Pada hari Khamis 3 Sep. 2009, pegawai JKR Pontian datang ke SMK Telok Kerang untuk menyampaikan berita bahawa SMK Telok kerang akan dapat bangunan baru untuk MPV Landskap nan Nurseri. Bangunan yang dianggarkan bernilai RM800,000.00 itu dicadangkan didirikan di tapak RPH projek fertigasi. Maka RPH itu nanti akan dipindahkan ke tempat lain. Isunya ialah kawasan SMK Telok Kerang dah tak ada kawasan lapang lagi. Kawasannya kecil dan terhad. Untuk beberapa hari ini saya akan mencari kawasan baru yang muat-muat untuk mendirikan RPH yang akan dipindahkan itu.
Ini adalah kawasan tapak RPH Projek Fertigasi SMK Telok Kerang yang akan didirikan bangunan MPV Landskap dan Nurseri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan