Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Sabtu, September 29, 2012

BAJET 2013 MEMPERUNTUKAN RM251.6 BILION

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan. 

Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.

Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.

Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200 akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.




Sepintas lalu mengenai Bajet 2013
  • Pertumbuhan ekonomi = 4.5% hingga 5.5%
  • Kutipan hasil = RM208.6 bilion
  • Perbelanjaan/Peruntukan = RM251.6 bilion
  • Pelaburan swasta = RM148.4 bilion
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) = RM1.0 trilion
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada 3% menjelang 2015

Pendidikan
  • RM38.7 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pengurusan dan pembangunan
  • RM500 juta peruntukan tambahan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras
  • RM1 bilion tambahan kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah
  • RM380 juta untuk Kementerian Pelajaran bagi penempatan guru prasekolah
  • RM10,000 geran pelancaran kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta

Peruntukan sektor
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan
  • RM2 bilion bagi pentadbiran am
  • RM2 bilion bagi simpanan luar jangka
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi Sungai Klang
  • RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetunga

Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • RM1.0 bilion dana di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank
  • RM200 juta dana Industri Halal di bawah seliaan SME Bank & Bank Pembangunan Islam
  • RM16 juta skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000
  • RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia

Kesejahteraan rakyat
  • RM6 bilion projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat
  • RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan
  • RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
  • RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar

Belia Dan Sukan
  • RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan
  • RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan ke kejohanan sukan antarabangsa
  • RM50 juta tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016
  •  50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation"
  • RM50 juta untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"
  • RM200 rebate secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G

Pelajar
  • RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah
  • RM540 juta untuk program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar
  • Diskaun 20% bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman PTPTN
  • Diskaun 10% peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten
  • RM250 meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar IPT

Rakyat Didahulukan
  • Pusingan Kedua BR1M diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • RM5,000 sebulan had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
  • RM10,000 had pendapatan bersama suami isteri RM10,000 bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
  • 20 sen/kg pengurangan subsidi gula mulai 29 Sept
  • RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran

Pencapaian Diutamakan
  •  Cukai pendapatan diturunkan 1% bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000
  • RM6,000 pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan
  • RM3,000 pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang
  • RM150 pengurangan caj bayaran pasport bagi warga emas dan kanak-kanak
  • RM1.4 juta anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso

Pencegahan/Pengurangan Jenayah
  • RM591 juta mengurangkan kadar jenayah termasuk menambah bilangan anggota polis, menubuhkan Unit Rondaan bermotosikal, meningkatkan jumlah anggota pasukan sukarewalan polis dan menambah pemasangan kamera litar tertutup.
  • RM90 juta menyediakan seragam kepada anggota Rela yang aktif.
  • RM20 juta menyediakan seragam kepada anggota Rela yang aktif.
  • RM10,000 geran kepada persatuan penduduk untuk  menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan  kejiranan
  • RM276 juta geran kepada persatuan penduduk untuk  menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan

Siswazah dan Latihan
  • RM3.7 bilion untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional
  • RM200 juta untuk penubuhan “Graduate Employability Taskforce"
  • RM400 juta untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran  bagi memberi pinjaman untuk dimanfaatkan hampir  40,000 pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu hingga lima
  • Potongan cukai dua kali perbelanjaan syarikat yang melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia
  • RM50 juta untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran

Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • RM1.0 bilion dana di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank
  • RM200 juta dana Industri Halal di bawah seliaan SME Bank & Bank Pembangunan Islam
  • RM16 juta skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000
  • RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia

Kepentingan Melayu/Bumiputera
  • Yayasan Wakaf Malaysia di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat
  • RM9.0 bilion (43%) nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat bumiputera
  • RM1.0 bilion dana Pembiayaan Bumiputera akan disediakan oleh SME Bank
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan kepada syarikat bumiputera berprestasi tinggi

Kesihatan dan Masyarakat
  • RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan
  • RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia
  • RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat
  • RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma

Tiada ulasan: