Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, September 01, 2013

AKU DAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56

Setiap tahun apabila tiba hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia inilah kerjaku di sekolah. Selama seminggu aku bekerja keras mengindahkan sekolah dengan dibantu beberapa pelajarku dan pembantuku iaitu En. Roslee Abd Khair bagi menyemarakkan suasana sambutan kemerdekaan di sekolah. Kami mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kawasan luar dan dalam sekolah, memasang lampu-lampu berwarna-warni bagi mewujudkan pencahayaan, dan menghias astaka dan bangunan. Dengan tema 56 tahun merdeka, Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku, aku dan pelajar-pelajarku begitu bersemangat waja dan bersedia membuat persediaan sambutan tersebut. 





























Tiada ulasan: