Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, September 08, 2009

FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG 1 - MENYEMAI BIJI BENIH

Projek fertigasi rockmelon SMK Telok Kerang pusingan ke3 tahun 2009 dah dimulakan. Pada 5 Sep. 2009 sebanyak 500 biji benih rockmelon telah disemai. Kali ini benih yang dipilih ialah jenis sweete dan ia adalah pemberian MARDI.

Cara Menyemai:

1. Biji benih direndam dalam air panas suam-suam kuku bersama larutan 'atonik' dan larutan 'previcor. (racun kulat).
2. Rendam selama lebih kurang satu jam.
3. Selepas itu toskan biji benih yang telah direndam.
4. Sediakan dan cuci tray penyemaian (Tray penyemaian 104 lubang).
5. Isikan tray penyemaian dengan 'peat most.
6. Buat lubang kecil di tengah-tengah.
7. Masukkan biji benih ke dalam lubang.
8. Tutup lubang dengan lapisan nipis 'peat most'.
9. Setelah setiap tray diisi biji benih, renjis dengan air larutan baja EC1.4.
10. Bungkus tray tersebut dengan plastik hitam.
11. Biarkan selama 2 malam.
12. Selepas 2 malam, keluarkan tray dan letakkan tray di bawah RPH.


Biji benih di masukkan ke dalam lubang.




Tray dibungkus dalam plastik hitam selama 2 malam.

Tiada ulasan: