Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, April 12, 2015

AKU DAN PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN RASMI BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pagi tadi aku bersama guru-guru dan ahli-ahli pasukan kadet pertahanan awam sekolahku bersama-sama mengendalikan perhimpunan rasmi bulanan unit beruniform. Oleh kerana ketua platun yang biasa mengetuai perbarisan ada komitmen lain, terpaksalah aku turun padang mengetuai perbarisan. Kononnya nak jimatkan masa untuk mencari dan melatih ketua baru... Di sekolahku, pengendali perhimpunan ini ditugaskan kepada semua unit beruniform dan digilirkan mengikut bulan. Semua kerja yang berkaitan dengan perhimpunan ini diuruskan oleh pasukan beruniform yang bertugas. Terima kasih aku ucapkan kepada geng-geng dalam pasukan pertahanan awam...















Tiada ulasan: