Ahad, November 20, 2011
GURU KERJA 9 JAM DIBATALKAN
Khamis, November 03, 2011
5,000 MAHASISWA UPSI TUNTUT JAMINAN PENEMPATAN SEKOLAH KEPADA MEREKA SEPERTI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)
Rabu, Oktober 26, 2011
GAJI PROFESOR DI INDONESIA LEBIH RENDAH DARIPADA GURU
Khamis, September 29, 2011
KONSEP ZON KENAIKAN PANGKAT: PPD, JPN BIMBANG BERLAKU KEKALUTAN SISTEM KENAIKAN PANGKAT
Selasa, September 27, 2011
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
- Polis - 53.7%
- Pegawai Penjara - 48.8%
- Bomba - 43.3%
- Guru - 45.8%
- Jururawat - 42.3%
- Doktor - 40.7%
- Pembantu Farmasi - 35.2%
Hasan:
Dulu-dulu, cikgu-cikgu aku tak ada pulak yang stres. Tapi hari ini ada cikgu-cikgu yang stres. Hari Sabtu lepas aku ke HSA melawat rakan 'orang rumah' yang masuk wad. Sakit hilang ingatan. Nampak gayanya macam stres jugak...Ya Allah, hindarkan diriku daripada stressss...kerana aku jugak seorang guru.
Sabtu, September 03, 2011
GURU KERJA LUAR SEMAKIN SERIUS, KEMENTERIAN PERLU KAJI
Ahad, Ogos 21, 2011
TIADA LAGI SENTUHAN KASIH SAYANG
Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.
Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?
Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan. Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai ‘sentuhan’ emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.
“Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu,” katanya.
“Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan. Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.
Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai ‘sentuhan’ ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang ‘diganggu’ atau digugat pelbagai tugas sampingan lain. Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.
“Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri. Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada,” katanya.
Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata - mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.
“Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen. Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar? Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru - pelajar hanya termaktub dalam kelas semata - mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat,” soalnya.
Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.
“Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata. Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.
Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu. Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela ‘menyerahkan’ anak untuk dididik.
“Mereka tidak kisah anak ‘dipukul’ kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi. Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru ‘terikat’, apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit,” katanya.
Rabu, Ogos 10, 2011
MALANG NASIB GRADUAN UPSI
Isnin, November 22, 2010
DILEMA PENEMPATAN GURU
Rabu, April 21, 2010
GEMPA: GURU SELAMATKAN 830 PELAJAR
JIEGU 20 April - Gegaran awal pagi serta gerak hati seorang guru di sebuah sekolah telah mendorongnya untuk mengerahkan 830 pelajar dan guru meninggalkan sekolah berkenaan, sekali gus berjaya menyelamatkan mereka dalam bencana gempa bumi kuat di wilayah Qinghai baru-baru ini, lapor media tempatan China, hari ini.
Tindakan bijak Yanli Duode itu mengelakkan pelajar dan guru di sekolahnya yang terletak kawasan pedalaman di wilayah berkenaan menjadi korban dalam gempa berukuran 6.9 pada skala Ricther pada Rabu lalu, kata akhbar China Youth Daily. Setakat ini, gempa yang tertumpu sekitar Tibet itu telah mengorbankan lebih 2,000 orang termasuk lebih 100 pelajar. Menurut guru berkenaan, gegaran kecil sebelum gempa itu telah mengejutkan guru berkenaan daripada tidur.
''Perasaan tak sedap hati menyebabkan saya menjadi kurang selesa tetapi tidak dapat memastikan apa puncanya,'' kata Penolong Pengetua, Number One Minorities Middle School.
Ekoran itu katanya, beliau bangun dari katil dan terus berlari ke arah asrama pelajar bersama empat guru lain dan meminta mereka bangun dan mengosongkan bangunan.
Gempa bumi kuat melanda kawasan tersebut pada pukul 7.49 pagi dan meranapkan asrama lelaki serta menyebabakan kerosakan teruk kuarters pelajar perempuan dan kakitangan.
