Penyenggaraan Tanaman/Tumbuhan Landskap
1. Penyiraman
Penyiraman dilakukan sebaik kerja penanaman selesai. Air siraman hendaklah mengenai pikok dan tanah dan terserap dalam tanah sedalam 13 - 15cm. Umumnya penyiraman dilakukan 2 kali sehari untuk pokok dalam bekas iaitu pada awal pagi dan petang. Apabila pokok telah dewasa kadar penyiraman bolehlah dikurangkan atau dihentikan.
2. Merumpai
Aktiviti ini perlu dilakukan dari masa ke semasa. Merumpai menjadikan kawasan landskap kelihatan kemas, teratur dan tumbuhan/pokok landskap dijauhi daripada serangan penyakit. Merumpai boleh dilakukan dengan tangan atau menggunakan peralatan khas.
3. Pembajaan
Pembajaan yang seimbang dan betul menghasilkan tumbuhan landskap yang sihat dan subur. Tentukan tujuan membaja sama ada untuk pembungaan, buah atau daun. Baja tinggi nitrigen untuk daun cantik manakala baja tinggi fosfat dan potash untuk bunga dan buah. Pembajaan hendaklah mengikut masa yang telah dijadualkan (berkala).
4. Pemotongan Rumput
Rumput dipotong mengikut jadual yang telah ditetapkan (Contoh: dua kali sebulan atau sekali sebulan). Pada musim hujan pemotongan lebih kerap dilakukan. Pada musim kering, kekerapan pemotongan boleh dikurangkan. Rumput dipotong pada paras yang dikehendaki tanpa merosakkan pertumbuhannya. Rumput yang telah dipotong hendaklah disapu dan dibersihkan untuk mengelakkan pertumbuhan yang tidak sama rata.
5. Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh tidak teratur, dan dahan-dahan yang telah rosak. Ia bertujuan: membentuk pokok, membuang dahan mati, merangsang pertumbuhan tunas, meninggikan nilai estetika, dan memberi keseimbangan kepada pokok supaya tidak rebah. Ada tiga jenis pemangkasan iaitu [emangkasan membentuk, pemangkasan kelaziman, dan pemangkasan memperbaiki.
6. Penyenggaraan Lain
Penyenggaraan lain boleh dilakukan mengikut keadaan agar kawasan landskap terus menarik, cantik, dan bersih. Antara kerja-kerja/aktiviti-aktiviti itu ialah menyulam tumbuhan landskap yang mati, menyapu daun-daun kering yang berguguran, memungut sampah, membersihkan longkang, dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan