Gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Ricther telah melanda di bumi Minang di Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Bencana berlaku pada 30 September 2009. Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa, memusnahkan harta benda, malah mengundang kesengsaraan yang tidak dapat digambarkan melalui luahan perasaan. Gempa kuat yang berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan, 53 kilometer ke barat laut bandar Padang itu turut mengakibatkan 704 orang mati dan lebih 4,000 mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan timbunan serta mendapan tanah. Sejumlah 180,000 bangunan dan rumah runtuh.
Foto-foto ini menggambarkan kemusnahan kesan daripada gempa bumi tersebut di Padang, Sumatera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan