. Fakhrul Syahmi Azri Bin Hasan mewakili IPD Pontian dan Kor Kadet Polis Daerah Pontian. Anugerah ini adalah sempena Hari Peringatan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Insp. Kadet Polis Mohd Nazri Bin Lajim dari SMK Sri Kukup pula terpilih mewakili Pontian bagi kategori Pegawai Kanan Kadet Polis (guru). Sesi temuduga berjalan mengikut tatacara PDRM, penuh semangat dan berdisiplin. Pakaian peserta adalah 'drill order'. Lantai dewan temuduga macam nak pecah dengan hentakan-hentakan 'drill boot' dari peserta. Semoga mereka berjaya...... untuk kita Pontian.


Sarjan Kadet Polis Fakhrul Syahmi Azri Hasan di IPK Johor.


Insp. Mohd Nazri Lajim dan Sarjan Fakhrul Syahmi Azri Hasan.

Syahmi bersama guru pengiring, En. Hasan Bin Kasmuri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit . boleh saya tahu bentuk2 soalan ktika d temuduga juara penuh disiplin ini? Kalau tdak kbertan . emel saya di najmiefabalous@gmail.com..TQ