Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Jumaat, Julai 17, 2009

PENYELARASAN PBS MPV LANDSKAP DAN NURSERI

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Seramai 18 orang pelajar Tingkatan 5 Landskap telah dapat menyiapkan modul-modul pentaksiran. KLN yang terakhir ialah KLN 16 iaitu membina model landskap. Mereka mengambil masa selama 4 bulan untuk menyediakan di antaranya pelan inventori, pelan konsep, pelan induk dan model landskap. Tahniah!


Pada 14 Julai 2009 Cikgu Zainuddin Zainal datang ke SMK Telok Kerang untuk membuat penyelarasan PBS Landskap dan Nurseri.


Selepas ini bolehlah Pelajar-pelajar memberi tumpuan persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis SPM 2009. Diharap mereka cukup bersedia dengan mengulang kaji dan menjawab model-model soalan-soalan yang lepas. Berusahalah.... Anda pasti boleh!

Foto-foto ini adalah aktiviti pelajar 5 Landskap semasa melukis pelan induk, dan model-model landskap yang telah siap.

Model-model landskap oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.











Tiada ulasan: