Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Mac 22, 2012

TAHNIAH KEPADA CALON CEMERLANG SPM 2011

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

Daripada keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia itu,  seramai 559 calon SPM memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding pada tahun 2010. Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 juga bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010.

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

Saya mengharapkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ini akan terus melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sehingga mendapat pencapaian terbaik di peringkat yang tertinggi. Negara dan rakyat di negara ini amat berbangga dengan pencapaian cemerlang mereka hari ini dan berharap mereka akan terus mengejar cita-cita mereka yang telah disemai. Di tangan mereka harapan rakyat dan negara diletakkan bagi membela bangsa dan generasi akan datang.

Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Ia juga bukan suatu kegagalan buat mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang, tetapi sebagai suatu musahabah buat membina langkah kejayaan di masa akan datang.

Tiada ulasan: