Tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum PPD Kinta Selatan di Kuala Dipang amat menyedihkan. Dalam kejadian itu 3 orang murid yang menyertai aktiviti Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan telah mati lemas. Seramai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari 64 buah sekolah rendah menyertai perkhemahan tersebut. Kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam 26 Oktober 2009.
Diberitakan sewaktu kejadian, ada lebih kurang 50 murid berada di atas jambatan yang sedang menyeberang balik ke khemah selepas minum malam. Ada di antara mereka yang mengenjut-ngenjut jambatan sebelum runtuh. Pada masa yang sama air Sungai Kampar mengalir deras. Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan anak mereka. Ketentuan Allah SWT kita tidak dapat mengelakkannya. Justeru tragedi berkenaan akan menjadi pengajaran kepada penganjur dan guru-guru yang terlibat termasuk saya supaya lebih berhati-hati dan memberi lebih perhatian dan mengutamakan tentang soal keselamatan pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan