Semasa jalan-jalan di Kuala Terengganu, kitorang singgah sebentar di Kota lama Pulau Duyung. Kota
Lama Duyong berada ditengah-tengah kawasan perkampungan nelayan di Pulau
Duyong dan mudah untuk dijumpai kerana ianya merupakan satu-satunya
bangunan yang unik di sini. Semasa kami singgah ke sini, keadaan sekeliling kota ini sunyi sepi. Hanya kami yang datang melawat. Petugas yang
bertugas di sini pun tiada pada masa itu.
Pulau Duyong
merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu. Dahulunya, ia
terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi
pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah
garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi
Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar
tahunan Piala Monsun.
Daripada
carian sejarah Pulau Duyong, pulau ini dahulunya
menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong (1802-1889), yang
disegani istana dan rakya. Almarhum dan keturunannya serta kota ini merupakan tempat
pengajian agama. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam
keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.
Daripada tulisan tugu tanda Kota Lama Duyong ini mencatatkan :
“Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira
tujuh kilometer dari Pusat Bandar. Kota Duyong mempunyai 9 buah bumbung
yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik
mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil
Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur
pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada
tiang dan dinding batu. Bangunan (rumah) ini memperlihatkan jenis rumah
tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan
Potong Belanda dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan