Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, Ogos 04, 2009

LANDSKAP 7 - PROSES REKA BENTUK LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor


Ia adalah satu siri langkah-langkah kreatif oleh pereka bentuk yang digunakan untuk membangunkan atau menyelesaikan masalah sesuatu kawasan. Ia penting atas beberapa sebab;

memudahkan pereka untuk menerangkan kepada pelanggan sebab-sebab sesuatu langkah itu diambil untuk menyelesaikan sesuatu langkah, proses ini membantu para pereka untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan mengunakannya sebaik mungkin, dan proses ini membolehkan pereka mendapat pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Sesuatu perlandskapan perlu melalui proses-proses atau fasa-fasa tertentu untuk menghasilkan satu landskap yang menarik. Dia antaranya ialah penyelidikan dan persediaan, reka bentuk, dokumen pembinaan, pembinaan dan penyenggaraan.

1. Fasa I - Penyelidikan dan persediaan
Fasa ini merupakan fasa dimana pereka bentuk mengumpul maklumat sebanyak dan sebaik mungkin. Aktiviti ini melibatkan; persetujuan pereka bentuk dengan pelanggan, penyediaan pelan dasar,inventori dan analisis kawasan, analisis pelanggan, dan pembentukan program.


1.1 Persetujuan dengan pelanggan
Ia adalah pertemuan antara pereka bentuk dengan pelanggan. Pereka bentuk akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keperluan pelanggan.Mereka akan menerangkan akan skop tugasan yang ditawarkan dan kos yang akan terlibat. Sekiranya persetujuan dicapai, maka dokumen perjanjian ditandatangani.


1.2 Penyediaan pelan dasar
Satu pelan dasar yang menunjukkan keadaan semasa tapak diperlukan. Jika maklumat tidak diberikan oleh pelanggan, pereka bentuk boleh mendapatkannya melalui kerja-kerja mengukur dan merekod di tapak tersebut.


1.3 Inventori dan analisis tapak
Ia bermakna satu usaha merekodkan semua infrastruktur, tanaman atau apa sahaja yang terdapat di kawasan tersebut. Pelan inventori yang tepat diperlukan untuk mengelakkan kesilapan reka bentuk pada masa akan datang. Antaranya ialah; kedudukan tapak dan keadaan sekeliling, sistem lalulintas jalan keluar dan masuk, kemudahan awam, tanaman sedia ada, struktur binaan, iklim, jenis tanah, arah angin dan matahari, saliran, topografi, penggunaan tanah, arah pemandangan yang menarik atau hodoh, dan arah bunyi.


1.4 Analisis pelanggan
Mengenali pelanggan sama penting dengan mengenali kawasan. Pereka bentuk mesti mengetahui kehendak dan keperluan pelanggan. Belanjawan yang dikeluarkan amat penting untuk diketahui. Aktiviti dan pergerakan pelanggan akan banyak membantu. Antara perkara-perkara yang perlu diketahui ialah; karekter dan kesukaan pelanggan, aktiviti yang disukai dan diperlukan, dan bahan yang disukai dan tidak disukai.


1.5 Pembangunan program
Berdasarkan kepada maklumat yang ada, pereka bentuk perlu menganalisis dan menyusun aktiviti serta program mengikut keutamaan dan hanya memilih mana yang perlu sahaja. Tidak semua kehendak pelanggan boleh dimasukkan dalam limitasi kawasan dan peruntukan kewangan. Program ini juga menyediakan satu senarai ringkas aktiviti-aktiviti seterusnya ditambah dan dikembangkan dengan elemen-elemen yang perlu ada dalam setiap aktiviti tersebut.








2. Fasa II - Reka bentuk
Hasil daripada kerja-kerja di Fasa I, pereka bentuk akan mampu untuk melangkah ke Fasa II dengan lebih baik. Langkah-langkah di Fasa II ialah; pembangunan pelan konsep, pembangunan bentuk, dan pelan induk.

2.1 Pembangunan pelan konsep
Konsep adalah idea dasar sesuatu bentuk. Setiap apa yang ingin dimasukkan atau dibangunkan mestilah selari dengan konsep yang dipilih. Biasanya pelan konsep dilukis dengan menggunakan gambarajah buih dan dibantu dengan simbol-simbol yang ringkas dan mudah. Tujuan utamanya ialah untuk mengkaji hubungan antara ruang-ruang aktiviti dan untuk memastikan kesesuaian aliran dalam keadaan harmoni dan berfungsi. Pereka bentuk perlu melapangkan fikiran agar tidak terikat dengan satu-satu konsep sahaja dan mesti bersedia untuk menukarkannya.


2.2 Pembangunan bentuk

Pelan konsep perlu diperincikan lagi hasil perbincangan dan persetujuan pelanggan. Bentuk kasar, ambarajah buih, dan simbol-simbol ringkas ditukar kepada bentuk-bentuk yang lebih spesifik. Ruang-ruang mula menjadi lebih realistik. Beberapa cara pembangunan bentuk boleh dipilih tetapi mesti berdasarkan kepada konsep yang telah dipersetujui.


3. Pelan induk

Dengan terhasilnya bentuk, maka penyediaan pelan induk menjadi lebih mudah. Pada peringkat ini perkara-perkara berikut dikenalpasti, iaitu jenis tanaman, jenis bahan binaan, jenis kelengkapan, dan lain-lain perincian.










3. Fasa III - Dokumentasi Pembinaan

Setelah pelan induk disiapkan dan dipersetujui oleh pelanggan, maka dokumentasi pembinaan disediakan untuk menunjukkan kepada pihak kontraktor bagaimana untuk membina reka bentuk yang telah disediakan. Di antara pelan-pelan yang dimaksudkan ialah:

3.1 Pelan ukur

Memberikan semua ukuran bagi elemen dan ruang.


3.2 Pelan grading

Mengenalpasti kontur sedia ada dan cadangan.


3.3 Pelan tanaman

Memberikan secara terperinci jenis-jenis tanaman yang dicadangkan.


3.4 Lukisan binaan terperinci

Menerangkan secara terperinci setiap binaan yang dicadangkan.







*****(akan disiapkan kemudian)

Tiada ulasan: