Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, Mei 19, 2015

TAHNIAH PUTERIKU NUR IZYANI NADHIRAH YANG BAKAL BERGELAR DOKTOR

Hari ini Selasa 19 Mei 2015 berlangsungnya hari wisuda (hari konvokesyen) bagi puteriku. Setelah hampir tiga tahun setengah kuliah di Fakulti Kedoktoran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, hari ini tentunya saat yang menggembirakan bagi puteriku yang seorang ini apabila naik ke pentas menerima ijazahnya daripada rektor UGM. Selepas ini iaitu pada awal bulan Jun, puteriku itu akan mengikuti praktek koas (pembantu doktor atau doktor pelatih) selama dua tahun, juga di negara seberang itu. Selepas itu, wisuda sekali lagi di peringkat fakulti pengesahan sebagai doktor profesional.

Aku bersama isteri kesayangan berada di Jogjakarta selama 5 hari. Kami terbang dengan Air Asia melalui Senai Airport dan mendarat di Bandara Adisutjipto, Jogjakarta pada Isnin 18 Mei 2015, setelah diberi keizinan cuti rehat khas oleh Puan Pengetuaku. Isteriku tidak ada masalah mengenai cuti kerana dia seorang pengetua yang mempunyai cuti tahunan. Walaupun kami telah berkali-kali pergi ke Jogjakarta, tetapi kehadiran kami di sisi puteri kami pada kali ini amat besar ertinya kepada puteriku itu. Maklumlah hari bersejarah buat dirinya.

Tahniah buat puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan. Inilah saat yang membahagiakan 'kakak' (panggilan manja buat puteriku dalam keluarga kami) setelah pergi mencari ilmu dalam bidang kedoktoran di negara orang. Itulah bidang yang amat dicita-citakan sewaktu puteriku itu mula mengenal alam persekolahan. Sememangkan 'kakak' berhak bergembira di waktu ini. Ucapkanlah syukur dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini.

Tahniah puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan...
 






















Tiada ulasan: