Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Isnin, Mei 18, 2015

HARI GURU DI SEKOLAHKU

Sambutan Hari Guru di sekolahku SMK Telok Kerang telah diadakan pada pagi Ahad 17 Mei 2015. Aku dan teman-temanku guru-guru diraikan oleh murid-murid SMKTK di bawah pengelolaan barisan pengawas. Memulakan sambutan adalah majlis tahlil di Dataran Nilam yang dipimpin oleh Ustaz Omar b Maidin. Selepas itu, kami guru-guru diiringi paluan kompang ke gelanggang bola tampar di mana di situ kami di pertontonkan tarian kuda kepang dan tarian keraian kaum Cina. Kedua-duanya dipersembahkan oleh murid-murid. 

Acara seterusnya ialah acara di dalam dewan iaitu membaca amanat menteri pelajaran dan amanat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ini diikuti oleh lafaz ikrar oleh guru-guru. Seterusnya, secara beramai-ramai guru-guru menyanyikan dua buah lagu iaitu Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin (Pelangi). Selepas rehat, semua guru dan murid berhimpun di dewan bersama-sama menonton persembahan daripada rakan-rakan guru dan murid-murid. Acara sambutan hari guru tamat pada pukul 1.00 petang.

Foto mukaku banyak yang tak ada sebab aku sibuk mengambil foto pada hari tersebut. Aku kan blogger sekolahku...hehehehe....

Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Selamat Hari Guru.
Terima kasih cikgu...




















Tiada ulasan: