Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, April 28, 2010

SBT BERPERANAN KEMBANGKAN BUDAYA KECEMERLANGAN

Utusan Malaysia 28 April 2010

JOHOR BAHRU 27 April - Kesemua 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berperanan memberi tunjuk ajar dan berinteraksi dengan sekolah-sekolah yang masih di tahap sederhana bagi mengembangkan budaya kecemerlangan pelajaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah berkenaan penting bagi membolehkan lebih banyak sekolah biasa meningkatkan lagi prestasi untuk turut diiktiraf sebagai SBT pada masa depan.


"Kita mahu dengan adanya sekolah sebegini (SBT) budaya prestasi cemerlang boleh diperluaskan bukan kepada sekolah ini sahaja tetapi dengan pengalaman dan bimbingan yang ada, budaya itu boleh dikembangkan. "Sebab itu salah satu rancangan SBT ialah peranan sekolah itu dalam usaha untuk membantu sekolah lain yang belum capai tahap kecemerlangan seperti ini, maknanya sekolah itu boleh mengembangkan budaya ini ke sekolah lain," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda (2) di Bandar Baru Uda di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengetua sekolah itu, Fuziah Hassan.

Pada awal tahun ini, kerajaan mengumumkan sebanyak 20 sekolah diiktiraf sebagai SBT dengan dua daripada jumlah itu adalah di Johor dan SK Bandar Uda (2) adalah salah satu daripadanya.
Muhyiddin memberitahu, pada masa yang sama sekolah-sekolah biasa itu perlu menjadikan SBT berkenaan sebagai contoh dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.

Tegasnya, interaksi antara SBT dan sekolah lain perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi berkongsi pandangan dan memberi bimbingan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah biasa itu. Menurutnya, ia termasuk pertemuan dan perbincangan di antara pemimpin dan guru-guru sekolah untuk memberi bimbingan dan berkongsi pandangan.

"Sesebuah sekolah menjadi cemerlang dan diiktiraf sebagai SBT bukan sebab ia sekolah elit tetapi ia adalah sekolah biasa yang bertaraf tinggi pencapaiannya," katanya.

Beliau berkata, peranan SBT ke atas sekolah lain itu juga mampu membantu kejayaan pelajar dengan lebih cemerlang dalam tempoh yang singkat. Tambahnya, kejayaan SBT membuktikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan sekolah dan warganya yang cemerlang hingga mencapai tahap antarabangsa. Namun, katanya, guru-guru SBT tidak boleh leka kerana sudah diiktiraf sebagai SBT sebaliknya perlu berusaha keras menggunakan keistimewaan dan kelonggaran yang diberi untuk mengekalkan prestasi.

"Kalau kita tak urus, jaga, ia (prestasi) mungkin menurun dan kalau menurun SBT itu tidak akan kekal selama-lamanya. Sebab itu kita nak tahap yang kita ada sekarang dipertahankan malahan mesti dipertingkatkan prestasi cemerlangnya pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, antara keistimewaan itu ialah sekolah menggunakan autonomi untuk mengubah suai jadual secara lebih fleksibel untuk meningkatkan mata pelajaran yang perlu lebih diberi tumpuan. Contohnya, katanya, jika mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan sudah mantap maka jadual waktu mengajar mata pelajaran itu mungkin boleh dan dipindahkan kepada mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik yang tidak mencukupi.

Beliau berkata, selain itu, komitmen dan kerjasama antara ibu bapa dan guru amat penting kerana mereka adalah punya peranan dalam usaha menambah baik prestasi secara lebih terperinci.
Katanya, mereka boleh membincang inisiatif baru dengan cadangan dan analisis terperinci bagi meningkatkan mutu pencapaian dan melengkapkan pelbagai prasarana fizikal.

"Ini bermakna dengan adanya gandingan kerjasama dan sokongan semua pihak maka sekolah boleh mencapai status kemajuan yang boleh dibanggakan. Saya berharap sekolah-sekolah yang banyak lagi yang masih belum sampai ke tahap ini boleh mengambil perkara ini sebagai contoh," jelasnya.

Selasa, April 27, 2010

MAKHLUK ASING WUJUD

LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.

Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.

“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.

Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.

“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing. Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.

Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.
Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP

Sabtu, April 24, 2010

PROJEK FERTIGASI SMK TELOK KERANG MENJADI SEJARAH

Jika selama ini pelajar-pelajar sama ada pelajar Sains Pertanian atau pelajar Landskap dan Nurseri begitu ceria mengusahakan tanaman berteknologi fertigasi, tetapi kini mereka menyepikan diri daripada projek tersebut. Tapak projek fertigasi akan dijadikan tapak bangunan Landskap dan Nurseri yang baru. Malangnya sehingga kini 'abok pun tarak'. Sedangkan Struktur Pelindung Hujan dan segala peralatan telah dibuka dan disimpan di tempat lain. Kawasan tapak projek jadi 'padang jarak padang tekukur'.

Entah bila agaknya pembinaan bangunan itu akan bermula......

Kawasan SMK Telok Kerang ni kecil sahaja. Kalau ikut hati nak sahaja gugurkan mata pelajaran Sains Pertanian ni. Kawasan nak bercucuk tanam dah tak cukup. Lainlah kalu Sains Pertanian diajar dalam kelas macam sesetengah guru tu...

Baru sahaja nak memberi suatu keseronokan kepada pelajar-pelajar terhadap pertanian, ini pula yang terjadi. Agaknya inilah nasib bidang pertanian di Malaysia, sentiasa dipandang rendah dan terpinggir....

Saya sebagai guru yang mengajar Sains Pertanian amat berbangga dengan projek yang kami punyai ini. Dengan perbelanjaan sekitar RM5,000.00, kami dapat membina SPH sebanyak 4 buah yang dibawahnya terdapat lebih kurang 500 polibeg. Saya ajar dan didik pelajar-pelajar menanam sayur-sayuran dan tembikai wangi dengan gunakan teknologi fertigasi yang dah pasti ianya mudah, tepat dan bersih. Kalau setakat sayur kangkung tu memang dah biasa...siap bawak balik ke rumah bagi kat mak dan bapak diaorang. Cikgu-cikgu di SMKTK kami bagi free sahaja.

Dalam operasi tanaman berteknologi fertigasi di sekolah kami ini, kami lebih tumpukan kepada tanaman melon seperti 'Golden Langkawi' dan rockmelon jenis 'Glamour'. Tanam melon ini walaupun pengurusannya lebih leceh, tetapi hasilnnya amat menyeronokkan. Puaslah pelajar-pelajar saya makan melon apabila sampai pesta menuai. Yang selebihnya kami jual kepada guru-guru dan kepada FAMA.

Baru-baru ini KPM hantar peralatan pertanian. Banyak melambak-lambak. Beribu ringgit pulak tu. Kalau ikut pengalaman saya yang dah mengusahakan tanaman secara fertigasi sama di sekolah atau di rumah, taklah sebanyak itu peralatannya. Pada nilai yang sama dengan RM25,000.00 tu, saya boleh buat dan dapat Struktur Pelindung Hujan dan 2000 polibeg. Kalau diusahakan betul-betul banyak duit boleh masuuukkkkk.....

Tak tahu lagi bila nak mula. Kawasan dah tak berapa ada....


Foto-foto di bawah ini adalah projek fertigasi di sekolah kami. Siap dengan SPH lagi... Di bawahnya terdapat 500 polibeg. Salah satu aktiviti yang disukai pelajar Sains Pertanian ialah bekerja di bawah SPH ini. Selain sayur-sayuran, kami tanam melon 'Golden Langkawi dan melon 'Glamour'.






Ini pula ialah kerja-kerja menguji tanah tapak bangunan Landskap dan Nurseri yang baru oleh IKRAM. Sampai sekarang bayang bangunan belum nampak lagi. Tapak inilah tapak projek fertigasi sekolah kami.




Dalam foto-foto ini kelihatan pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja membuka besi SPH. Buat dengan tergesa-gesa atas arahan JKR Pontian di mana tapaknya akan didirikan bangunan Landskap dan Nurseri. Akur dengan arahan, kami pun pakat ramai-ramai buat kerja ini. Sampai sekarang tak kelihatan pun bayang bangunan tersebut.



Inilah tapak projek fertigasi SMK Telok Kerang yang dulu meriah dengan aktiviti-aktiviti oleh pelajar-pelajar Sains Pertanian. Sekarang dah jadi 'padang jarak padang tekukur'. Kosong....nol. Nak tengok kawasan ni pun saya malas... maklumlah projek dah jadi sejarah.



Khamis, April 22, 2010

PERTUBUHAN GURU BANTAH KENA AJAR PENDIDIKAN SEKS

Berita Harian 22 April 2010


KUALA LUMPUR: Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata kesatuan itu terkilan dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa pelaksanaannya dipercepatkan tanpa berbincang atau mendapatkan pandangan daripada kesatuan guru atau peringkat akar umbi.

Beliau berkata, pelaksanaan secara terburu-buru akan menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan pelajar, tambahan pula guru ketika ini tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kesihatan reproduktif.

“Usaha membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ketika ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam. Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, Shahrizat meluahkan hasratnya untuk menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta supaya pendidikan kesihatan reproduktif sebagai subjek di sekolah diperkenalkan segera.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dengan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.

“Asas didikan fardu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjebak dengan gejala itu. “Justeru, PKPSMM tidak mempersetujui idea itu (memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan reproduktif) kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah,” katanya.

Rabu, April 21, 2010

GEMPA: GURU SELAMATKAN 830 PELAJAR

Utusan Malaysia 21 April 2010

JIEGU 20 April - Gegaran awal pagi serta gerak hati seorang guru di sebuah sekolah telah mendorongnya untuk mengerahkan 830 pelajar dan guru meninggalkan sekolah berkenaan, sekali gus berjaya menyelamatkan mereka dalam bencana gempa bumi kuat di wilayah Qinghai baru-baru ini, lapor media tempatan China, hari ini.

Tindakan bijak Yanli Duode itu mengelakkan pelajar dan guru di sekolahnya yang terletak kawasan pedalaman di wilayah berkenaan menjadi korban dalam gempa berukuran 6.9 pada skala Ricther pada Rabu lalu, kata akhbar China Youth Daily. Setakat ini, gempa yang tertumpu sekitar Tibet itu telah mengorbankan lebih 2,000 orang termasuk lebih 100 pelajar. Menurut guru berkenaan, gegaran kecil sebelum gempa itu telah mengejutkan guru berkenaan daripada tidur.

''Perasaan tak sedap hati menyebabkan saya menjadi kurang selesa tetapi tidak dapat memastikan apa puncanya,'' kata Penolong Pengetua, Number One Minorities Middle School.

Ekoran itu katanya, beliau bangun dari katil dan terus berlari ke arah asrama pelajar bersama empat guru lain dan meminta mereka bangun dan mengosongkan bangunan.

Gempa bumi kuat melanda kawasan tersebut pada pukul 7.49 pagi dan meranapkan asrama lelaki serta menyebabakan kerosakan teruk kuarters pelajar perempuan dan kakitangan.

''Kami amat bernasib baik,'' Duode dipetik sebagai berkata selepas kesemua, 830 pelajar dan guru sekolah itu terselamat dalam bencana tersebut. - AFP

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU



Petikan sebahagian titah ucapan Sultan Azlan Shah Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82.


Sultan Azlan Shah bersama Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun berangkat ke Balairong Seri di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam. Turut kelihatan,Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak,Tuanku Zara Salim.

Seseorang Sultan adalah batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi untuk memenuhi tanggungjawab tertentu. Yang penting dipertahankan adalah institusi pemerintahan di bumi ini yang telah diwarisi sejak zaman berzaman, institusi pemerintahan yang mempunyai akar sejarah lalu menentukan rupa bentuk dan memberikan wajah kepada budaya berkerajaan dan bernegara, berpaksikan prinsip rakyat beraja – negeri bersultan.

Seseorang Raja Pemerintah itu di samping memenuhi peranan tersurat sebagai payung naungan dan lambang perpaduan kepada warga pelbagai kaum, turut mempunyai peranan secara tersirat yang perlu dilaksanakan dengan sabar lagi tabah, penuh berhikmah lagi bijaksana. Apabila negeri dilanda krisis, kearifan Raja Pemerintah sebagai penimbang tara sangat kritikal. Baginda perlu mengimbangkan secara saksama keperluan pelbagai kumpulan warga. Ia menjadi lebih rumit dalam sebuah negeri yang warganya terdiri daripada pelbagai agama, keturunan dan budaya dengan tahap pencapaian sosial dan ekonomi yang masih mempunyai jurang yang ketara.

Raja Pemerintah di bumi ini wajib melihat perspektif yang luas, menghargai salah silah sejarah negara bangsa dan bertanggungjawab tidak menderhakai Tujuh Wasiat yang telah diamanahkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu ketika memberi perkenan menurunkan tanda tangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.


Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :

  • PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.
  • KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
  • KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
  • KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.

Formula tersebut yang selama hari ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan. Perbuatan sedemikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.

Selasa, April 20, 2010

KENANGAN DIBUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT, INDONESIA 2

Minggu lepas semasa mengemaskan kotak-kotak buku di bilik perpustakaan di rumah, terjumpalah satu album mini. Di dalamnya terdapat foto-foto ini iaitu semasa saya kembara ke Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia dulu. Kembara bukan untuk menambah isteri sebagaimana yang diheboh-hebohkan baru-baru ini. Kembara untuk melihat kehidupan dan landskap tempat orang.

Sebenarnya banyak foto-foto yang saya snap di sepanjang perjalanan pergi dan balik termasuk di sekitar Bukit Tinggi. Saya suka ambil foto tempat-tempak yang unik dan menarik. Tapi hanya ini sahajalah yang dapat dikesan.


Masjid yang cantik.
Surau di kaki bukit.

Istana Pagaruyung.

Rumah kampung tradisional.

Perkampungan berdekatan Ngarai Sianok.
Ngarai Sianok (Grand Canyon).

Jalan berliku di perbukitan.

Sebuah kampung sawah padi di kaki Gunung Singgalang.

Pemuzik tradisional.

Penari tradisional.


PRGRAM BUMI HIJAU SMK TELOK KERANG: TANAM SAYUR-SAYURAN

Program Bumi Hijau

"Tanam ternak guna sendiri, jimat cermat bina ekonomi!"

Pewujudan semula Kempen Bumi Hijau (dahulunya Buku Hijau) yang berteraskan ‘Amalan Bercucuk Tanam’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.

Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di Bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.

Kempen ini terdiri daripada 3 komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’ dengan menanam tanaman yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga. Kempen ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk yang boleh ditanam sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah. Bagi menjayakan kempen ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya yang berhampiran.

Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Kempen Bumi Hijau ini. Anggaran sejumlah 500,000 anak pokok perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pelancaran Kempen Program Bumi Hijau bagi seluruh negara.

Komponen Ternakan boleh melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur.

Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan jenis tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum.

Selain menggalakkan penduduk mengurangkan kos perbelanjaan barangan dapur, program Bumi Hijau juga mampu berperanan sebagai platform untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Malah, landskap sesebuah kawasan itu bukan sahaja cantik dan bersih tetapi juga mempunyai projek-projek ekonomi yang dapat mengurangkan kos sara hidup. Ia juga sekali gus dapat mengurangkan makanan yang diimport di samping menjamin bekalan makanan yang lebih bermutu.


SMK Telok Kerang telah menerima kit tanam sayur-sayuran daripada Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Program ini dilaksanakan di sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Tingkatan 1 dan Sains Pertanian Tingkatan 4 dan 5. Oleh kerana kawasan yang terhad, pelajar-pelajar menanam sayur-sayuran di dalam batas konkrit, polibeg dan dalam pasu bunga.



Tanaman terung oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Teknologi.
Tanaman kangkung oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Teknologi.

Pokok terung dalam pasu.

Kelopak terung.
Tanaman kangkung oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 Segar.




Isnin, April 19, 2010

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN: STATUS GURU CEMERLANG

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menggariskan enam teras strategi mampu memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di mata dunia. Teras strategi kelima iaitu “Memartabatkan Profesion Keguruan” berperanan meningkatkan martabat profesion keguruan dan menjadikan profesion ini kembali dihormati sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi pada masa hadapan.

Guru Cemerlang sebagai model dalam organisasi pendidikan memainkan peranan yang penting melalui proses pembinaan modal insan berkualiti untuk masa depan negara ke arah memartabatkan profesion keguruan. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menjadikan profesion keguruan dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh sebab itu kualiti, kerjaya dan kebajikan Guru Cemerlang sentiasa diberikan perhatian.

Guru Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti diperincikan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri murid mengikut tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran atau bidang pengkhususan.
  3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan bimbingan guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
  4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.
  5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN GURU CEMERLANG (GC)

Kewujudan jawatan Guru Cemerlang hasil daripada memorandum kepada Kabinet yang bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” pada tahun 1993. Jawatan GC mula diperkenalkan pada tahun 1994.

Tujuan Pewujudan Jawatan Guru Cemerlang (GC) ialah:

  • Memperluaskan peluang naik pangkat.
  • Memberi peluang guru berpengalaman, berkemahiran dan pakar dalam P&P naik pangkat;.
  • Membolehkan guru naik pangkat tanpa meninggalkan tugas mengajar.
  • Menyediakan peluang naik pangkat dengan lebih laju ( Fast track ).
  • Pengiktirafan kepada guru dalam mata pelajaran masing-masing.
  • Meningkat kualiti P&P .
  • GC sebagai role model.
  • Meningkatkan motivasi guru .
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah

PELUANG KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG

Berikut adalah peluang kenaikan pangkat jawatan-jawatan Guru Cemerlang di sekolah.

Guru Cemerlang:
  1. DGA29 ke DGA 32 (min 5 tahun mengajar)
  2. DGA32 ke DGA 34 (min 3 tahun DGA 32 )
  3. DG41 ke DG44 (min 7 tahun mengajar)
  4. DG44 ke DG48 (min 3 tahun GC DG44)
  5. DG48 ke DG52 (min 3 tahun GC DG48)
  6. DG52 ke DG54 (min 2 tahun GC DG52)
  7. DG54 ke Gred Khas C (min 2 tahun GC DG54) (Guru berkhidmat sekurang-kurangnya 17 tahun untuk menjawat jawatan Gred[ Khas C).

Guru Super:

  • Seorang Guru Cemerlang Gred Khas C
  • Menampilkan tahap ketokohan, kepakaran dan profesionalisme yang tinggi dalam subjek kepakaran
  • Meningkatkan ilmu, penulisan dan penyelidikan ilmiah; dan
  • Menjadi pakar rujuk sehingga ke peringkat nasional.

Penempatan Guru Cemerlang:

  • GC terus kekal mengajar dalam bilik darjah di sekolah yang ditetapkan;
  • GC yang bertukar ke sekolah lain perlu mengajar mata pelajaran yang sama;
  • Penempatan dan pertukaran GC di bawah tanggungjawab Bahagian Sumber Manusia;

Kompetensi yang dinilai untuk menjadi Guru Cemerlang:

  • Ketrampilan Profesional
  • Pengajaran & Pembelajaran
  • Pengurusan Kurikulum
  • Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
  • Keperibadian
  • Pembangunan Diri

Penyeliaan dan Penilaian:

  • Dari segi penyeliaan, GC masih tertakluk kepada hirarki mengikut carta organisasi jabatan tempat mereka bertugas; dan
  • Penyediaan LNPT mengikut prinsip “tidak boleh dinilai oleh pegawai yang lebih rendah grednya daripada pegawai yang dinilai”.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG DAN GURU-GURU LAIN

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran adalah kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

Tiga Jenis Strategi iaitu:
  1. Pemusatan Guru
  2. Pemusatan Murid
  3. Pemusatan Bahan

1. Strategi Pemusatan Guru

  • Guru memainkan peranan yang utama
  • Guru menguasai dan mengawal aktiviti murid
  • Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala
  • Kepimpinan guru bersifat autokratik
  • Guru mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
  • Guru mementingkan pencapaian akademik

2. Strategi Pemusatan Murid

  • Murid memainkan peranan aktif dalam proses P & P
  • Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala
  • Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
  • Strategi P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid
  • Perkembangan murid secara menyeluruh
  • Perbezaan individu diberi perhatian

3. Strategi Pemusatan Bahan

Dua kategori BBM:

  1. Bahan pengajaran digunakan oleh guru seperti carta, model, gambar, kad kerja atau kad imbasan.
  2. Bahan bantu pembelajaran digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.

  • Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan untuk mencapai objektif
  • Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
  • Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas
  • Mempertingkatkan interaksi sosial murid
  • Mengajar dan belajar melalui pengalaman

Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas. Di antaranya ialah:

  • PENDEKATAN INDUKTIF
  • PENDEKATAN ELEKTIF
  • PENDEKATAN TEMATIF
  • PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
  • PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLOBERATIF
  • PENDEKATAN INDUKTIF

Pendekatan-pendekatan ini:

  • Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat
  • Murid membuat kesimpulan
  • Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
  • Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan
  • BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan
  • Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan

OBJEKTIF KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG (GC)


“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang


Jawatan-jawatan seperti Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang ialah:
  1. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  2. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  3. Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  4. Meningkatkan motivasi guru.
  5. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  6. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  7. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  8. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu/insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Marzita (2003) dalam rencananya menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Selaras dengan itu, segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seperti mana yang dinyatakan dalam Tema Guru 2003 iaitu ‘Guru Berkualiti Inspirasi Negara’. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang serta mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara. Justeru, untuk melahirkan guru berkualiti mestilah wujud daripada PPG yang cemerlang.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002) pula, guru cemerlang menunjukkan ciri-ciri seperti:
• Komitmen profesional yang tinggi.
• Pakar dalam semua bidang, sedia berkonsi pengalaman
• Kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
• Kebolehan mengurus pelajar.
• Boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
• Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
• Menunjukkan komitmen yang tinggi.

Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Pendeknya, ciri-ciri berkualiti tersebut adalah seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini. Sebagai contoh, guru tersebut hendaklah celek komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (pernah mengambil kursus teknologi pendidikan). Guru tersebut juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.

Bagi mendapat ciri-ciri berkualiti ini, pendidik/guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik puas.


Sumber:
Program Pendidikan Guru Teknik Dan Vokasional Yang Cemerlang
Oleh Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

CABARAN-CABARAN BAGI GURU CEMERLANG

Cabaran-cabaran bagi Guru Cemerlang

Berikut adalah cabaran-cabaran bagi guru-guru yang dinamakan Guru Cemerlang:

  1. Guru Cemerlang merupakan individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam mata pelajaran masing-masing, justeru mereka dilihat sebagai kumpulan guru yang mampu membantu JPN dan PPD mengendalikan pelbagai aktiviti atau program seperti seminar,
    bengkel, persidangan, kursus dan lain-lain. Mereka sering dipanggil sebagai penceramah, fasilitator dan jurulatih. Dengan itu mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pelbagai kemahiran, terutamanya maklumat-maklumat pendidikan yang terkini serta
    kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  2. Selain aktiviti pengajaran & pembelajaran di bilik darjah, Guru Cemerlang juga mempunyai pelbagai tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah serta terlibat dalam perlbagai program di peringkat PPD, JPN dan KPM. Penglibatan aktif Guru Cemerlang dengan
    tugasan di luar sekolah kadang kala menyulitkan pihak Guru Cemerlang dengan Pentadbir Sekolah. Maka mereka perlu berkemahiran membahagikan masa serta bekerja secara work smart dengan kedua-dua pihak.
  3. Guru Cemerlang selalunya dijadikan contoh dari segi pengurusan kerja, komitmen dalam tugas, sikap dan kreativiti oleh pentadbir sekolah dan nama meraka sering disebut-sebut di dalam mesyuarat guru di sekolah. Keadaan ini ada kalanya menyebabkan wujud rasa
    rendah diri terhadap kemampuan atau kebolehan guru-guru lain. Maka mereka perlu pandai beramah mesra, sering saling membantu, berketerampilan diri serta sahsiah yang terpuji.

NOTA TERJUN TINGKAT 11

Harian Metro 19 April 2010


KUALA LUMPUR: Tekanan perasaan dialami selepas mendakwa sering dimarahi keluarga kerana mendapat keputusan peperiksaan tidak memuaskan membuatkan seorang pelajar tingkatan tiga sanggup terjun daripada tingkat 11 pangsapuri didiami. Sebelum terjun, pelajar perempuan itu sempat menulis surat meluahkan perasaan kecewanya kerana kerap dimarahi ibu bapa apabila gagal mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Malah, dia juga turut merakamkan gambar sendiri menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan seolah-olah cuba menjerut leher menggunakan rantai yang dipakainya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5 pagi itu, remaja berkenaan dipercayai bertindak terjun dari tingkap bilik tidurnya selepas meninggalkan surat dan bukti berhubung masalah dialami. Menurutnya, pelajar yang tinggal bersama ahli keluarga di Ketumbar Height, Cheras di sini, cedera parah di kepala dan tubuh kesan dari hentakan kuat menyebabkan dia mati di lokasi kejadian sebelum mayatnya ditemui penduduk pangsapuri itu.

“Berdasarkan siasatan, mangsa kerap menginap di rumah mak ciknya di tingkat empat di pangsapuri sama, namun pada hari kejadian, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di tingkat 11 kediaman itu. Sebelum terjun, mangsa sempat menggunakan telefon bimbit kamera miliknya untuk merakam perbuatan anehnya. Berdasarkan siasatan, dia dilihat sengaja menggunakan rantai leher sambil seolah-olah cuba menjerut lehernya sendiri,” katanya.

Menurutnya, pelajar itu kemudian menulis di atas dua keping kertas mencurahkan segala masalah dan rasa isi hatinya. Antaranya mendakwa tertekan dengan keputusan akademiknya yang mengecewakan menyebabkan dia kerap dimarah oleh ibu bapa.

“Mangsa mendakwa tertekan dengan tindakan ibu bapanya yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bagi menghentikan penderitaan dialami,” katanya.

Menurutnya, mayat remaja itu dihantar ke Pusat perubatan Hospital Kebangsaan Malaysian (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Setakat ini siasatan mendapati kematian mangsa tidak membabitkan unsur jenayah dan ia adalah kes mati mengejut,” katanya.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang diambil keterangan polis tidak percaya mangsa sanggup membunuh diri hanya kerana tertekan dengan keputusan peperiksaan diperoleh. Bapa mangsa berusia 49, mendakwa dia dan isteri tidak pernah memarahi anak gadis mereka atau memberi tekanan kepadanya.

Difahamkan, bapa mangsa meminta polis menyiasat punca kes kematian mangsa lebih terperinci bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kematian anak gadisnya itu.



PELAJAR SAMSENG MEROSAKKAN 9 KERETA GURU

Harian Metro 14 April 2010

PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin. Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang. Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar. Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.


“Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah,” katanya yang enggan dikenali.


Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru. Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu. Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang menghukum mereka. Menurut sumber itu lagi, polis tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk menjalankan siasatan sebaik dimaklumkan kejadian itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan parkir di kawasan sekolah itu sudah diletakkan papan larangan meletak kereta dan direntang dengan tali. Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu. Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.


Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan. Bagaimanapun, Arjunaidi enggan mengulas lanjut berhubung serangan kumpulan pelajar samseng itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran.

APAKAH PLAN-J?

STANDARD AKADEMIK PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR (PLAN-J)

APA ITU PLAN-J?
Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut potensi mereka.

STANDARD AKADEMIK?
2 Jenis Standard:

  1. Standard Kandungan (Standard Content)
  2. Standard Pencapaian (Standard Performance)

11 ELEMEN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL (MODUL HALLINGER)

  1. Merangka matlamat sekolah.
  2. Menyampaikan matlamat sekolah.
  3. Penyeliaan dan penilaian Instruksional.
  4. Menyelaras kurikulum.
  5. Memantau kemajuan pelajar.
  6. Mengawal waktu P& P (protecting Instructional time).
  7. Membudayakan Perkembangan Profesional.
  8. Mengekalkan ketampakan.
  9. Menyediakan ganjaran kpd guru.
  10. Penguatkuasaan standard akademik.
  11. Menyediakan insentif kpd pelajar.


PERSOALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN GURU

  1. Sejauhmana dan sedalam mana sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku?.
  2. Bagaimana pengukuran keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku?.
  3. Bagaimana dengan kualiti dan kuantiti pengajaran dan pembelajaran ? Mencapai standard yang diharapkan?.
  4. Adakah murid di sekolah A menerima kualiti pengajaran dan pembelajaran yang setara dengan sekolah B?.
  5. Apakah indikator keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran?.
  6. Adakah pengajaran dan pembelajaran berfokuskan keupayaan murid dilaksanakan?.


JAWAPANNYA…

  1. Standard Akademik merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru.
  2. Standard Akademik sebagai satu panduan pengurusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk guru.
  3. Proses P&P perlu dirancang dengan rapi untuk mencapai impak yang maksimum.
  4. Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) merupakan eviden perancangan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  5. Standard Akademik adalah kesinanmbungan kepada Head-count dan Audit Akademik.


FORMAT PLAN-J

  1. Rancangan Pelajaran tahunan (RPT)
  2. Plan-J


MATLAMAT PLAN-J

  1. Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran.
  2. Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah.
  3. Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing.
  4. Menjadikan penentuan jumlah latihan akademik sebagai SKT guru dan dijadikan Standard Kualiti Sekolah.

Apayang ditulis = Apa yang diajar = Apa yang diuji


PELAKSANAAN

  1. Bagi tujuan peluasan, SPA akan membangunkan PLAN-J mata pelajaran selebihnya pada tahun 2010 bagi pelaksanaan tahun 2011.
  2. Semua sekolah akan menerima salinan PLAN-J dan guru mata pelajaran mesti mengisi ruang Piawaian Sekolah.
  3. Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
  4. PLAN-J mesti dilampirkan bersama di dalam Buku Persediaan Mengajar PLAN-J mesti disediakan selaras dengan Rancangan Pelajaran Tahunan yang dinilaitambah untuk memudahkan penyemakan P&P.
  5. Pengetua/Guru Besar memantau pelaksanaan Standard Akademik di sekolah masing-masing.
  6. Pegawai JPN/PPD akan membuat pemantauan ke sekolah-sekolah.

Ahad, April 18, 2010

EROPAH TERUS DISELIMUTI ABU

Mingguan Malaysia 18 April 2010







PEMANDANGAN dari ladang di Thorgeirsstadir menunjukkan kepulan debu keluar dari gunung berapi Eyjafjallajokull, kelmarin. – REUTERS








PENGGUNA jalan raya memberhentikan kenderaan dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar kepulan asap dan debu gunung berapi Eyjafjallajokull, di Iceland, semalam. Letusan debu gunung berapi yang memenuhi ruang udara barat Eropah sehingga Russia melumpuhkan operasi penerbangan antarabangsa, termasuk Asia. - Foto AFP





LONDON 17 April – Aktiviti seismik di gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland, semakin meningkat hari ini apabila ia dilapor menghamburkan debu setinggi 8.5 kilometer ke udara. Pakar geologi, Magnus Tumi Gudmundsson dari Universiti Iceland berkata, angin yang agak kuat hari ini membantu menjelaskan jarak penglihatan, sekali gus membenarkan kumpulan penyelidik terbang di atas gunung berapi bagi melihat peningkatan aktivitinya.

Seorang daripada mereka mendapati, kepulan abu yang menjejaskan beribu-ribu penerbangan di benua Eropah terhasil akibat tindak balas magma yang membeku dengan pantas apabila terkena ais yang meliputi puncak gunung.

Dalam perkembangan berkaitan, kepulan tebal abu gunung berapi terus menyelubungi ruang udara beberapa kawasan terpencil Iceland hari ini ketika keadaan sama masih membelenggu seluruh Eropah, sehingga memaksa pembatalan beribu-ribu penerbangan dan mendesak orang ramai menyewa bilik hotel, mencari tiket kereta api dan menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Agensi trafik udara Eurocontrol melaporkan, hampir dua pertiga penerbangan Eropah dibatalkan semalam apabila ruang udara di sebahagian besar Britain, utara dan tengah Eropah terus ditutup.


“Ruang udara masih belum dibuka untuk penerbangan. Keadaan ini dijangka berterusan esok,” jelas agensi tersebut.

Menurut Eurocontrol, kira-kira 16,000 daripada 28,000 penerbangan harian Eropah terpaksa dibatalkan hari ini dan semalam, dua kali lebih banyak berbanding hari sebelumnya. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa memaklumkan, gunung berapi tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah AS$200 juta (RM700 juta) sehari kepada industri berkenaan. Gunung berapi Eyjafjallajokull, mula meletus buat kali kedua Rabu lalu dalam tempoh sebulan, menghamburkan debu sejauh beberapa kilometer. Angin turut membawa kepulan debu tebal ke selatan dan timur Britain, Ireland, Scandinavia dan tengah Eropah.

Sementara itu, pegawai Poland semalam bimbang kepulan debu tersebut akan menganggu kehadiran pemimpin-pemimpin dunia esok bagi menghadiri upacara pengebumian Presiden Poland Lech Kaczynski dan isterinya Maria di bandar Krakow, selatan negara itu, setelah ruang udara Poland ditutup hari ini daripada sebarang penerbangan sehingga diberitahu kelak. Sehingga kini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Canselor Jerman Angela Merkel telah mengesahkan kehadiran mereka ke upacara itu, sementara Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Un-chan muncul pemimpin pertama membatalkan kedatangan ke Poland.

Keluarga Kaczynski semalam menegaskan, mereka mahu upacara pengebumian diadakan esok seperti yang dirancang, walaupun kepulan debu dari gunung berapi di Iceland kini semakin merebak ke bahagian selatan dan timur. – AP



Sabtu, April 17, 2010

PENGAMBILAN GURU SEIMBANG

Utusan Malaysia 17 April 2010

HULU SELANGOR 16 April - Kerajaan akan menyeimbangkan pengambilan guru pada tahun ini pada kadar yang sama iaitu 50 peratus untuk guru lelaki dan perempuan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu diambil ekoran jumlah guru perempuan yang terlalu ramai ketika ini.


"Bagi mengimbangi jumlah guru wanita dan keperluan kepada guru lelaki, kerajaan pada tahun ini akan seimbangkan pengambilan guru mewakili kedua-dua jantina itu," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan yang kesemuanya bernilai RM940,000 kepada 12 buah sekolah dalam Parlimen Hulu Selangor di sini hari ini. Mengulas lanjut, Puad berkata, keperluan untuk mempunyai guru lelaki adalah penting di sekolah terutamanya melibatkan aspek disiplin dan pembangunan sukan pelajar.


"Ia juga bagi memudahkan kerajaan untuk menempatkan guru-guru lelaki di kawasan pedalaman. Ini melibatkan soal keselamatan, lebih baik kita letakkan guru lelaki berbanding wanita untuk bekerja di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak," katanya.


Dalam pada itu, katanya, kerajaan pada tahun ini juga akan menetapkan peratusan penempatan guru iaitu 40 peratus di Semenanjung dan selebihnya di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, langkah itu bagi menyelesaikan masalah yang kerap kali berlaku apabila kerajaan menempatkan guru-guru di kawasan pendalaman.


"Dengan langkah yang diperkenalkan ini, kerajaan akan menempatkan guru-guru dari Sabah dan Sarawak untuk mengajar di sekolah-sekolah kawasan pedalaman di sana. Ia juga bagi mengurangkan permohonan guru-guru untuk membuat pertukaran tempat mengajar. Tetapi, ini tidak bermakna, 40 peratus guru di Semenanjung itu tidak akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, kerajaan tetap akan berbuat demikian sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Khamis, April 15, 2010

SWASTA, AHLI AKADEMIK CIPTA KREATIVITI DAN INOVASI PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 15 April 2010

KUALA LUMPUR 14 April - Kerjasama pelbagai pihak terutama sektor swasta dan ahli akademik perlu untuk menjadikan sistem pendidikan negara lebih berinovasi dan kreatif bagi meningkatkan kualiti bidang tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha memperluaskan pendidikan berkualiti tinggi tidak hanya terletak di bahu kerajaan, sebaliknya, boleh dibantu oleh banyak pihak.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak yang boleh memainkan peranan tersebut antaranya guru, pakar akademik, universiti-universiti, para pengkaji, sektor industri dan juga pembuat dasar.

''Mereka yang terlibat ini boleh menyumbang dalam pelbagai kaedah mengikut kepakaran masing-masing. Kita harus menerapkan teknik inovatif dan kreativiti itu dalam semua perkara yang kita lakukan," katanya.


Muhyiddin berkata, guru perlu menjadi lebih inovatif dalam menyampaikan ilmu sementara pakar pendidikan perlu inovatif dalam mereka bentuk kurikulum yang dapat merangsang pemikiran kreatif pelajar. Selain itu, katanya, penglibatan pihak universiti juga dapat dibuat melalui penawaran kursus-kursus yang menepati permintaan pasaran.


Muhyiddin menegaskan, usaha tersebut selaras dengan sasaran baru kerajaan dalam sektor pendidikan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang turut menawarkan pelbagai insentif lain termasuk aspek kurikulum. Beliau berkata, kerajaan akan memberi penekanan kepada aspek kurikulum baru iaitu menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran.


''Saya berharap dengan pelaksanaan kaedah terbaru seperti membuat kajian dan mencari sumber bagi subjek yang dipelajari di luar bilik darjah dan teknik pembelajaran dalam kumpulan itu, para guru akan lebih cenderung untuk memperkenalkan teknik-teknik pengajaran yang baru. ''Saya turut percaya hasil pelaksanaan kurikulum baru itu dapat dilihat menerusi keupayaan tenaga pengajarnya yang telah memperbaharui kaedah pembelajaran terkini di dalam bilik darjah,'' jelas beliau.


Muhyiddin menambah, usaha kerajaan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan generasi muda tidak akan tercapai tanpa melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


''Semua langkah yang kerajaan perkenalkan itu khususnya kepada generasi muda adalah untuk memastikan mereka boleh bersaing,'' katanya.

Sabtu, April 10, 2010

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE 40 DAERAH PONTIAN

Pada hari Rabu, 07 April 2010 telah dilangsungkan Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-40 Daerah Pontian Tahun 2010.

Perhimpunan rasmi setahun sekali itu telah disempurnakan oleh DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis daerah Pontian. Perhimpunan turut dihadiri oleh En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai PelajaranDdaerah Pontian dan En. Ahmad Khairi Bin Paimin, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor Kadet Polis Daerah Pontian.

Perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang pada pukul 3.00 petang. Seramai 410 ahli Kor Kadet Polis daerah Pontian yang terdiri daripada anggota Kawalan Kehormatan dan detachment berbaris pada petang tersebut bersama cikgu-cikgu Kadet Polis.

SMK Telok Kerang menjadi tuan rumah untuk perhimpunan tahun ini. Sebelum ini pada tahun 2008 dan 2009, sekolah ini juga menjadi tuan rumah. Dengan kerjasama rakan-rakan guru saya dalam Kadet Polis SMK Telok Kerang, pengurusan perhimpunan tersebut dapat dijalankan dengan baik.

Di kesempatan ini sebagai Ketua Kor Kadet Polis Daerah Pontian, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Pontian, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Pengetua SMK Telok Kerang, C/Insp. Johari Bin Abdullah, rakan-rakan guru Kadet Polis SMK Telok Kerang, Jurulatih PDRM IPD Pontian, guru-guru Kadet Polis Daerah Pontian, KFC Pontian, Syarikat Nestle, ahli-ahli Kadet polis SMK Telok Kerang, dan semua pihak yang membantu menjayakan perhimpunan tersebut.


Ziana dan Ummi bergaya bersama M16.
Anggota Kawalan Kehormatan sedia masuk baris.

Bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan.

Anggota detachment seramai 350 orang.

Menyambut ketibaan En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
Menyambut ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan ketua Polis Daerah Pontian.

DSP Muzamil Bin Hashim menerima tabik hormat.

Pegawai-pegawai Kanan di atas astaka.

Insp. KP Shamsul Sazali Salimin mengetuai anggota Kawalan Kehormatan.


DSP Muzamil Bin Hashim memeriksa baris Kawalan Kehormatan.


Menyampaikan cenderahati kepada En. Abdul Rahim Bin Lamin.


Anggota Kawalan Kehormatan bersama detachment di padang kawad.
Anggota Kawalan Kehormatan bergambar bersama DSP Muzamil Bin Hashim,
En. Abdul Rahim Bin Lamin dan Pegawai-pegawai Kanan Kor Kadet
Polis daerah Pontian.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG (GC)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG

1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM

  • Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997, kurikulum kebangsaan dan surat pekeliling.
  • Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut garispanduan dan tahap kebolehan pelajar.
  • Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan P & P ( BBM, pentaksiran pencapaian pelajar, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis pelajar ).
  • Tentukan status semasa pencapaian ( TOV ) setiap pelajar .
  • Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
  • Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu pelajarnya.
  • Sedia program pengayaan/pemulihan.
  • Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.
  • Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.
  • Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan pelajar.
  • Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.
  • Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran, kepakaran atau bidang pengkhususan

  • Jadi ahli panitia mata pelajaran.
  • Jadi pakar rujuk mata pelajaran.
  • Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.
  • Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.
  • Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.
  • Jadi penasihat persatuan akademik.
  • Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi akademik.
  • Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum

3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan

  • Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum atau kokurikulum.
  • Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).
  • Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru berkenaan.
  • Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.

  • Jalankan kajian atau inovasi
  • Hasilkan penulisan/artikel
  • Bentang hasil kajian / penulisan

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian di KPM

  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua Jabatan

6. Am

  • Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia / Jemaah nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri .

SEKSA JADI GURU

Berita Harian 1 April 2010

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.







TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.




“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.

“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.