Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Mei 19, 2011

LAGU GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA: BUATLAH PENILAIAN SENDIRI

Lagu yang sedap didengar dan kemudian dinyanyikan pula adalah lagu yang buat pertama kali atau dua kali didengar, terus diminati. Contohnya pada lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Sekali dengar dah berkenan. Ataupun lagu Suhaimi Meor Hasan dan Ana Rafali 'Jika Berpacaran', sekali dengar terus menangkap.
Lagu yang tak sedap pula, walaupun dinyanyikan berkali-kali memang tak sedap dan kita tak minat walaupun lagu itu menjadi juara. Contohnya lagu Ana Rafali 'Tolong Ingatkan Aku'. Hanya orang-orang tertentu saja yang minat kat lagu ini (tentu ada yang marah ni...).

Pada Hari Guru yang lepas kami kena nyanyi lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara selepas menyanyikan lagu Guru Malaysia. Ooookkk alahai.... tak sedapnya lagu tu! Siapalah yang menciptanya. Syok sendiri kotttt.... Dah berkali-kali berlatih menyanyikannya tapi langsung tak menangkap. Tak terpikat langsung. Terseksa semasa menyanyikannya. Dahlah lagunya tak sedap, seni katanya pulak panjang menjela.... (tentu ada yang marah ni...). Saya rasa lagu Enjit-enjit Semut lagi sedap didengar....

Pelajar-pelajar yang ramai di hadapan di bawah pentas pulak memang juri nombor wahid. Dia orang memang pandai menilai (penilaian pada dia oranglah). Apabila kami guru-guru selesai menyanyikan lagu Guru Malaysia, mereka bertepuk tangan bagai nak rak, siap bersiul-siul lagi....pewwitt...pewwittt....Semangat kami naik membara. Keadaan yang sama juga apabila guru-guru selesai menyanyikan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.... Tapi berlainan keadaannya apabila kami selesai menyanyikan lagu Guru Pembina Transformasi Pendidikan Negara. Suasana menjadi senyap sunyi. Diaorang tercengang-cengang. Kami yang di atas pentas tersipu-sipu. Dahlah terseksa semasa menyanyikannya, sambutan yang diterima pula sangat dinginnnn.....Itu tandanya lagu tu tak sedap.

Harap-harap lain kali kenalah ada panel pemilih untuk lagu tema Sambutan Hari Guru. Pilihlah lagu yang sedap didengar dan mudah dinyanyikan. Barulah syyookk...Kita gembira dan anak-anak didik kita terhibur.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru penjana transformasi pendidikan negara
Menjayakan hasrat yang murni satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru penjana transformasi pendidikan negara
Menjayakan hasrat yang murni satu Malaysia
Satu Malaysia.....Satu Malaysia

Tiada ulasan: