Projek fertigasi 'rockmelon' SMK Telok Kerang, Pontian, Johor telah dimulakan semula. Projek yang bermula pada tahun 2008 telah dinaiktaraf. Kini projek tersebut mempunyai 456 polibeg berbanding 256 pada tahun 2008. Projek ini mempunyai 4 RPH. Setiap RPH sepanjang 40 kaki. Setiap RPH mempunyai 3 baris dan setiap baris terdapat 38 polibeg.
Pada 5 Februari 2009 pelajar-pelajar 4 Teknologi (Sains Pertanian) dibawah bimbingan Cikgu Hasan Bin Kasmuri telah memindahkan anak benih rockmelon (jenis glamour) ke dalam polibeg. Dijangkakan 75 hari selepas itu, rockmelon akan masak, boleh dituai dan dipasarkan.
Pelajar-pelajar ditunjukajar mengenai peralatan fertigasi, sistem pengairan fertigasi, cara-cara membuat larutan baja, menguji kepekatan baja dengan guna meter EC, dan cara-cara mencantas daun dan sulur pokok rockmelon. Setelah berbunga nanti, pelajar-pelajar akan ditunjucara bagaimana untuk mengahwinkan bunga jantan dan bunga betina secara manual.
Dengan adanya projek fertigasi rockmelon ini, pelajar-pelajar tidak perlu mencangkul tanah untuk bertani secara tradisional. Semasa buat kerja amali, mereka juga tidak berpeluh. Kelihatannya mereka gembira apabila melakukan amali di kebun fertigasi ini.
Diharap projek ini akan berjaya dengan menghasilkan buah yang besar dan manis dan dapat dipasarkan untuk mendapat pulangan yang bagus.
Memindahkan anak benih rockmelon ke polibeg di RPH
Barisan polibeg rockmelon
Pelajar-pelajar sedang menyusun polibeg
1 ulasan:
fertigasi cili padi
http://fertigasidiy.blogspot.com/
Catat Ulasan