Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.
1. Keringkasan.
Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.
2. Kesatuan
Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.3. Keanekaan
Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahana haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.
4. Penumpuan
Ia bermaksud satu tumpuan atau fokus terhadap sesuatu elemen yang khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap. Penumpuan diwujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik fokus yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri istimewa seperti warna, ketinggian, bentuk, tekstur, bunyi, atau objek/tanaman yang istimewa lagi unik. Penumpuan boleh dilakukan lebih kuat lagi dengan teknik membingkai dan mengarah pemandangan terus kepada titik fokus itu. Penumpuan boleh diberikan kepada spesien tumbuhan yang enarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur binaan, dan sebagainya.
5. Keseimbangan
Ia bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometrik, simetrikal, dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.
6. Irama
Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingat menurut pandangan mata sesuai dengan irama tertentu. Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur. Pengulangan terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan mata hingga menuju ke titik tertentu.7. Aturan
Aturan berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari permulaan (gateway). Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk mewujudkan kesinambungan yang teliti dan berterusan. Reka bentuk aturan yang melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah sangat baik. Lebih baik untuk tidak menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujdkan 'sense of surprise'.8. Skala
Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan perbandingan.
3 ulasan:
bagusdanmenarik
Bagus sngt membantu
bagus sangat membantu
Catat Ulasan