Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, September 02, 2009

LANDSKAP 10 - PENANAMAN TUMBUHAN LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor



Penanaman Tumbuhan/Pokok Landskap
Teknik penanaman memainkan peranan penting untuk memastikan pertumbuhan tumbuhan yang baik. Pertumbuhan yang baik bergantung kepada perkara-perkara yang berikut:
1. Penyesuaian keadaan tapak.
2. Pemilihan tumbuhan landskap.
3. Penyediaan tapak yang baik.
4. Pembajaan yang mencukupi.
5. Pengurusan yang rapi.
6. Kaedah pelaksanaan yang baik.

a. Penyediaan Tapak Penanaman
Musnahkan rumpai dengan cara meracun, mencabut atau membakar. Tunggul-tunggul pokok yang tidak diperlukan juga dimusnahkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan kulat.



b. Penyediaan Lubang Penanaman
Buang pokok sedia ada yang tidak diperlukan. Tentukan lokasi lubang penanaman. Semak pelan utiliti supaya lokasi tidak terlalu hampir dengan talian utiliti. Tandakan lokasi dengan pancang berukuran 45 cm - 60 cm. Gali lubang mengikut kesesuaian tapak (tumbuhan renek 0.5m X 0.5m X 0.5m dan tumbuhan naungan/palma 1m X 1m X 1m). Biarkan lubang selama seminggu. Timbus lubang dengan tanah campuran dan biarkan lagi selama seminggu.





c. Saliran
Saliran yang baik diperlukan agar kawasan penanaman tidak menakung air. Tanah yang menakung air dan benyak mengandungi air akan menjejaskan pengudaraan akar dan seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok.




d. Penyediaan tanah campuran
Tanah yang paling sesuai untuk penanaman ialah jenis yang mengandungi air, udara dan sumber makanan yang diperlukan dan selalunya mempunyai nuterien yang seimbang. Campuran yang disyorkan ialah 3:1, 3:2:1, dan 5:4:1.




e. Teknik penanaman Pokok Utama/Pokok Naungan/Pokok Palma
Gali lubang penanaman 1m X 1m X 1m. Isi dengan tanah campuran 5 7.7cm lebih tinggi daripada paras permukaan tanah. Biarkan selama seminggu. Selepas 1 minggu, gali 3/4 daripada lubang dan seterusnya masukkan bebeola akar pokok ke dalam lubang. Ikat pokok pada kayu pancang di sisi bebola akar supaya pokok tegak dan tidak rebah. Masukkan tanah selebihnya dan padatkan tanah di sekeliling pokok.




f. Teknik Penanaman Pokok Renek
Langkah-langkah penanaman adalah sama seperti penanaman pokok utama tetapi lubangnya lebih kecil. Bagi pokok renek besar iaitu 0.5m X 0.5m X 0.5m dan bagi pokok renek sederhana ialah 0.3m X 0.3m X 0.3m, manakala pokok renek saiz kecil ialah 0.2m X 0.2m X 0.2m.




g. Teknik Penanaman Penutup Bumi
Keluasan tapak ditanda dengan kayu dan tali. Tanah digemburkan sedalam 0.3 meter. Biarkan selama seminggu. Taburkan campuran tanah atas dan tanah yang telah digembur. Boleh ditanam secara keratan atau pembahagian rumpun. Jika dari bekas polibeg, buat lubang, tanggalkan pembelut bebola akar, lalu masukkan ke dalam lubang. Isikan lubang dengan tanah campuran. Padatkan tanah di sekelilingnya. Siram secukupnya. Buat sungkupan.



h. Teknik Penanaman Tumbuhan Memanjat
Tumbuhan memanjat boleh ditanam di tanah atau bekas penanaman. Ditanam dalam jarak 15-30cm antara pokok bergantung kepada keberkesanan yang dikehendaki. Jika ditanam untuk menutupi pagar atau tembok, tanam 15cm dari pagar supaya mudah memanjat. Kayu pancang/junjung digunakan sebagai alat pemanjat. Pergola boleh dijadikan alat untuk pokok ini memanjat.




i. Teknik Penanaman Dalam Pasu
Terdapat berbagai jenis, saiz, dan bentuk pasu yang boleh digunakan. Masukkan pecahan pasu lama di dasar pasu untuk tujuan pengaliran air dan pengudaraan. Masukkan tanah campuran 3:2:1 sedalam 1/4 - 1/3 daripada ketinggian pasu. Letakkan pokok di tenggah-tengah pasu. Isi dan padatkan tanah di sekeliling pokok. Letakkan di tempat teduh. Siram secukupnya.



Tiada ulasan: