Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Jumaat, Disember 16, 2011

KEMBARA DI BUMI YOGYAKARTA: MELEPAS RINDU KEPADA SI PUTERI

Cuti sekolah hujung tahun ini kami mengambil kesempatan kembara di Yogyakarta, Indonesia. Bukanlah saja-saja kembara, tapi ingin berjumpa dan melepaskan rindu kepada si puteri kami yang kuliah (di Indonesia kalau belajar di universiti dikatakan kuliah) di sana.

Dari segi sejarah keturunan, aku ni anak Jawa. Sebelah emak asalnya Magelang manakala sebelah bapa pula asalnya Pariangan, kedua-duanya di tanah Jawa. Maknanya aku ni anak Jawa totok. Cuma cakap wong Jowo sahaja yang aku tak tahu. Maklumlah dah jadi anak Jawa Malaysia. Isteriku pula yang asalnya dari Perak, sebelah ibunya keturunan wong Jowo campur Mendailing, Sumatera manakala sebelah ayahnya adalah Melayu di Bagan Serai.

Jadinya apabila si puteri kami kuliah di Yogyakarta, ia hanya melanjutkan ingatan kami kepada asal dan salasilah keturunan kami sekeluarga. Ya... mungkin bisa sahaja di panggil PATI tapi 100 tahun dahulu dong... bukan sekarang. Sekarang ini kami rakyat Malaysia totok. Bumi Malaysia adalah bumi kami. Kami sayang banget sama Malaysia.

Semasa kami di sana, tukaran mata wang ialah RM1.00 bersamaan Rp2820. Nampak macam kaya apabila RM kita ditukar kepada Rupiah, tapi hakikatnya harga barangan di sana lebih tinggi daripada di Malaysia. Senaskhah surat khabar berharga Rp5000 (RM1.80), sepinggan mee goreng Rp10000 (RM3.50), makan nasi padang untuk 3 orang Rp60000 (RM22.00), satu set nasi gudeg seorang Rp20.00 (RM7.00) dan sewa bilik hotel bajet antara Rp250000 hingga Rp420000 (RM90.00 hingga RM150.00).

Beruntung kita di Malaysia kerana masih banyak warung-warung yang jualannya lebih murah (yang mahal dah tentu restoran mamak). Kami pernah menginap disebuah hotel bajet di tengan bandar di Semenanjung Malaysia yang sewa biliknya RM85.00 tapi ia lebih besar daripada bilik di Jogja di samping ada wifi di semua bilik. Di Jogja ya enggak ada wifi dibilik-bilik.

Kota Jogjakarta bukanlah kota untuk bershopping. Kalau nak membeli-belah lebih baik ke Kota Bandung. Jogjakarta adalah Kota Budaya dan Kota Ilmu. Sejarah budaya Jogyakarta bermula beribu tahun dulu. Orang Jawa ada tulisannya sendiri. Di Yogyakarta banyak terdapat kuil-kuil Hindu dan Budha kuno di samping masjid lama dan makam purba yang wujud beratus bahkan beribu tahun dulu. Atas cadangan pak supir, kami dibawa melihat candi-candi seperti Candi Borobudur dan Candi Prambanan. Kami dibawa melawat Masjid Tua Kotagede dan makam purba Kotagede. Kami juga dapat melihat kemusnahan yang dialami penduduk Desa Kinahrejo di kaki Gunung Merapi yang meletus dan mengeluarkan awan debu panas pada tahun 2010. Banyak tempat yang ada sejarahnya kami tak sempat untuk melihatnya atas sebab tak cukup masa.

Berbalik kepada kembara kami, yaa... lebih baik kami bercerita melalui foto saja, lebih jelas... 


Dah tentu kami naik Air Asia si tambang murah tak betul-betul murah.

Sebahagian Yogyakarta dari udara.

Awan di atas bumi Yogyakarta.
 
Bandara Adisujipto menunggu kami.

Gunungan 'Welcome to Yogyakarta'.

Rumah di Kota Yogyakarta yang terlalu rapat.

Si ibu melepas rindu bersama si puteri di UGM.

Pekerja hotel yang mesra.

Lobi hotel yang kemas.

Abang beca sedia menanti.

Jalan Malioboro, kawasan utama wisatawan shopping.

Kereta kuda banyak di Kota Yogyakarta.

Pemuzik jalanan di Malioboro hanya menggunakan bahan terbuang.

Ole-ole Yogyakarta.

Beca terlalu banyak. Persaingan mendapat penumpang.

Makan nasi gudeg, makanan popular Yogyakarta.

Bersama ibu penjual nasi gudeg.

Lesehan nasi gudeg, duduk makan bersila.

Penjual ais krim goreng di atas motosikalnya.

Menunggu pelanggan di atas speda roda tiga.

Tersenyum menolak angkringan untuk berjaja.

Ramainya manusia di pasar hari.

Bersama penjual kerak telur betawi.

Pelik, helmet yang diletak begitu saja tidak dicuri orang.

Gerabak di tengah kota.

Hidangan nasi padang. Bayar apa yang dimakan saja.

Naik bendi di pantai perkelahan Parangtritis.

Pintu masuk SM Permulaan (kalau di Malaysia Ting. 1 - Ting. 3)

Naik andung keliling kota.

Perkampungan nasi gudeg.

Di kawasan perumahan yang sesak.

Bersama murid-murid SMP di Kampung Cyber.

Cantik. Lukisan di dinding rumah.

Di hadapan rumah Jawa yang cantik.

Seni ukiran kayu gaya Jawa yang cantik di sebuah kedai cenderahati.

Cashier

Di Taman Sari, tempat beristirehat Sultan sekeluarga zaman dulu-dulu.

Di makam kuno Kotagede.

Masjid purba Kotagede.

Helang Jawa Taman Nasional Gunung Merapi, di Kaliurang yang dingin.

Pokok-pokok mati terkena awan debu panas letusan Gunung Merapi di Kaliurang.

Kolam tempat berwuduk di masjid purba di bawah tanah.

Pintu masuk ke Kraton (istana) Sultan Yogyakarta.

Abdi dalem Kraton bersama cucunya.

Kemusnahan kesan abu panas letusan Gunung Merapi di Desa Kinahrejo.

Kemusnahan kesan letusan Gunung Merapi di Muntilan.

Candi Borobudur.

Candi Prambanan.

Candi Mendut.

Bendang padi di Bantul.

Makam pahlawan di Bantul.

Tiada ulasan: