Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 02, 2010

LDP - KURSUS STANDARD MINIMUM TUGAS AKADEMIK GURU (SMTAG)


Hari ini guru-guru SMK Telok Kerang berkursus SMTAG di Kamar Kencana. Cikgu Nordin Ehsan diberi tugas memberi pendedahan SMTAG kepada guru-guru. SMTAG akan dilaksanakan bermula pada 4 Januari 2010.

Antara objektif kursus ini ialah:
  • Menghasilkan satu standard minimum tugas akademik guru (KPI-SMTAG).
  • Menghasilkan satu panduan standard minimum latihan akademik murid (SMLM).
  • Menghasilkan satu panduan prestasi keseluruhan warga sekolah yang setara tentang penilaian kendiri SKPM.






Rabu, Oktober 28, 2009

KURSUS PERMANIAN BERADAS DAN PEMBIAKAN TAMPANG DI MARDI KLUANG, JOHOR

Pada hari Rabu 28 Oktober 2009 saya menghadiri satu kursus di MARDI Kluang, Johor. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sains Pertanian Negeri Johor anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Scenery MARDI Kluang memang cantik. Kawasannya berbukit-bukit yang melandai. Kita akan dapat pemandangan yang cantik jika kita duduk di atas bukit bersebelahan dengan Dewan Kuliah. Kelihatan padang rumput menghijau yang luas terbentang dan tumbuh-tumbuhan dalam kajian yang tumbuh subur.

Pengisian kursus lebih tertumpu kepada proses permanian beradas haiwan ternakan, pastura, dan kaedah pembiakan tampang. Kami diminta untuk melakukan sendiri permanian beradas dan membuat kajian gelombang seperma di dalam makmal. Ditunjukkan juga bagaimana untuk mencari kedudukan servik lembu betina. Pada sebelah tengahari guru-guru ditunjuk cara bagaimana melakukan pembiakan tampang pada tumbuh-tumbuhan. Yang tak kurang seronoknya ialah ramai guru-guru memsbeli anak-anak pokok buah-buahan yang dibiakkan oleh MARDI. Ada yang membeli anak pokok dokong, anak pokok petai, anak pokok longan, anak pokok manggis, dan lain-lain anak pokok. Ceramah mengenai permanian beradas dan pastura disampaikan oleh Tn. Hj. Padzil Bin Abd. Rahman, Pegawai Penyelidik MARDI Kluang. Terima kasih....


Stesen MARDI Kluang

Peralatan untuk melakukan permanian beradas.

Memujuk kambing jantan....


Kambing jantan memanjat belakang kambing betina dan memancutkan seperma.


Tn. Hj. Padzil Abd. Rahman menunjukkan cara untuk melihat gelombang
seperma dengan menggunakan mikroskop.

Tiga orang kakitangan MARDI menunjukcara bagaimana mengira jumlah seperma
yang dilepaskan oleh kambing jantan dalam sekali pancutan.


Menyeluk untuk mencari kedudukan serviks.

Tunjukcara melakukan pembiakan tampang.

Puan Aishah menunjukkan buah mangga udang yang berat sebiji boleh mencapai 3 kg.

Selasa, Mac 24, 2009

KURSUS KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SMK TELOK KERANG

Pada 21 Mac 2009 iaitu hari Sabtu, guru-guru SMK Telok Kerang telah berkursus mengenai Kajian Tindakan. Kursus tersebut diadakan di Kamar Kencana bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua, En. Ahmad Khairi Bin Paimin. Kursus dikendalikan oleh Tn. Hj. Azahar Bin Hj. Ahmad dan Pn. Sharifah Ain Binti Mohd Ali, kedua-duanya dari SMK Dato' Penggawa Barat. Antara objektif kursus ialah guru-guru dapat menulis proposal kajian tindakan dan seterusnya dapat membuat kajian tindakan. Selain mendengar ceramah, guru-guru dikehendaki menghasilkan proposal kajian dalam perbengkelan. Dalam perbengkelan itu guru-guru dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut bidang masing-masing. Akhirnya wakil dari setiap bidang membentangkan proposal kajian untuk dikongsi bersama guru-guru lain. Tn. Hj. Azahar dan Pn. Sharifah Ain turut memberi komen-komen, saranan dan penambahbaikan proposal yang dibentangkan. Tahniah kepada Cikgu Shamsul Sazali, Ustaz Sukri, Cikgu Hirman dan Pn. Norazita yang yang tampil mewakili bidang masing-masing. Tahniah kepada semua guru yang bersungguh-sungguh mengikuti kursus ini.

Tn. Hj.Azahar dan Pn Sharifah Ain sedang mengendalikan kursus.

Guru-guru SMK Telok Kerang khusuk semasa berkursus.

Guru-guru sedang membuat proposal kajian dalam kumpulan.

Selasa, Mac 03, 2009

KURSUS PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGU GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DAN GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Pada 03 Mac 2009 PPD Pontian menganjurkan kursus Pemantapan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi GKMP Teknik dan Vokasional dan guru Kemahiran Hidup (KHB). Kursus tersebut diadakan di SMK Sri Kukup dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan kursus adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru mengenai PBS. Antara yang ditekankan ialah mengenai keselamatan dan kesihatan dalam melakukan amali, dasar dan pelaksanaan PBS, dan pendokumentasian pentaksiran PBS. En. Sujak Bin Maskan Pegawai TV Jabatan Pelajaran Negeri Johor hadir untuk perasmian penutup. Dalam ucapannya, beliau menyatakan; PBS mesti dijalankan secara jujur, semua pelajar KHB mesti menjalani PBS, bengkel diuruskan dengan berkesan, dan dokumentasi (fail-fail) PBS mesti lengkap dan terkini.




Isnin, Mac 02, 2009

KURSUS PEREALISASIAN PERANCANGAN STRATEGIK PPD PONTIAN 2009-2011

PPD Pontian menganjurkan kursus tersebut pada 02 Mac 2009 bertempat di SMK Sri Tanjung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Guru-guru yang dijemput menyertai kursus telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing seperti bidang bahasa, bidang teknik dan vokasional, bidang sains kemasyarakatan, pengurusan sekolah dan lain-lain. PPD Pontian En. Abd. Rahim Bin Lamin memberi taklimat mengenai tujuan utama kursus ini diadakan. Beliau juga menerangkan mengenai visi, misi, dan piagam pelanggan PPD Pontian. SMK Telok Kerang diwakili oleh Ckgu Hasan Bin Kasmuri (TV), Cikgu Nordin Bin Ehsan (TV), Cikgu Nor Hasni Binti Mohd Arif (Bahasa), dan Cikgu Norazrin Binti Bachok (ICT).


Kumpulan guru-guru bidang teknik dan vokasional serius menyiapkan tugasan yang diberi.


En. Selamat Bin Hj Mon PPPD Pontian turut membantu guru-guru dalan sesi perbengkelan perancangan strategik.