Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Guru Cemerlang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru Cemerlang. Papar semua catatan

Selasa, November 26, 2013

GURU MASA KINI

Guru yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu guru berada di zaman kemerdekaan dan zaman memulakan pembangunan. Sekarang guru berada di zaman ledakan teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Guru mesti menyediakan dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di masa kini.

  1. Guru mesti bermaklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang ada mungkin tidak mencukupi untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang membesar dalam ledakan zaman teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Tanpa maklumat guru tidak dapat bergerak lebih jauh dan tidak berupaya untuk menjadi seorang guru yang berkesan.
  2. Oleh itu guru mesti menguasai ICT, menggunakan alat-alat dan bahan bantu mengajar yang berteknologi terkini serta menggunakan penemuan baru yang berasaskan penyelidikan jika ingin melunaskan kerjaya dengan berkesan. 
  3. Seorang guru hendaklah menjadi guru yang dinamik pada zaman yang serba mencabar ini. Guru mesti berfikiran terbuka dan memberi responsif yang segera dan berpatutan terhadap kehendak dan tuntutan alam pendidikan. Guru adalah sebahagian tenaga bagi menghasilkan sumber tenaga manusia berkualiti yang diperlukan negara.
  4. Guru berperanan yang besar sebagai agen perubahan masyarakat serta sebagai agen merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Kini guru bukan sahaja sebagai pengajar di dalam bilik darjah, mereka juga berperanan sebagai pengganti ibu bapa, mentor, pembimbing dan kaunselor.
  5. Dalam zaman globalisasi dan ledakan teknologi masa kini, guru hendaklah mempersiapkan diri bukan sahaja bagi menyediakan platform kejayaan pelajar-pelajar bahkan mampu mengangkat martabat pendidikan negara.
  6. Guru hendaklah sentiasa berfikiran positif, berwawasan dan berpandangan global, bersikap positif terhadap proses pembelajaran terkini, dan berusaha menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.
  7. Guru selalu bersedia untuk meningkatkan diri dalam semua aspek yang berkaitan dengan keprofesionalan sebagai seorang guru. Menjadilah seorang guru yang berbudaya ilmu pengetahuan.

Ahad, November 10, 2013

GURU JANGAN SEKALI-KALI MENGAMALKAN SIKAP TIDAK RASIONAL

Sebagai guru, jangan sekali-kali mengamalkan sikap serta tingkah laku yang tidak rasional apabila berurusan dengan kerja dan tanggung jawab khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap tidak rasional yang membelenggu diri guru akan membawa kepada kegagalan dalam menyelesaikan tanggung jawab yang diamanahkan.

Antara perkara-perkara yang tidak rasional diamalkan oleh guru-guru adalah seperti:
  1. Sering bertindak dengan bermatlamatkan kepentingan diri dan agenda sendiri.
  2. Mengamalkan sikap mementingkan rakan kumpulan atau kronisme. Disamping itu sering mengamalkan pilih kasih dan mengamalkan sikap tidak adil.
  3. Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang mata pelajaran yang diajar dan tidak mengambil inisiatif untuk mendalaminya supaya pengajaran guru itu lebih berkesan dan mantap.
  4. Kemahiran tentang kaedah, teknik, pedagogi dan proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya berada pada tahap yang paling minima, biasa-biasa sahaja dan tiada usaha penambahbaikan.
  5. Tidak benar-benar komited dan serius terhadap tugas sebagai seorang guru.
  6. Adanya ciri-ciri kelemahan peribadi dari segi sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan yang membawa kesan negatif serta implikasi yang tidak wajar sebagai seorang guru.
  7. Lebih berminat kepada tugas-tugas luar bilik darjah atau luar sekolah. 
  8. Tidak fokus kepada tanggungjawab seorang guru. Fokus utama guru adalah di bilik darjah.
  9. Mencampuradukkan hal-hal peribadi dengan tugas hakiki di sekolah. Urusan peribadi serta kepentingan peribadi boleh menjejaskan kualiti kerja.
  10. Sering dibelenggu dengan rasa ketidakpuasan bekerja. Gagal untuk mengatasi stress dansering meletakkan 'diri sendiri adalah betul dan orang lain adalah salah'.
  11. Tidak mahu atau mengelak daripada membina jalinan komunikasi atau hubungan interpersonal dengan warga sekolah yang lain. Suka mengasingkan diri atau berkelompok dengan geng sendiri.
  12. Emosi diri mengatasi kematangan fikiran.
  13. Tidak mahu keluar daripada 'kebiasaan yang telah wujud sekian lama'. Hanya melakukan 'yang itu itu sahaja'. Tiada perubahan cara dan kaedah pengajaran.
  14. Tidak mahu berubah kepada trend, suasana dan pendekatan pengajaran dalam pendidikan masa kini.
  15. Hala tuju pengajaran yang kurang jelas dan samar-samar. Hanya melaksanakan tugas sebagai seorang guru pada tahap paling minima  yang biasa sahaja.

Khamis, November 08, 2012

LANTIKAN NAIK GRED TERUS KE DG41 BAGI GURU CEMERLANG

Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun depan. Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga.

Keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini. Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang. SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT). SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru. Semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

Sabtu, Januari 21, 2012

CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PENDIDIK

Adakah ciri-ciri berikut ada pada kita jika kita seorang guru?
  1. Beriman
  2. Berakhlak mulia
  3. Berilmu
  4. Bijak
  5. Fizikal cergas
  6. Berdisiplin
  7. Emosi stabil
  8. Futuris
  9. Gigih
  10. Dedikasi
  11. Hijrah
  12. Intelektual
  13. Bersemangat juang
  14. Kreatif
  15. Taat
  16. Bermatlamat
  17. Nekad
  18. Oportunis
  19. Proaktif
  20. Kualiti diri
  21. Rasional
  22. Sabar
  23. Tenang
  24. Kuat berusaha
  25. Tidak mudah putus asa
  26. Versatil
  27. Waspada
  28. X-Factor
  29. Optimis
  30. Zikrullah
.....wow

Ahad, Ogos 14, 2011

GURU YANG CEMERLANG

 Sesungguhnya kita adalah seorang guru yang cemerlang jika.....
  1. Guru yang cemerlang adalah guru yang berkualiti.
  2. Guru yang cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek.
  3. Guru yang cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu/insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.
  4. Guru yang cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran.
  5. Guru yang cemerlang adalah guru yang segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa.
  6. Guru yang cemerlang mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara.
  7. Guru yang cemerlang mempunyai komitmen profesional yang tinggi.
  8. Guru yang cemerlang adalah pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi pengalaman.
  9. Guru yang cemerlang berkebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
  10. Guru yang cemerlang berkebolehan mengurus pelajar.
  11. Guru yang cemerlang boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
  12. Guru yang cemerlang Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
  13. Guru yang cemerlang dapat menunjukkan komitmen yang tinggi.
  14. Guru yang cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki.
  15. Guru yang cemerlang peka terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik.
  16. Guru yang cemerlang mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini.
  17. Guru yang cemerlang hendaklah celek komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
  18. Guru yang cemerlang mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.
  19. Guru yang cemerlang perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut.

Isnin, April 19, 2010

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN: STATUS GURU CEMERLANG

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menggariskan enam teras strategi mampu memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di mata dunia. Teras strategi kelima iaitu “Memartabatkan Profesion Keguruan” berperanan meningkatkan martabat profesion keguruan dan menjadikan profesion ini kembali dihormati sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi pada masa hadapan.

Guru Cemerlang sebagai model dalam organisasi pendidikan memainkan peranan yang penting melalui proses pembinaan modal insan berkualiti untuk masa depan negara ke arah memartabatkan profesion keguruan. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menjadikan profesion keguruan dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh sebab itu kualiti, kerjaya dan kebajikan Guru Cemerlang sentiasa diberikan perhatian.

Guru Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti diperincikan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri murid mengikut tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran atau bidang pengkhususan.
  3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan bimbingan guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
  4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.
  5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN GURU CEMERLANG (GC)

Kewujudan jawatan Guru Cemerlang hasil daripada memorandum kepada Kabinet yang bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” pada tahun 1993. Jawatan GC mula diperkenalkan pada tahun 1994.

Tujuan Pewujudan Jawatan Guru Cemerlang (GC) ialah:

  • Memperluaskan peluang naik pangkat.
  • Memberi peluang guru berpengalaman, berkemahiran dan pakar dalam P&P naik pangkat;.
  • Membolehkan guru naik pangkat tanpa meninggalkan tugas mengajar.
  • Menyediakan peluang naik pangkat dengan lebih laju ( Fast track ).
  • Pengiktirafan kepada guru dalam mata pelajaran masing-masing.
  • Meningkat kualiti P&P .
  • GC sebagai role model.
  • Meningkatkan motivasi guru .
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah

PELUANG KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG

Berikut adalah peluang kenaikan pangkat jawatan-jawatan Guru Cemerlang di sekolah.

