Hari ini adalah hari guru peringkat sekolah tahun 2014. Sudah tentu aku turut sama merayakan sambutan hari guru itu bersama rakan-rakan guru dan murid-muridku. Kitorang pakai baju sedondon dengan warna striking merah hijau. Macam nak pergi ke Hawaii. Meriah sekali...
Acara sambutan disusun oleh barisan pengawas sekolahku. Cuma yang membosankan aku ialah persembahan pentas oleh murid-murid. Persembahannya hambar mungkin tidak cukup latihan dek kerana sekarang musim peperiksaan. Yang paling best apabila dapat menikmati jamuan dengan hidangan masakan Bugis yang lazat di rumah agam Cikgu Abd. Hadi Ambok Ingtang.
Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada bekas guru-guru saya, rakan-rakan guru saya
di SMK Telok Kerang dan kepada semua rakan-rakan guru di Malaysia. GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.
SELAMAT HARI GURU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan