Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, September 30, 2009

PROJEK PEMBINAAN TAMAN SAINS OLEH PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI SMK TELOK KERANG

Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 MPV Landskap dan Nurseri bekerjasama untuk membina landskap (taman) di hadapan makmal sains. Projek ini dibawah seliaan Cikgu Hasan Kasmuri dan dibantu oleh Abang Roslee. Projek dimulakan dengan membuat kerja-kerja pembentukan permukaan tanah. Pihak sekolah telah bersetuju membeli dan menyediakan 4 lori besar tanah top-soil. Sehingga kini 90% kerja-kerja pembentukan tanah telah dapat disiapkan dalam tempoh tiga hari waktu pembelajaran Landskap dan Nurseri. Rekabentuk taman telah dirangka oleh Cikgu Hasan Kasmuri.


Foto-foto ini menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap & Nurseri sedang membuat kerja-kerja pembentukan tanah.


Tapak projek Taman Sains SMK Telok Kerang di hadapan makmal sains.

Riduan dan Shaari pelajar 4 Landskap dan Nurseri menggali lubang untuk menanam pokok naungan.

Rizuan menuang tanah semasa membentuk permukaan tanah.

Pelajar-pelajar 4 Landakap dan Nurseri memasukkan top soil ke kereta sorong untuk
dipindahkan ke tapak projek.

Ariff Daud sedang membentuk tanah di tapak projek.


Cikgu Hasan Kasmuri membantu pelajar membentuk tanah.




Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap dan Nurseri bekerjasama memasukkan
top soil ke dalam kereta sorong untuk diangkut ke tapak projek.


Tiada ulasan: