Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Februari 26, 2009

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (4)

Ketika ini pokok rockmelon tumbuh dengan baik. Harap-harap seterusnya macam tu lah... Dah mula masuk minggu keempat. Bunga jantan dah banyak yang muncul. Banyak juga sulur dah keluar. Di hujung sulur muncul pula bunga betina bersama perutnya yang berbulu. Kumbang dan lebah dah semakin banyak. Berdengaung-dengung bunyinya. Lalat pun ada. Semua serangga ini terbenam di kelopak bunga, lepas tu terbang ke bunga yang lain, membantu pendebungaan. Seronok tengok kumbang berterbangan ke sana-sini. Hari ini Cikgu Hasan mengajar pelajar-pelajar LN cara untuk membuat pendebungaan berbantu. Selepas itu, 4 orang pelajar membuat sendiri pendebungaan berbantu tersebut. Nampaknya dia orang ok.....


Cikgu Hasan Kasmuri sedang menunjuk cara pendebungaan berbantu kepada pelajar-plajar LN.

Bunga jantan mekar mengembang....
Bunga betina tunduk malu perut berbulu......

....datang kumbang menghisap madu...
......kumbang leka menghisap madu....

....si lalat kecil juga tak mahu ketinggalan....

Qayyum tekun buat pendebungaan berbantu pada bunga betina....
Mengumpul debunga jantan guna berus....

Supian asyik mengumpul debunga jantan....

Andzar tercari-cari sulur berbunga betina....
....bunga betina layu di hujung perut....mungkinkah ia menjadi buah?

Selasa, Februari 24, 2009

TEMUDUGA JUARA PENUH DISIPLIN AHLI KADET POLIS NEGERI JOHOR

Pada hari Jumaat 20 Februari seorang ahli Kadet Polis SMK Telok Kerang iaitu Sarjan Kadet Polis Fakhrul Syahmi Azri Bin Hasan telah menghadiri satu temuduga untuk Anugerah Juara Penuh Disiplin Kadet Polis peringkat negeri Johor di IPK Johor, Johor Bahru. Fakhrul Syahmi Azri Bin Hasan mewakili IPD Pontian dan Kor Kadet Polis Daerah Pontian. Anugerah ini adalah sempena Hari Peringatan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Insp. Kadet Polis Mohd Nazri Bin Lajim dari SMK Sri Kukup pula terpilih mewakili Pontian bagi kategori Pegawai Kanan Kadet Polis (guru). Sesi temuduga berjalan mengikut tatacara PDRM, penuh semangat dan berdisiplin. Pakaian peserta adalah 'drill order'. Lantai dewan temuduga macam nak pecah dengan hentakan-hentakan 'drill boot' dari peserta. Semoga mereka berjaya...... untuk kita Pontian.


Sarjan Kadet Polis Fakhrul Syahmi Azri Hasan di IPK Johor.


Insp. Mohd Nazri Lajim dan Sarjan Fakhrul Syahmi Azri Hasan.

Syahmi bersama guru pengiring, En. Hasan Bin Kasmuri.

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (2)

Pada masa ini rockmelon yang ditanam telah beusia 2 minggu. Pelajar-pelajar Sains Petanian mengikat batang rockmelon pada tali lanjaran. Sulur pertama telah dicantas. Petumbuhan kelihatan baik. Sistem pengairan berjalan dengan baik. Kepekatan baja ialah 1.8. Semburan racun serangga dan racun kulat dilakukan oleh Cikgu Hasan Kasmuri pada awal pagi.




Anak pokok rockmelon berusia 2 minggu.

Pelajar mengikat tali lanjaran pada pangkat anak pokok rockmelon.
Masing-masing tekun mengikat anak pokok rockmelon pada tali lanjaran.
Seronok nampaknya mereka bekerja.....

Cik Kak ni... sampai bersingsing lengan....

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (3)

Kini dah masuk minggu ke 3 projek berjalan. Ketinggian pokok rockmelon makin bertambah dan dililit pada tali lanjaran. Lebar daun lebih besar daripada tapak tangan. Bunga jantan dah makin banyak. Bunga betina pada sulur nombor dua di buang. EC ialah 2.2. Terdapat kebocoran pada paip kecil kerana pelajar terpijak semasa bekerja di kawasan RPH. Kini ia telah dibaiki. Oleh kerana sekarang hujan hari-hari, masa penitisan dikurangkan daripada 6 minit kepada 5 minit, 6 kali sehari.


Pokok rockmelon makin tinggi.


Pokok tegak melilit pada tali lanjaran.


Bunga jantan semakin banyak.

PBSM SMK TELOK KERANG MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

PBSM SMK Telok Kerang ditugaskan mengendalikan perhimpunan rasmi mingguan pada pagi Isnin 23 Februari 2009. Mereka bertugas dengan penuh semangat diketuai oleh Sarjan Badrul Hadi Bin Ahmad. Selepas selesai bertugas, mereka bergambar bersama Tuan Pengetua dan guru-guru PBSM. Tahniah.... anda boleh.


Ahli PBSM segak mengendalikan perhimpunan mingguan.Tugas menaikkan bendera di beri kepada ahli PBSM perempuan.


Ahli PBSM bergambar dengan Tuan Pengetua dan guru-guru PBSM.

Khamis, Februari 12, 2009

KADET POLIS SMK TELOK KERANG PENGENDALI PERHIMPUNAN MINGGUAN PAGI ISNIN 2 FEB 2009

Kadet Polis SMK Telok Kerang telah menjadi pengendali perhimpunan rasmi mingguan sekolah pada pagi Isnin 2 Februari 2009. Mengikut budaya SMK Telok Kerang, perhimpunan rasmi pagi Isnin akan dikendalikan oleh pasukan beruniform mengikut giliran. Seramai 16 ahli senior telah bertugas dengan diketuai oleh Mohd. Saufi. Mereka berlatih pada hari Sabtu sebelum itu di bawah bimbingan Cikgu Hasan Kasmuri, Cikgu Samsul Sazali dan Cikgu Zurinawati. Perhimpunan bermula tepat pada 7.20 pagi dan tamat pada 8.10 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli Kadet Polis kerana berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.


Insp. Kadet Polis Shamsul Sazali Salimin menerima laporan.

Ahli Kadet Polis melafaz ikrar sekolah.
Berdoa semasa mengendalikan perhimpunan.
Sarjan Kadet Polis Fakhrul Syahmi Azri Hasan mengetuai mebaca doa.

Tuan Pengetua menyampaikan amanat.
Barisan guru-guru semasa perhimpunan mingguan.
Ahli Kadet Polis bergambar bersama Tuan Pengetua dan guru Kadet Polis.

Isnin, Februari 09, 2009

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG

Projek fertigasi 'rockmelon' SMK Telok Kerang, Pontian, Johor telah dimulakan semula. Projek yang bermula pada tahun 2008 telah dinaiktaraf. Kini projek tersebut mempunyai 456 polibeg berbanding 256 pada tahun 2008. Projek ini mempunyai 4 RPH. Setiap RPH sepanjang 40 kaki. Setiap RPH mempunyai 3 baris dan setiap baris terdapat 38 polibeg.

Pada 5 Februari 2009 pelajar-pelajar 4 Teknologi (Sains Pertanian) dibawah bimbingan Cikgu Hasan Bin Kasmuri telah memindahkan anak benih rockmelon (jenis glamour) ke dalam polibeg. Dijangkakan 75 hari selepas itu, rockmelon akan masak, boleh dituai dan dipasarkan.
Pelajar-pelajar ditunjukajar mengenai peralatan fertigasi, sistem pengairan fertigasi, cara-cara membuat larutan baja, menguji kepekatan baja dengan guna meter EC, dan cara-cara mencantas daun dan sulur pokok rockmelon. Setelah berbunga nanti, pelajar-pelajar akan ditunjucara bagaimana untuk mengahwinkan bunga jantan dan bunga betina secara manual.
Dengan adanya projek fertigasi rockmelon ini, pelajar-pelajar tidak perlu mencangkul tanah untuk bertani secara tradisional. Semasa buat kerja amali, mereka juga tidak berpeluh. Kelihatannya mereka gembira apabila melakukan amali di kebun fertigasi ini.
Diharap projek ini akan berjaya dengan menghasilkan buah yang besar dan manis dan dapat dipasarkan untuk mendapat pulangan yang bagus.




Memindahkan anak benih rockmelon ke polibeg di RPH

Barisan polibeg rockmelon



Pelajar-pelajar sedang menyusun polibeg