Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, April 06, 2011

ISTERIKU SEORANG PENGETUA: CARI AKHBAR SINAR HARIAN SEBAB GAMBARNYA KELUAR DALAM AKHBAR

Balik dari sekolah petang tadi, orang rumahku telefon aku beriya-iya minta carikan akhbar Sinar Harian semalam. Katanya gambar dia semasa perasmian Mesyuarat Agong PIBG sekolahnya bersama YB Dato' Ahmad Maslan keluar dalam surat khabar. Gila glamerlah tu...


Keliling satu bandar Pontian aku cari Sinar Harian tu. Kedai pertama dia kata  lebihan akhbar tu dah hantar balik ke agen. Kedai kedua dia kata dia ambil sedikit saja akhbar tu jadi semua dah habis terjual. Kedai ketiga, keempat dan kelima jawapan sama juga yang diberikan. Aku pergi kedai SK Abdul Rahman. Ada lagi beberapa unit Sinar Harian keluaran semalam. Kalau nak aku kena beli walaupun ianya akhbar keluaran semalam. Selak-selak dan belek-belek jumpalah berita dan gambar-gambar orang rumahku. Gambar warna pula tu...  Jadi aku beli dua naskhah akhbar tersebut.

Sampai di rumah dia tak sabar-sabar nak tengok gambarnya dalam surat khabar. Berita mengenai sekolahnya dan berita Dato' Ahmad Maslan memenuhi semuka penuh akhbar tersebut. Terdapat tiga gambar dia yang dimuatkan mengiringi berita mengenai perasmian Mesyuarat Agong PIBG, tabung pembinaan surau, dan majlis kecemerlangan SPM 2010. Kelihatan dia tersenyum puas... Gila glamerlah tu....  

Tiada ulasan: