Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Sabtu, Mac 03, 2012

MISTERI KITAB INJIL 1500 TAHUN

Bebarapa hari ini perhatian dunia tertumpu ke Turki.  Publik dihebohkan dengan terungkapnya sebuah misteri yang terkandung dalam Kitab Injil berusia 1500 tahun yang tersimpan di negara itu. Di Ankara, ditemui sebuah kitab Injil kuno penuh rahsia yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW. Penemuan ini telah menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Yang heboh ialah apabila penemuan Kitab Injil kuno itu mengungkap sebuah fakta yang menggoncang keimanan, terutama bagi umat Kristian. Betapa tidak, Injil Barnabas itu mengajarkan ajaran yang berbeza dibandingkan doktrin Kristian dunia. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Kitab Injil 1,500 tahun yang ditemui itu menggemparkan Vatican kerana isi didalamnya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatangan Nabi Muhammad SAW. Vatican mengarahkan jangan disebarkan sebelum vatican melihatnya dahulu. Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Kitab Injil yang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta ini yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara. Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas.

Injil Barnabas itu meyakini Yesus (Isa) sebagai utusan, bukan Tuhan. Menurut Huffingtonpost, Injil Barnabas pun meyakini adanya utusan (nabi) penerus risalah Isa, yang berasal keturunan Nabi Ismail, yakni Nabi Muhammad SAW.

Dari wikipedia: Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi. Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Kitab Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas. Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay yang memberitahu akhbar Daily Mail mengatakan bahawa naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi anti-penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

Hasan:  Mohon maaf jika ada kesilapan fakta.

Tiada ulasan: