Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, Disember 18, 2011

KEMBARA DI BUMI YOGYAKARTA: KEMUSNAHAN DESA KINAHREJO KESAN LETUSAN GUNUNG MERAPI

Kami sampai di Desa Kinahrejo lewat petang. Pada ketika itu hari mendung jadi puncak Gunung Merapi dilitupi awan mendung. Tak nampak dari bawah. Ramai pengunjung berada di kawasan desa ini untuk melihat sendiri kesan muntahan lahar gunung berapi yang aktif itu. Ia terjadi pada Oktober 2010, setahun yang lalu.

Kinahrejo adalah sebuah desa yang dulunya asli terletak sekitar 30km dari pusat Kota Yogyakarta. Desa Kinahrejo merupakan desa tempat tinggal Almarhum Mbah Maridjan juru kunci Gunung Merapi sampai beliau meninggal dunia pada tahun 2010 kerana terkena awan panas atau sering disebut wedhus gembel pada letusan terakhir Gunung Merapi.

Dahulu, Kinahrejo adalah desa pelancongan yang nyaman dan sering digunakan oleh para pengunjung baik yang berasal dari dalam negeri atau luar negeri untuk menikmati keindahan dan pemandangan Gunung Merapi dari lokasi yang paling dekat. Selain untuk menikmati pemandangan, pelancong juga datang untuk menonton pertunjukan upacara tradisional Labuhan Merapi. Labuhan Merapi merupakan upacara adat yang diadakan setiap 30 Rajab. Adat Labuhan Gunung Merapi merupakan rangkaian upacara yang dilaksanakan Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat dalam rangka peringatan jumenengan ndalem (naik tahta) Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Ketika letusan tersebut, dapat dibayangkan bagaimana paniknya warga di sekitar lereng Merapi dan warga Yogyakarta karena abu vulkanik hasil letusan Gunung Merapi menutupi langit Yogyakarta selama beberapa hari. Yang terkorban akibat wedus gembel (awan panas) letusan Merapi mencapai ratusan orang, termasuk juru kunci Gunung Merapi yang terkenal iaitu Mbah Maridjan. Kemusnahan yang diakibatkan letusan tersebut juga sangat parah terutama disekitar aliran sungai yang dilalui aliran awan panas Merapi seperti di Desa Kinahrejo ini.

Setelah berlaku letusan Gunung Merapi pada penghujung tahun 2010 yang lalu, Kinahrejo menjadi salah satu lokasi yang paling parah kemusnahannya. Banyak korban dan bangunan yang hancur akibat tersapu awan panas. Namun, hal tersebut tidak menghalang penduduk desa ini untuk bangkit membina semula kehidupan. Desa Kinahrejo menjadi saksi bisu keganasan letusan Gunung Merapi.

Sesampainya kami di Desa Kinahrejo, kami masih dapat melihat sisa-sisa keganasan letusan Merapi satu tahun yang lalu. Puing-puing sisa bangunan masih terlihat. Sisa-sisa abu vulkanik yang menempel di daun dan di atas jalan juga masih ada. Suasana dan keadaannya seperti padang jarak padang tekukur. Sungguh menakutkan. Sesiapa yang hendak ziarah ke pusara Mbah Maridjan boleh menyewa motosikal dan akan dihantar hingga ke sana oleh anak-anak muda desa ini. Hanya motosikal yang dapat sampai ke sana, kenderaan lain enggak boleh kerana jalannya rosak teruk.

Kami amat bersimpati dengan penduduk Desa Kinahrejo dan juga kepada sesiapa sahaja yang menerima kesan letusan dan amukan Gunung Merapi.

Kesan aliran abu panas dibawa oleh sungai di Muntilan.

Kemusnahan di Muntilan, 30 km dari Merapi.

Rumah yang hancur.

Helang Jawa di Taman Gunung Merapi yang turut disapu awan panas vulkanik.

Di Taman Taman Nasional Gunung Merapi.

Pokok-pokok yang musnah disapu awan panas vulkanik.

Kemusnahan kesan aliran sisa volkanik di sungai.

Jambatan yang baru dibaiki. Di bawahnya aliran sisa volkanik.

Jalan ke Desa Kinahrejo. Jauh di hadapan ialah puncak Gunung Merapi.

Puncak Gunung Merapi diliputi awan mendung.

Di Desa Kinahrejo.

Rumput baru nak tumbuh.

Hanya tinggal tunggul kayu.

Tanda amaran dan kempen usaha menanam pokok di Desa Kinahrejo.

Rumah yang musnah.

Di sini dulunya sebuah kampung yang nyaman.

Di tapak ini dulu adalah kawasan rumah penduduk.

Sebuah desa yang bagaikan padang jarak padang tekukur.

Kempen menanam pokok di kawasan Desa Kinahrejo.

Motosikal sewa membawa pengunjung ke pusara Almarhum Mbah Maridjan.


Tiada ulasan: