Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang yang dijangkakan pada hari Ahad 20 September, maka pada pagi ini 18 September 2009, warga SMK Telok Kerang melalui Badan Kebajikan telah memberi sumbangan kepada seramai 52 pelajar yang kurang berada. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Ahmad Khairi Bin Paimin. Semoga sumbangan itu dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang menerimanya untuk menyambut Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan