Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Keluargaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluargaku. Papar semua catatan

Selasa, Mei 19, 2015

TAHNIAH PUTERIKU NUR IZYANI NADHIRAH YANG BAKAL BERGELAR DOKTOR

Hari ini Selasa 19 Mei 2015 berlangsungnya hari wisuda (hari konvokesyen) bagi puteriku. Setelah hampir tiga tahun setengah kuliah di Fakulti Kedoktoran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, hari ini tentunya saat yang menggembirakan bagi puteriku yang seorang ini apabila naik ke pentas menerima ijazahnya daripada rektor UGM. Selepas ini iaitu pada awal bulan Jun, puteriku itu akan mengikuti praktek koas (pembantu doktor atau doktor pelatih) selama dua tahun, juga di negara seberang itu. Selepas itu, wisuda sekali lagi di peringkat fakulti pengesahan sebagai doktor profesional.

Aku bersama isteri kesayangan berada di Jogjakarta selama 5 hari. Kami terbang dengan Air Asia melalui Senai Airport dan mendarat di Bandara Adisutjipto, Jogjakarta pada Isnin 18 Mei 2015, setelah diberi keizinan cuti rehat khas oleh Puan Pengetuaku. Isteriku tidak ada masalah mengenai cuti kerana dia seorang pengetua yang mempunyai cuti tahunan. Walaupun kami telah berkali-kali pergi ke Jogjakarta, tetapi kehadiran kami di sisi puteri kami pada kali ini amat besar ertinya kepada puteriku itu. Maklumlah hari bersejarah buat dirinya.

Tahniah buat puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan. Inilah saat yang membahagiakan 'kakak' (panggilan manja buat puteriku dalam keluarga kami) setelah pergi mencari ilmu dalam bidang kedoktoran di negara orang. Itulah bidang yang amat dicita-citakan sewaktu puteriku itu mula mengenal alam persekolahan. Sememangkan 'kakak' berhak bergembira di waktu ini. Ucapkanlah syukur dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini.

Tahniah puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan...
 






















Jumaat, April 10, 2015

RINDU KAT EMOT

Sudah dua bulan kucing kami menghilangkan diri. Dia seekor kucing jantan yang kami beri nama Emot. Emot seekor kucing yang tak banyak karenah. Suka makan nasi dan ikan, namun apabila kami tinggalkan balik kampung dia diberi makan freeskies. Apabila di luar rumah, berak dan kencingnya di tanah, manakala apabila dalam rumah dia akan berak dan kencing dalam tandas. Dia suka mengacau tiga angsa kami, namun apabila dikejar dek angsa-angsa itu, dia mencicit lari tak cukup tanah panjat pokok. Dialah penghibur kami sekeluarga. Kami begitu terasa kehilangannya. Baliklah Emot...













Isnin, Disember 02, 2013

PERNIKAHAN SAIDATUL ATIQAH BT ANNUAR (ANGAH)

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Saidatul Atiqah bt Annuar (Angah). Angah ini adalah anak saudara kami belah isteri yang pertama bernikah di kalangan anak-anak dan anak-anak saudara yang lain. Mereka membesar segagan, dan umur pun tak jauh berbeza. Angah lepasan UITM bertemu jodoh dengan Mohd Hafiz b Zakaria dari Kelantan. 

Majlis walimatulurus diadakan di rumah Abang Annuar dan kak Timah di Kesang Tua, Jasin, Melaka pada hari Ahad 1 Disember 2013. Pernikahan dijalankan pada malam Sabtu 30 November 2013 selepas solat fardhu Isyak. Semua adik beradik belah Abang Annuar dan semua adik beradik belah Kak Fatimah hadir sama sehari sebelum itu. Gembira rasa apabila kami dapat bertemu dan berkumpul beramai-ramai begitu.

Lebih kurang pukul 4.00 petang kehadiran tetamu dah mula berkurang. Kami minta diri untuk balik dek kerana destinasi yang jauh. Ada yang balik ke Pulau Pinang, ke Batu Kurau, ke Ipoh, ke Klang, ke Kuala Lumpur, ke Johor dan lain-lain. Semoga Abang Annuar dan Kak Fatimah berbahagia bersama anak-anak dan menantu...