''Kami amat bernasib baik,'' Duode dipetik sebagai berkata selepas kesemua, 830 pelajar dan guru sekolah itu terselamat dalam bencana tersebut. - AFP
Isnin, November 23, 2009
CUTI PANJANG HUJUNG TAHUN
Jumaat, November 20, 2009
CIKGU ANITA BERTUKAR KE KOTA TINGGI
Khamis, November 05, 2009
UCAPAN TAKZIAH KEPADA CIKGU HERMANAZIF
Khamis, Oktober 29, 2009
TAHNIAH - CIKGU NORLIA BERGELAR IBU
Rabu, Oktober 14, 2009
SISWI FAKULTI PENDIDIKAN UTM BUAT PRAKTIKAL PERGURUAN DI SMK TELOK KERANG
Saya Hartini Binti Ahmad Rabuan seorang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia. Kini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Sekarang saya bertugas sebagai guru praktikal di SMK Telok Kerang bermula dari 13 Julai 2009 hingga 15 Oktober 2009. Saya memilih sekolah ini sebagai tempat menimba pengalaman sebagai seorang guru melalui senarai pemilihan sekolah-sekolah Negeri Johor. Namun yang lebih penting kerana ayah saya pernah menjalani latihan praktikal di sekolah ini pada suatu masa dahulu.
Bergelar sebagai seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dipikul bagi seorang insan. Mencurah ilmu seikhlas hati disusuli bimbingan dalam membentuk insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara memerlukan banyak pengorbanan. Gred dan pangkat bukanlah melambangkan kemuliaan seorang guru tetapi insan yang wujud di masa hadapan merupakan hasil daripada ilmu yang telah dicurahkan oleh seorang yang bergelar guru.
bukanlah kerana sukar mendapat kerja. Terharu dengan ketabahan seorang guru yang tidak pernah jemu mendidik anak mudridnya sehingga berjaya, menyebabkan minat saya terhadap bidang perguruan semakin bertambah. Tambahan pula di sisi agama dimana mencurah ilmu npengetahuan itu satu amalan mulia. Curahkanlah ilmu walaupun setitik, kamu tidak akan rugi malahan ilmu yang kamu dapat akan dilipat gandakan. Tidak kira sama ada seseorang guru itu muda atau tua dia tetap menjadi seorang guru kepada kita apabila dia mencurahkan sesuatu ilmu yang
Pengalaman semasa latihan praktikal mengajar diri ini erti kehidupan dan cabaran sebagai seorang guru. SMK Telok Kerang, Pontian, Johor yang dulu asing bagi diri ini kini berteluk di lubuk hati. Terasa sayang untuk meninggalkan sekolah yang mengenalkan diri kepada dunia perguruan. Terima kasih kepada guru-guru dan
kakitangan sekolah yang banyak membantu diri ini mengfharung dan menjalani tugas seorang guru. Terima kasih kepada pelajar KH3 Tingkatan 2 Maju, Tingkatan 2 Tekun, dan Tingkatan 1 Kemas yang banyak mengajar diri ini erti kesabaran yang sebenar. Cikgu doakan kalian beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Isnin, Mei 18, 2009
HARI GURU DI SMK TELOK KERANG, PONTIAN, JOHOR


Pasukan handalan guru-guru kaki bola.
Pasukan pelajar-pelajar yang tewas 1-4 kepada pasukan handalan guru-guru kaki bola.
Persembahan mantap 'band boy' guru-guru berjaya menghiburkan ramai penonton.
Inilah kad hari jadi saya yang diterima sempena Hari Guru dari Kelab Kakitangan dan Guru-guru SMK Telok Kerang. Ringkas dan menarik.... terima kasih.Ahad, Mei 17, 2009
SELAMAT HARI GURU
Saya amat berminat dengan kata-kata sasterawan Usman Awang dalam karyanya:
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa."
(Usman Awang-1979)
Satu lagi,
"Guru ibarat Astro, dalam dirinya macam-macam ada
Guru ibarat Ferrari, disukai dan digilai kerana kualiti dan jenama
Guru ibarat Proton, walau tak suka dibeli juga kerana harganya
Guru ibarat sambal petai, pedas merah menyala tapi dicari jua
Guru ibarat ayam goreng KFC, digemari si kecil, dewasa dan yang tua
Guru ibarat Putra Jaya, terancang dan gah kebanggaan kita
Guru ibarat laptop, penuh maklumat mudah dibawa untuk buat kerja"
(Nonama-2009)
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Itulah Guru.....
Selamat menyambut Hari Guru saya ucapkan kepada bekas guru-guru saya, rakan-rakan guru di SMK Telok Kerang, dan semua guru di Malaysia negara tercinta.

Hari pertama Minggu Suaikenal di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur tahun 1981. Senior-senior tengah mewawancara 'freshie' yang baru mendaftar. Biasalah..... zaman dulu-dulu... Di sinilah bermulanya karier saya sebagai seorang guru.....


