Guru Cemerlang:
  1. DGA29 ke DGA 32 (min 5 tahun mengajar)
  2. DGA32 ke DGA 34 (min 3 tahun DGA 32 )
  3. DG41 ke DG44 (min 7 tahun mengajar)
  4. DG44 ke DG48 (min 3 tahun GC DG44)
  5. DG48 ke DG52 (min 3 tahun GC DG48)
  6. DG52 ke DG54 (min 2 tahun GC DG52)
  7. DG54 ke Gred Khas C (min 2 tahun GC DG54) (Guru berkhidmat sekurang-kurangnya 17 tahun untuk menjawat jawatan Gred[ Khas C).

Guru Super:

  • Seorang Guru Cemerlang Gred Khas C
  • Menampilkan tahap ketokohan, kepakaran dan profesionalisme yang tinggi dalam subjek kepakaran
  • Meningkatkan ilmu, penulisan dan penyelidikan ilmiah; dan
  • Menjadi pakar rujuk sehingga ke peringkat nasional.

Penempatan Guru Cemerlang:

  • GC terus kekal mengajar dalam bilik darjah di sekolah yang ditetapkan;
  • GC yang bertukar ke sekolah lain perlu mengajar mata pelajaran yang sama;
  • Penempatan dan pertukaran GC di bawah tanggungjawab Bahagian Sumber Manusia;

Kompetensi yang dinilai untuk menjadi Guru Cemerlang:

  • Ketrampilan Profesional
  • Pengajaran & Pembelajaran
  • Pengurusan Kurikulum
  • Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
  • Keperibadian
  • Pembangunan Diri

Penyeliaan dan Penilaian:

  • Dari segi penyeliaan, GC masih tertakluk kepada hirarki mengikut carta organisasi jabatan tempat mereka bertugas; dan
  • Penyediaan LNPT mengikut prinsip “tidak boleh dinilai oleh pegawai yang lebih rendah grednya daripada pegawai yang dinilai”.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG DAN GURU-GURU LAIN

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran adalah kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

Tiga Jenis Strategi iaitu:
  1. Pemusatan Guru
  2. Pemusatan Murid
  3. Pemusatan Bahan

1. Strategi Pemusatan Guru

  • Guru memainkan peranan yang utama
  • Guru menguasai dan mengawal aktiviti murid
  • Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala
  • Kepimpinan guru bersifat autokratik
  • Guru mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
  • Guru mementingkan pencapaian akademik

2. Strategi Pemusatan Murid

  • Murid memainkan peranan aktif dalam proses P & P
  • Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala
  • Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
  • Strategi P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid
  • Perkembangan murid secara menyeluruh
  • Perbezaan individu diberi perhatian

3. Strategi Pemusatan Bahan

Dua kategori BBM:

  1. Bahan pengajaran digunakan oleh guru seperti carta, model, gambar, kad kerja atau kad imbasan.
  2. Bahan bantu pembelajaran digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.

  • Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan untuk mencapai objektif
  • Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
  • Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas
  • Mempertingkatkan interaksi sosial murid
  • Mengajar dan belajar melalui pengalaman

Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas. Di antaranya ialah:

  • PENDEKATAN INDUKTIF
  • PENDEKATAN ELEKTIF
  • PENDEKATAN TEMATIF
  • PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
  • PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLOBERATIF
  • PENDEKATAN INDUKTIF

Pendekatan-pendekatan ini:

  • Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat
  • Murid membuat kesimpulan
  • Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
  • Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan
  • BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan
  • Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan

OBJEKTIF KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG (GC)


“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang


Jawatan-jawatan seperti Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang ialah:
  1. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  2. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  3. Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  4. Meningkatkan motivasi guru.
  5. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  6. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  7. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  8. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu/insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Marzita (2003) dalam rencananya menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Selaras dengan itu, segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seperti mana yang dinyatakan dalam Tema Guru 2003 iaitu ‘Guru Berkualiti Inspirasi Negara’. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang serta mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara. Justeru, untuk melahirkan guru berkualiti mestilah wujud daripada PPG yang cemerlang.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002) pula, guru cemerlang menunjukkan ciri-ciri seperti:
• Komitmen profesional yang tinggi.
• Pakar dalam semua bidang, sedia berkonsi pengalaman
• Kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
• Kebolehan mengurus pelajar.
• Boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
• Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
• Menunjukkan komitmen yang tinggi.

Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Pendeknya, ciri-ciri berkualiti tersebut adalah seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini. Sebagai contoh, guru tersebut hendaklah celek komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (pernah mengambil kursus teknologi pendidikan). Guru tersebut juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.

Bagi mendapat ciri-ciri berkualiti ini, pendidik/guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik puas.


Sumber:
Program Pendidikan Guru Teknik Dan Vokasional Yang Cemerlang
Oleh Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

CABARAN-CABARAN BAGI GURU CEMERLANG

Cabaran-cabaran bagi Guru Cemerlang

Berikut adalah cabaran-cabaran bagi guru-guru yang dinamakan Guru Cemerlang:

  1. Guru Cemerlang merupakan individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam mata pelajaran masing-masing, justeru mereka dilihat sebagai kumpulan guru yang mampu membantu JPN dan PPD mengendalikan pelbagai aktiviti atau program seperti seminar,
    bengkel, persidangan, kursus dan lain-lain. Mereka sering dipanggil sebagai penceramah, fasilitator dan jurulatih. Dengan itu mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pelbagai kemahiran, terutamanya maklumat-maklumat pendidikan yang terkini serta
    kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  2. Selain aktiviti pengajaran & pembelajaran di bilik darjah, Guru Cemerlang juga mempunyai pelbagai tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah serta terlibat dalam perlbagai program di peringkat PPD, JPN dan KPM. Penglibatan aktif Guru Cemerlang dengan
    tugasan di luar sekolah kadang kala menyulitkan pihak Guru Cemerlang dengan Pentadbir Sekolah. Maka mereka perlu berkemahiran membahagikan masa serta bekerja secara work smart dengan kedua-dua pihak.
  3. Guru Cemerlang selalunya dijadikan contoh dari segi pengurusan kerja, komitmen dalam tugas, sikap dan kreativiti oleh pentadbir sekolah dan nama meraka sering disebut-sebut di dalam mesyuarat guru di sekolah. Keadaan ini ada kalanya menyebabkan wujud rasa
    rendah diri terhadap kemampuan atau kebolehan guru-guru lain. Maka mereka perlu pandai beramah mesra, sering saling membantu, berketerampilan diri serta sahsiah yang terpuji.

Sabtu, April 10, 2010

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG (GC)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG

1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM

  • Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997, kurikulum kebangsaan dan surat pekeliling.
  • Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut garispanduan dan tahap kebolehan pelajar.
  • Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan P & P ( BBM, pentaksiran pencapaian pelajar, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis pelajar ).
  • Tentukan status semasa pencapaian ( TOV ) setiap pelajar .
  • Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
  • Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu pelajarnya.
  • Sedia program pengayaan/pemulihan.
  • Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.
  • Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.
  • Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan pelajar.
  • Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.
  • Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran, kepakaran atau bidang pengkhususan

  • Jadi ahli panitia mata pelajaran.
  • Jadi pakar rujuk mata pelajaran.
  • Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.
  • Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.
  • Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.
  • Jadi penasihat persatuan akademik.
  • Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi akademik.
  • Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum

3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan

  • Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum atau kokurikulum.
  • Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).
  • Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru berkenaan.
  • Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.

  • Jalankan kajian atau inovasi
  • Hasilkan penulisan/artikel
  • Bentang hasil kajian / penulisan

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian di KPM

  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua Jabatan

6. Am

  • Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia / Jemaah nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri .

Khamis, April 08, 2010

SIAPAKAH GURU CEMERLANG (GC)?

DEFINISI GURU CEMERLANG

  • Guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinnggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang P & P.
  • Sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

PERIBADI

  • Sahsiah terpuji
  • Berketrampilan
  • Berpegang teguh kepada etika pengurusan dan perkhidmatan awam
  • Peka dan prihatin terhadap kelerpuan pelajar
  • Jadi “role model” kepada warga pendidik

PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

  • Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran/bidang pengkhususan dan kepakarannya.
  • Jadi pakar rujuk P & P.
  • Bijak urus masa, bahan, sumber, alat P & P.
  • Mampu kenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar dan sediakan program tindakan susulan .
  • Berpengetahuan dan mahir dlm bidang ICT

HASIL KERJA

  • Berupaya tingkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan FPK.


KOMUNIKASI

  • Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi.
  • Mampu menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dlm pelbagai situasi .


POTENSI

  • Berwawasan
  • Proaktif
  • Ada inisiatif
  • Responsif
  • Inovatif


SUMBANGAN KPD KEMAJUAN PENDIDIKAN NEGARA

  • Berupaya menjana idea baru dlm mata pelajaran / bidang pengkhususannya
  • Berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan negara