Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Kadet Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kadet Polis. Papar semua catatan

Selasa, April 14, 2015

ANAK-ANAK BUAHKU KADET POLIS LELAKI DAN PEREMPUAN MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH PONTIAN TAHUN 2015

Sukanya diorang.... Itulah kegembiraan anak-anak buahku ahli-ahli kadet polis lelaki dan perempuan sekolahku yang berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki kategori organisasi badan kerajaan daerah Pontian tahun 2015. Kejayaan berganda. Aku pun turut tumpang gembira kerana walaupun aku adalah guru kadet pertahanan awam, akulah yang melatih diorang pagi petang sampai muka aku pun naik berminyak dan berjelaga dek kerana panas pancaran sang matahari. Selepas ni berlatih pulak untuk pertandingan peringkat negeri. Tahniah untuk korang...













Sabtu, Mei 29, 2010

LATIHAN MENEMBAK SENJATA M16

Pada hari Ahad 23 Mei 2010 pada ketika orang lain mungkin enak-enak bercuti, saya bersama guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis pergi menjalani latihan menembak senjata M16. Latihan tersebut dijalankan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka Air Keroh.

Kami bertolak pada pukul 6.30 pagi. Pergi ke sana dengan menaiki bas dan sampai pada pukul 9.30 pagi. Bersama sekolah kami ialah ahli-ahli Kadet Polis SMK Sri Kukup. Keadaan lapang sasar ini selesa dan cantik. Latihan dijalankan sehinggalah pukul 3.30 petang. Berehat, makan tengah hari dan solat Zohor pada pukul 12.30 tgh hingga 2.00 petang.

Latihan menembak ini adalah sebahagian daripada aktiviti Pasukan Kadet Polis. Sebagai Ketua Kor Kadet Polis Daerah Pontian, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mengurus aktiviti dan program ahli-ahli Kadet Polis peringkat daerah. Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada timbalan saya iaitu En. Mohd Nazri B Lajim atas usaha beliau secara langsung mengurus aktiviti latihan menembak senjata M16 ini. Sebanyak 15 sekolah di daerah Pontian telah menyertai latihan ini di mana ahli-ahli Kadet Polis yang mengikuti latihan ini di Melaka seramai 600 orang. Latihan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad agar ianya tidak menganggu persekolahan ahli-ahli Kadet Polis. Setiap sekolah mengikuti jadual latihan yang telah ditetapkan.

Latihan ini adalah dibawah kendalian jurulatih Unit Persenjataan IPD Pontian yang diketuai oleh C/Insp. Johari Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian. Sebelum latihan di Melaka, jurulatih-jurulatih ini telah pergi ke sekolah-sekolah untuk memberi latihan musketri senjata M16 kepada ahli-ahli Kadet Polis. Latihan musketri ini dijalankan setiap petang selama tiga hari.

Daripada laporan yang diterima, guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis gembira dengan latihan ini. Itulah sebenarnya harapan kami iaitu ahli-ahli Kadet Polis gembira menjalani kegiatan kokurikulum disamping mendapat sesuatu ilmu dan kemahiran baru yang berkaitan. Semoga semua ahli-ahli Kadet Polis yang menyertai latihan ini selamat sejahtera sehingga tamat latihan. Sentiasalah berhati-hati dan berwaspada semasa menjalani latihan.

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya berikan kepada IPK Melaka, IPD Pontian dan PPD Pontian atas kerjasama dan peluang yang diberi kepada kami guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis Pontian dalam menjayakan latihan menembak senjata M16 ini.


Tuan Johari berbincang bersama jurulatih sebelum memberi taklimat perjalanan latihan.

Menenang ke sasaran.


Saya dan guru-guru Kadet Polis turut sama berlatih menembak.


Jurulatih mengajar saya menggunakan pistol.


Cikgu Hamisah dan Cikgu Noraizan menunjukkan lubang tembakan.


GPK1 Pn. Hjh. Arbaenah Bt Masud turut serta dalam latihan menembak.
Panas terik matahari tidak menghalang latihan.


Cikgu Mohd Nazri B Lajim ditunjuk ajar menggunakan pistol.


Anak saya Fakhrul Syahmi Azri yang juga ahli Kadet Polis
beraksi menggunakan senjata M16.

Saya berucap menyampaikan penghargaan kepada IPK Melaka dan IPD Pontian.


Tuan Johari mengumumkan penembak terbaik sesi 4.

Penyampaian cenderahati kepada IPD Pontian
yang diterima oleh Tuan Johari B Abdullah..

Penyampaian cenderahati kepada En. Aman
Pegawai In Charge Lapang Sasar PDRM IPK Melaka.


Bergambar beramai-ramai selepas tamat latihan bersama guru-guru,
jurulatih dan pegawai-pegawai IPD Pontian.

Sabtu, April 10, 2010

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE 40 DAERAH PONTIAN

Pada hari Rabu, 07 April 2010 telah dilangsungkan Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-40 Daerah Pontian Tahun 2010.

Perhimpunan rasmi setahun sekali itu telah disempurnakan oleh DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis daerah Pontian. Perhimpunan turut dihadiri oleh En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai PelajaranDdaerah Pontian dan En. Ahmad Khairi Bin Paimin, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor Kadet Polis Daerah Pontian.

Perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang pada pukul 3.00 petang. Seramai 410 ahli Kor Kadet Polis daerah Pontian yang terdiri daripada anggota Kawalan Kehormatan dan detachment berbaris pada petang tersebut bersama cikgu-cikgu Kadet Polis.

SMK Telok Kerang menjadi tuan rumah untuk perhimpunan tahun ini. Sebelum ini pada tahun 2008 dan 2009, sekolah ini juga menjadi tuan rumah. Dengan kerjasama rakan-rakan guru saya dalam Kadet Polis SMK Telok Kerang, pengurusan perhimpunan tersebut dapat dijalankan dengan baik.

Di kesempatan ini sebagai Ketua Kor Kadet Polis Daerah Pontian, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Pontian, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Pengetua SMK Telok Kerang, C/Insp. Johari Bin Abdullah, rakan-rakan guru Kadet Polis SMK Telok Kerang, Jurulatih PDRM IPD Pontian, guru-guru Kadet Polis Daerah Pontian, KFC Pontian, Syarikat Nestle, ahli-ahli Kadet polis SMK Telok Kerang, dan semua pihak yang membantu menjayakan perhimpunan tersebut.


Ziana dan Ummi bergaya bersama M16.
Anggota Kawalan Kehormatan sedia masuk baris.

Bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan.

Anggota detachment seramai 350 orang.

Menyambut ketibaan En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
Menyambut ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan ketua Polis Daerah Pontian.

DSP Muzamil Bin Hashim menerima tabik hormat.

Pegawai-pegawai Kanan di atas astaka.

Insp. KP Shamsul Sazali Salimin mengetuai anggota Kawalan Kehormatan.


DSP Muzamil Bin Hashim memeriksa baris Kawalan Kehormatan.


Menyampaikan cenderahati kepada En. Abdul Rahim Bin Lamin.


Anggota Kawalan Kehormatan bersama detachment di padang kawad.
Anggota Kawalan Kehormatan bergambar bersama DSP Muzamil Bin Hashim,
En. Abdul Rahim Bin Lamin dan Pegawai-pegawai Kanan Kor Kadet
Polis daerah Pontian.

Jumaat, April 02, 2010

LATIHAN KAWALAN KEHORMATAN PERINGATAN HARI KADET POLIS DAERAH PONTIAN

SMK Telok Kerang sekali lagi menjadi tuan rumah Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Kali ke 40 Tahun 2010 Daerah Pontian. Jika termasuk tahun ini, bermakna dah 3 tahun berturut-turut sekolah ini menjadi tuan rumah.

Apabila menjadi tuan rumah dah tentulah segala-galanya yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut dari A hingga Z kamilah yang buat. Kami kumpulan guru-guru Kadet Polis SMK Telok Kerang berbangga kerana kami mempunyaI ahli-ahli Kadet Polis yang setia dan tahu peranan dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Kadet Polis. Kami harap disiplin sebegitu terus tersemat di jiwa mereka.

Hari Kor Kadet Polis tahun ini akan diadakan pada hari Rabu 2010. Seramai 39 ahli Kadet Polis sekolah ini yang ditugaskan sebagai ahli pasukan Kawalan Kehormatan. Mereka menjalani kawad bersenjata M16 di IPD Pontian. Mereka berlatih di sana setiap petang bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Lori PDRM angkut mereka pada jam 2.30 petang selepas waktu sekolah.








Sabtu, Januari 23, 2010

PASUKAN KADET POLIS MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN PAGI ISNIN 18 JANUARI 2010

Pada pagi Isnin 18 Januari 2010 perhimpunan rasmi sekolah dikendalikan oleh Pasukan Kadet Polis SMK Telok Kerang. Seramai 19 ahli Pasukan Kadet Polis bertugas mengendalikan perhimpunan itu yang diketuai oleh Sarjan Norsaufi Bin Khamisan.

Cikgu Hasan Kasmuri dalam ucapannya menegaskan bahawa perhimpunan pagi Isnin adalah perhimpunan rasmi sekolah. Oleh itu pasukan beruniform yang mengendalikan perhimpunan hendaklah berpakaian uniform penuh dan mengikut protokol yang ditetapkan.

Di antara ingatan-ingatan dan amanat Tuan Pengetua dalam ucapannya ialah:

  • Pakai topi keledar jika naik motosikal.
  • Jangan datang lewat ke sekolah.
  • Jangan bawa makanan dan makan waktu belajar dalam kelas.
  • Apabila keluar kelas mesti ada pas keluar kelas.
  • Semasa pergi ke bilik air - pelajar perempuan berdua dan pelajar lelaki seorang.
  • Gerak gempur disiplin.
  • Foto pelajar bermasalah disiplin akan dipamerkan.
  • Merentas desa dan sukantara - akan diambil tindakan kepada pelajar yang tidak hadir.