Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Mei 08, 2013

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KE 13 (PRU13): BARISAN NASIONAL DAPAT MANDAT BARU


Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pakatan Rakyat (PR) mendapat 89 kerusi.





Parlimen: 
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)

DUN: 
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)

UNDI Keseluruhan (Popular votes): 
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi: 
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU
 
Sekilas daripada PRU13
  • Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3: Selangor:  Pakatan 44 dan BN 12,Pulau Pinang: Pakatan 30 manakala BN 10,Kelantan: Pakatan 33 dan BN 12 
  • MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.  
  • DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP - 38, PKR - 30 dan PAS - 21.  
  • Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).  
  • 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.  
  • Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.  
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN.  
  • BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut: Perak BN 31 PR 28, Terengganu BN 17 PR 15,Kedah BN 21 PR 15 danNegeri Sembilan 22 PR 14  
  • (Bekas) MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.  
  • PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.  
  • Calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.  
  • Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut. 
  • Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini. Di antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai. Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008 
  • BN berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang.  
  • Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN.  
  • Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi.  
  • Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi. 
  • Bagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi.  
  • Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN.  
  • Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.
  • Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu.
  • Seramai 128 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi, iaitu yang tertinggi pernah dicatat pada pilihan raya umum di negara ini.
  • Daripada jumlah keseluruhan 579 calon bertanding di kerusi Parlimen, calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai hilang wang deposit, iaitu seramai 75 orang.
  • Ini menjadikan jumlah keseluruhan wang deposit yang hilang lebih satu juta ringgit.

Tiada ulasan: