Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Rabu, Jun 24, 2015
Selasa, Jun 23, 2015
PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAHKU DI SERANG HISTERIA
Pagi ini ramai pelajar perempuan sekolaku yang
diserang histeria. Suasana sekolah menjadi kelam kabut sedikit apabila
jeritan-jeritan kuat mangsa histeria kedengaran di kawasan sekolah.
Semua mangsa adalah perempuan. Tiada pelajar lelaki yang terkena. Pihak
sekolah menjemput Ustaz Wan Yusli untuk membantu memulihkan keadaan
pelajar-pelajar itu. Keadaan mula reda menjelang tengah hari.
MENGENAI HISTERIA
Kita seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti
Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti.
Adakah ini disebabkab gangguan psikologi seseorang akibat faktor-faktor
dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika
benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama Islam? Adakah bangsa lain
terlepas dari gangguan psikologi? Mengapa pula ia boleh berjangkit
seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan
bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan
fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak
tahu apapun yang telah terjadi.
Memang tidak dinafikan bahawa tekanan psikologi merupakan salah satu factor terjadinya histeria namun histeria jenis ini tidak mungkin berjangkit kepada rakan dan individu dipersekitarannya. Histeria jenis ini amat mudah mengubatinya iaitu dengan suntikan ubat penenang atau menggunakan khidmat kaunseling dan puncanya mudah dikenalpasti.
Untuk membuktikan makhluk tersebut ujud memang sukar kerana mereka berada di alam lain dan tidak kelihatan oleh pancaindera kita. Ini diumpamakan seperti nyawa manusia dan binatang, bagaimana rupa dan duduknya di dalam tubuh tidak dapat dibuktikan walau secanggih mana alat yang digunakan. Bagitu juga dengan rasa makanan seperti manis, pahit dan pedas, dapatkah kita menjelaskan kepada sesaorang yang tidak menikmati makanan tersebut. Tidak bukan?
Mengapa histeria yang disebabkan makhluk ghaib (jin) hanya gemar menyerang orang yang beragama Islam tak kira jantina. Adakah orang islam lebih lemah? Mengapa ia juga lebih kerap berlaku di sekolah atau pusat pengajian yang beraliran agama seperti sekolah tahfiz, arab atau maahad sedangkan saban hari pelajar ditempat terbabit bersolat dan membaca Al Quran? Mengapa jin tersebut tidak takut sedangkan banyak cerita dan hadis meriwayatkan jin boleh terbakar dengan bacaan Al Quran?
Penjelasan mengapa orang Islam menjadi sasaran utama histeria amat sukar tetapi secara ringkasnya ialah kesucian Islam itu sendiri iaitu penganut Islam tidak makan dan minum benda kotor seperti khinzir dan arak. Makhluk jin ini teruja untuk menempatkan manusia Islam ini kepada bukan Islam dengan apa cara sekalipun dan histeria adalah satu di antara cara tersebut. Dengan menguasai tubuh manusia tadi jin dengan mudah melalaikan mereka dari mengingati Allah. Sebab itu mereka jarang merasuki bukan Islam kerana ketidaksucian mereka adalah sama.
PUNCA TERJADINYA HISTERIA AKIBAT GANGGUAN JIN
Golongan jin merupakan musuh utama manusia tak kira apa agama yang mereka anuti. Jin yang beragama Islam juga sering mengganggu manusia kerana tujuan mereka dijadikan memanglah untuk mengganggu manusia tidak seperti makhluk lain (tumbuhan, haiwan bulan, bumi, udara dan lain-lain yang kesemuanya untuk kegunaan manusia).Oleh yang demikian mereka sentiasa mencari peluang untuk mengganggu manusia terutama yang beragama islam walau dengan alasan yang tidak menasabah.
Kaedah terjadinya histeria ialah jin-jin (pelbagai category) akan memasuki tubuh manusia di sekitar tempat kejadian dan tubuh yang lemah semangatnya akan dikuasai rohnya sehinggakan orang terbabit berada dialam ghaib dan melihat alam ghaib tersebut. Ketika terjadinya histeria ini, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung apa yang terjadi di sekitar mereka (alam nyata) dan kegiatan yang dilakukan oleh mangsa hysteria tersebut adalah dilakukan sepenuhnya oleh jin yang menguasai mereka. Mereka akan menjerit, berlari , menangis, berbual dengan bahasa aneh atau bahasa lain sesuka hati.
Biasanya ketika kejadian histeria, jumlah jin-jin yang mengganggu amat ramai adakalanya beribu-ribu atau beratus ribu ekor. Apa yang mereka nampak hanya sebahagian kerana alam ghaib banyak lapisan lagi. Jumlah jin yang memasuki setiap tubuh yang dirasuk tidak kurang seekor dan kadangkala berpuluh ekor dalam satu masa. Cuma yang paling kuat yang akan menguasai tubuh tadi. Oleh sebab itu, kejadian histeria akan berulang-ulang selagi mereka masih berada di dalam tubuh mangsa.
KAEDAH RAWATAN
Gangguan histeria yang disebabkan tekanan psikologi selalunya menggunakan rawatan moden seperti mengambil ubat penenang dan khidmat kaunseling. Pesakit juga boleh menenangkan jiwa dengan membanyakkan membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah. Bagi histeria akibat gangguan makhluk jin hanya orang yang berkemahiran mengawal mahluk tersebut sahaja yang boleh merawat dengan berkesan. Selalunya mereka akan mengeluarkan jin dari badan pesakit secara paksa atau rundingan dan biasanya pesakit ini tidak akan pulih sepenuhnya.
Ini kerana jin tadi akan memasuki kembali jasad tadi setelah perawat tadi meninggalkan pesakit atau dalam tempoh tertentu setelah rundingan berlaku (selalunya tidak berlaku histeria cuma dalam bentuk kemurungan dan lain-lain). Akibat pemulihan tidak sempurna ini, pesakit biasanya akan berubah perangainya dari sebelum kejadian tersebut. Ini menunjukkan badan pesakit tadi masih dikuasai jin.
Untuk pemulihan sepenuhnya, pesakit perlu mencari PAKAR yang boleh mengeluarkan jin tersebut sepenuhnya dan 'memagar’ pesakit tadi. Biasanya pagar yang dibina juga menggunakan jin dan biasanya apabila pengubat itu menggunakan ayat Al Quran sebagai ‘pagar’ jin Islam akan melindungi pesakit tadi. Memagar kawasan juga selalu dilakukan untuk menghalang kejadian histeria berulang dan biasanya mereka menggunakan beberapa peralatan seperti kemenyan, air jampi, garam, tahi besi, botol, wafak kacang hijau yang disangan dan lain-lain. Perlu diingat walaupun apa yang digunakan oleh mereka, benda-benda tersebut tidak berkuasa walaupun dibacakan ayat suci sekalipun, oleh itu yang menyebabkan pagar tersebut boleh berfungsi ialah adanya penjaga dari jenis jin juga yang ditugaskan mengawal kawasan tersebut.
Secara logiknya walau apapun pagar yang dibuat, jin tetap boleh masuk kawasan tersebut kerana mereka boleh melalui udara dan dari dalam tanah. Oleh yang demikian tiada istilah pagar sebenar yang boleh menghalang sepenuhnya sesuatu kawasan dari dimasuki jin.
Kaedah yang paling berkesan untuk mengubat dan menghalang berlakunya histeria ialah segala jin yang berada di dalam kawasan tersebut "dibunuh" sepenuhnya seperti kita menjaga rumah dari dimakan anai-anai, segala anai-anai harus dihapuskan sama sekali. Kemudian barulah jin di badan pesakit dibunuh juga. Mungkin tuan menafikan bahawa jin boleh dibunuh, tapi ingatlah bahawa setiap makhluk yang hidup akan mati bagitu juga dengan jin hanya orang tertentu sahaja diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan tugas tersebut. Hanya ketua jin dari jenis azazil tidak akan mati hingga kiamat kerana perjanjian dengan Allah. Hanya kaedah ini membolehkan pesakit normal kembali seperti asal.
Timbul persoalan di sini, macam mana pengubatan yang dinamakan Islam. Adakah Nabi Muhammad mengajar mengubat penyakit termasuk membuang atau membunuh jin? Kalau nabi tak ajar guna bacaan Al Quran untuk mengubat penyakit adakah pengubatan menggunakan bacaan ayat suci itu boleh dinamakan perobatan islam ? Pada pendapat saya,perubatan tersebut tidak boleh dipanggil perubatan Islam kerana tiada panduan terus dari nabi. Hanya secara kebetulan yang mengubat beragama Islam dan membaca ayat Al Quran, oleh itu tak lah boleh dinamakan perubatan Islam sebab Islam itu amat luas, banyak pelopor ilmu perubatan moden dan sains oleh orang Islam seperti Ibnu Sina dan lain-lain tetapi tidak dinamakan perubatan islam.
Oleh itu apa kaedah pun yang digunakan untuk pengubatan terutama yang disebabkan gangguan jin seperti membunuh dan menghalau jin adalah harus asalkan tidak menyebabkan syirik kepada Allah. Ini kerana banyak juga pengamal perubatan yang mengguna lebel perubatan Islam hanya berunding dengan jin terbabit atau mengalihkan ke tempat lain sedangkan jin tersebut nyata telah mengganggu manusia dan merupakan musuh utama manusia tak kira bunian atau jin Islam dan lain-lain. Kebanyakkan mereka tanpa sedar juga menggunakan jin (islam) dalam proses pengubatan tersebut.
Sumber

Rabu, November 07, 2012
BEKERJALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA BEKERJA ITU ADALAH SEBAGAI IBADAH
Setiap bidang pekerjaan tenaga kerja atau tenaga buruh merupakan sumber yang terpenting. Ia sama penting dengan sumber ekonomi lain seperti; tanah, modal dan keusahawanan. Setiap pekerja mestilah bekerja dengan penuh etika dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Lantaran itu, etika dapat difahami sebagai tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu pekerjaan. Di samping itu, dalam melaksanakan apa juga kerja, ia mestilah kerja yang halal untuk saraan anak dan isteri. Selain itu, etika yang paling penting adalah sifat amanah dalam melaksanakan kerja tersebut.
Menurut Islam bekerja adalah ibadah jika dilakukan kerana Allah SWT. (rujuk az- Zariyat: 56 dan al-Bayyinah: 5)
Oleh itu, etika dan budaya kerja yang disarankan mestilah budaya kerja yang tekun dan bekerja keras, rajin dan bersungguh-sungguh, beramanah dan bersih. Dalam hal ini para pekerja amat digalakkan supaya mengikut etika yang disarankan. Melalui etika dan budaya kerja yang baik setiap pekerja akan mendapat berkat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Antara etika dan budaya yang baik adalah mengikut acuan yang terpancar daripada nilai kebudayaan Islam iaitu yang meliputi akidah, syiar, pemahaman, emosi, akhlak dan tatasusila Islam. Bekerja sebagai ibadah mestilah disematkan dalam hati setiap pekerja di negara ini.
Bekerja atau mencari rezeki untuk diri dan keluarga adalah suatu amanah. Oleh itu, bekerja juga turut menjadi amanah yang wajib ditunaikan. Ini bererti bekerja adalah suatu amanah yang wajib ditunaikan bagi mendapatkan hasil daripada pekerjaan yang dilakukan sendiri.
Dalam memilih pekerjaan mestilah pekerjaan yang halal. Jika melakukan pekerjaan yang tidak halal yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang besar dan cepat yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan keluarga. Sebagai contoh melalukan pekerjaan yang haram dan menyalahi undang-undang negara. Islam melarang umatnya melakukan pekerjaan yang tidak halal dan berdosa. Segala hasil yang diperoleh adalah haram digunakan untuk diri sendiri, keluarga atau orang lain.
Pandangan tokoh ulama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tentang ekonomi dan harta iaitu setiap masyarakat mempunyai sistem ekonomi yang khusus yang menjadi falsafah, akidah, teladan dan pandangannya terhadap individu, masyarakat harta, tugasnya serta ideanya terhadap agama, dunia kekayaan dan kemiskinan.
Menurutnya, semuanya ini mempengaruhi manusia dalam hubungannya terhadap penghasilan kekayaan, cara memperoleh, serta cara mengagih dan menggunakannya. Daripada situlah maka terbentuknya sistem ekonomi sesebuah masyarakat.
Etika dan budaya kerja Islam mencakupi segala bidang perekonomian. Antaranya; bekerja sendiri atau bekerja makan gaji. Menurut Islam orang yang memakan hasil usahanya sendiri adalah sangat mulia dan tinggi darjatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Makanan yang paling baik dimakan oleh seseorang adalah makanan yang diperoleh daripada hasil titik peluhnya, oleh sebab itu Nabi Daud as, memakan hasil yang diperoleh daripada titik peluhnya sendiri. (riwayat Muttafaq 'alaih).

Sumber: Utusan Malaysia
Sabtu, September 15, 2012
ADAB BERSAHABAT
Adab bersahabat, hendaklah melayan sahabat dengan cara yang kita sendiri mahu dilayan oleh orang lain. Sebabnya, sesiapa tidak menyukai saudaranya seperti apa yang disukainya untuk dirinya sendiri, maka persaudaraannya adalah kemunafikan dan itu baginya adalah bencana di dunia dan akhirat.
Berikut adalah adab-adab bersahabat yang dinyatakan oleh Imam Al- Ghazali:
- Mmengorbankan harta. Apabila tidak mungkin, maka memberikan baki dari harta semasa diperlukan.
- Segera mengambil inisiatif semasa sahabat memerlukan bantuan tanpa meminta balasan.
- Menyembunyikan rahsia, menutup aib dan tidak menyampaikan kepada sahabat cacian orang.
- Menyampaikan pujian orang lain yang menjadikan dia gembira, mendengar kata-katanya dengan baik dan tidak bergaduh dengannya.
- Memanggil dengan nama yang paling disukainya, memuji dengan kabaikan yang dia ketahui, berterima kasih atas perbuatannya, membelanya apabila kehormatannya dipijak-pijak sebagaimana dia membela dirinya sendiri dan menasihatkannya dengan lemah lembut atau dengan sindiran apabila diperlukan.
- Memaafkan kesalahan dan kekeliruannya dan tidak mencacinya.
- Mendoakan semasa sendirian, ketika sahabat masih hidup dan setelah meninggal dunia.
- Berbuat baik kepada keluarganya dan kerabatnya setelah dia meninggal dunia.
- Berusaha meringankan beban sahabat dan tidak membebaninya dengan sesuatu dari hajatnya, sehingga dia melegakan hati sahabatnya dari kepentingannya; memperlihatkan kegembiraan kepada semua yang menggembirakan pada sahabat di antara perkara yang menggembirakannya dan memperlihatkan kesedihan akan apa yang dialami oleh sahabat di antara perkara yang menyedihkannya; dan menyembunyikan di dalam hatinya seperti apa yang diperlihatkan sehingga dia menjadi tulus mencintainya secara batin dan zahir.
- Mendahului sahabat dengan salam semasa bertemu dengannya dan melapangkan tempat baginya dalam majlis.
- Membawa keluar dari tempatnya dan mengirinya semasa dia berdiri.
- Diam semasa dia bercakap sehingga selesai dan tidak menyampuk kata-katanya.
Ahad, April 08, 2012
AMALAN MAKAN BERSAMA BAIK UNTUK MINDA DAN EMOSI ANAK
Dapat meluangkan masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan dalam kesibukan kita, amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.
Waktu makan bersama bukan saja menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh anda peroleh ketika makan bersama ialah:
- Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera.
- Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.
- Belajar adab sopan - Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran mahupun sambung mengadap permainan komputer. Ketika inilah anda boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan. Tahukah anda, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.
- Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh anda tanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.
- Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru dan tahu mengenai adab di meja makan. Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.
- Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar. Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama.
- Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
- Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.
- Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
- Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula.
Rabu, April 04, 2012
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA NUR FATIN LIYANA PENERIMA BEST CELEBRITY BLOG DALAM WORLD BLOGGER & SOCIAL MEDIA AWARD 2012
Nur Fatin Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Fatin, 22, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini sejujurnya mengakui penglibatan dalam dunia blog awalnya hanya semata-mata mahu berkongsi pengalaman belajar di negara orang. Lalu terciptalah blog yang bernama honeykoyuki yang pada mulanya berkisar tentang kehidupannya sebagai pelajar di perantauan.
Mula menulis blog pada 5 Januari 2009, dalam tempoh yang singkat dia mampu mengumpul beribu ‘pengikut’ tegar sehingga mampu meraih beberapa anugerah. Blog diberi nama ala Jepun itu telah dinobatkan sebagai Top 6 Fastest Rising People in Google Zeitgeist Malaysia 2011, Top 5 Blog in Google Zeitgeist Malaysia 2011 dan terbaru Best Celebrity Blog in World Blogger and Social Media Award 2012.
Ia merupakan antara pencapaian dalam dunia blog yang tidak pernah sama sekali diduga oleh pelajar tahun empat Ijazah Perubatan, program berkembar antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Universitas Padjadjaran Bandung (UNPAD) ini.
“Memang tidak pernah terlintas di hati saya untuk bergelar celebrity blogger. Memang tidak pernah menyangka hasil penulisan pertama saya mempunyai ramai pembaca dan tidak pernah termimpi untuk jadi popular. Apa yang saya buat cuma menulis dan tiba-tiba ramai pula yang baca blog saya. Bagi saya tidak ada apa yang terlalu istimewa sebab seperti mereka, saya juga orang biasa cuma mungkin mereka suka blog saya kerana ia santai dan ‘sempoi’. Bahasa yang saya gunakan juga santai sehingga pembaca boleh merasai dan terkesan dengan apa yang dibaca,” jelas Nur Fatin Liyana.
Melalui blog tersebut, Fatin berkongsi tentang tip fesyen, resipi, tip kesihatan, kehidupan seharian sebagai pelajar dan pengalaman hidupnya yang gemar mengembara. Perkara paling mengujakan gadis ceria ini sejak aktif menjadi penulis blog ialah berkenalan dengan ramai orang yang sebelum ini tidak pernah dikenalinya. Dia juga tidak menafikan dengan adanya blog dia sering bertukar pendapat sekali gus menjadikannya manusia yang lebih baik. Blogging juga mengubah personaliti beliau iaitu menjadi lebih terbuka, lebih bersabar dan lebih kuat.
Fatin yang masih meneruskan latihan kedoktoran di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga hanya akan menulis blog pada masa lapangnya sahaja. Fatin menegaskan dan menasihati penulis blog lain terutama yang terdiri daripada para pelajar agar tahu keutamaan dan tahu juga mengawal diri. Apabila membuat sesuatu kebaikan, buatlah bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Ahad, Mac 18, 2012
PEMBANTU RUMAH (AMAH) INDONESIA
Dalam tiga hari kebelakangan ini, isu amah Indonesia yang dibayar RM700 untuk satu kerja hangat diperkatakan. Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan. Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia.
Majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing. Kalau hendak diikutkan skop bidang tugas amah, keempat-empat kerja itulah yang memang menjadi tanggungjawab mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji.
Tak masuk akal! Rata-rata itulah reaksi rakyat Malaysia berhubung pengumuman syarat baru pengambilan amah Indonesia Khamis lalu. Gaji minimum RM700, satu amah satu kerja khusus dan tambahan RM27 sehari jika bekerja hari rehat! Memang pelik bin ajaib mendengarkan syarat-syarat yang diumumkan itu. Jadi apabila ketetapan satu amah dengan hanya satu kerja khusus tetapi perlu dibayar gaji minimum RM700 belum dikira tambahan RM27 hari cuti diumumkan – tidak hairanlah ramai yang naik angin. Saya percaya tidak ada seorang majikan pun yang gembira dengan syarat baru itu. RM700 X 3 kerja = RM2100 = 6,000,000 rupiah. Wow...
Soal gaji minimum RM700 tidaklah mengejutkan sangat sebab memang pernah disebutkan sebelum ini, tetapi bab satu amah hanya buat satu kerja yang membuatkan ramai rakyat Malaysia berang. Kalau hendak diikutkan skop bidang tugas amah, keempat-empat kerja itulah yang memang menjadi tanggungjawab mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji.
Memandangkan selepas ini, amah Indonesia yang kerjanya mengemas, mengasuh bayi atau menjaga orang tua tidak dibenarkan lagi masuk dapur memasak, tentu payah hidup mereka jika majikan mula berkira dengan mencatu makan minum mereka. Jika benar ketetapan baru yang diumumkan itu hendak dilaksanakan, ia hanya mewujudkan suasana tidak harmoni antara majikan dan amah Indonesia.
Kalau pihak Indonesia menunjukkan sikap hendak tak hendak dengan menetapkan pelbagai syarat amah yang tidak munasabah, rasanya tidak perlulah kita terhegeh-hegeh membentang hamparan merah menyambut kedatangan mereka ke sini. Sebagai majikan, kita juga mempunyai hak dan yang pasti, pilihan ada di tangan kita!

Jumaat, Mac 16, 2012
DATUK MALEK NOOR BAKAR PINGAT DAN PIALA YANG DIMENANGI
Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedeahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan.
Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam.
Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama.
Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan.
Khamis, Februari 16, 2012
ROBERT KUOK KEKAL TERKAYA DI MALAYSIA
Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion. Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012
Sabtu, Januari 28, 2012
IBU BALING ANAK KE DINDING HANYA KERANA ANAK MINTA SARAPAN SEBELUM KE SEKOLAH
BATU PAHAT: Hanya kerana merengek meminta disediakan sarapan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dicampakkan ke dinding oleh ibunya selepas dipukul berkali-kali di rumah mereka di sini, kelmarin.
Kejadian dikatakan berlaku pada jam 7 pagi ketika kanak-kanak berkenaan sudah siap memakai pakaian seragam untuk ke sekolah. Sumber polis berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 30-an, sedang bersiap hendak menghantar anaknya itu ke sekolah berhampiran, namun mangsa merengek meminta diberikan sarapan terlebih dulu.
“Berikutan itu, suspek dikatakan naik angin lalu memukul mangsa berkali-kali sebelum mencampaknya ke dinding. Wanita itu kemudian menghantar anaknya ke sekolah dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa. Bagaimanapun, beberapa ahli keluarga menyedari kesan lebam pada mangsa memujuk kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan ketakutan, mangsa menceritakan kejadian menimpanya dan ahli keluarga ibunya cuba menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun usaha itu dihalang suspek.
“Suspek turut memberi amaran kepada ahli keluarganya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.
Keluarga suspek kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari yang sama.
Sumber: Harian Metro
Hasan:
- Anak-anak tidak selamat walaupun di rumah sendiri.
- Aku suka sangat jika anak-anak aku minta pada ibunya buatkan sarapan esok hari sebelum tidur. Rasa air tangan ibu.
Sabtu, Februari 19, 2011
INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA
Robert Kuok kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, demikian menurut tinjauan terbaharu majalah Malaysian Business di sini.
Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada dalam kedudukan semakin selesa apabila berjaya merapatkan jurang kekayaan yang dimiliki bernilai RM45.78 bilion. Nilai kekayaan Ananda meningkat hampir 70 peratus berikutan pertambahan nilai Maxis dan tindakannya menjadi tiga syarikatnya sebagai syarikat milik persendirian.
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada pada kedudukan ketiga sebagai individu terkaya negara dengan kekayaan RM12.77 bilion diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan mengumpul kekayaan sebanyak RM12.74 bilion.
Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kekal ditempat kelima dengan nilai harta RM10.89 bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.
Satu-satunya individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion.
Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau pula ditempat kesembilan dengan memiliki kekayaan sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng didakwa berada pada kedudukan ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion. Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.
Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.
Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu. Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu. Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir. Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.
Rabu, November 17, 2010
TERIMA KASIH TV3 KERANA SIARAN MENGENAI SAMBUTAN AIDILADHA OLEH MELAYU CAM DI KEMBOJA YANG SUNGGUH MENGINSAFKAN
Artikel ini saya sedut daripada Berita Harian yang bertajuk 'Melayu Cam Masih Beri Belanja Anak 3 Sen, Makan Bubur Nasi'.
'Etnik Islam di Kemboja rata-ratanya pesawah hidup daif sejak sekian lama tanpa sebarang bantuan kerajaan. Yusof Mosa, 44, nampak polos dan ceria tetapi dalam dirinya tersimpan penderitaan selama hidupnya setakat ini. Dia tinggal dalam rumah yang cuma berbumbung daun tha (sejenis pokok palma). Beliau mengusahakan sawah padi seperti 85 peratus penduduk etnik Melayu Cam lain di Kemboja. Jika hasil padi sedikit kerana kemarau atau dilanda banjir, dia sekeluarga seperti rata-rata etnik Melayu Cam lain hanya makan nasi air (bubur) sekali sehari dengan lauk ikan sungai dengan sayur timun, labu, terung atau kangkung'.
'Tinjauan Berita Harian di Swai Pekau turut bertemu pasangan Isa dan Maisom Hassan, 29, bersama bayinya, Fari, 2 bulan dan kakaknya, Fitra, 10. Tubuh Fitra mungkin tidak sampai 20 kilogram dan cuma sebesar budak berusia enam tahun di Malaysia. Dia memakai baju seragam sekolah yang juga baju basahan sehariannya. Warna putih bajunya lebih buruk daripada kain buruk orang kita. Tetapi Fitra sudah tegar hidup begitu, termasuk tanpa kasut atau selipar dan makan nasi bubur dengan rasa garam. Dia sentiasa senyum walaupun tidak pernah menonton TV, mendengar radio dan jauh daripada kenal komputer serta menikmati makanan segera seperti kanak-kakak sebayanya di Malaysia'.
'Jurugambar Berita Harian turut merakamkan seorang wanita memanggang ikan jelawat sebesar empat jari dengan bara ranting kayu dengan tungku batu di halaman rumahnya. Mereka tidak mampu membeli minyak masak dan tiada deretan botol perisa seperti pemandangan lumrah dapur rakyat Malaysia'.
'Di penempatan komuniti Melayu Cam di kanan kiri Kilometer 7 hingga 10, Jalan Kebangsaan 5, kehidupan majoriti mereka di situ juga daif. Berikutan taraf sosioekonomi yang rendah, ramai kanak-kanak tidak ke sekolah, kekurangan zat makanan, mengalami masalah cacing serta terbiar, sekali gus masa depan mereka sangat gelap'.
Mengapa saya teruja untuk memperkatakan mengenai orang Melayu Cam di Kemboja?
Ia bertitik-tolak setelah saya menonton siaran TV3 pada petang tadi yang menggambarkan kehidupan etnik Melayu Cam di Kemboja menyambut Hari Raya Aidiladha. Siaran sempena Aidiladha itu ditayangkan pada pukul 6 petang
Dalam siaran itu saya dapat lihat beberapa perkara yang menyentuh hati nurani saya. Di antaranya ialah
- Rumah dia orang amat daif. Ada di antaranya berdindingkan seperti daun palma yang berlubang-lubang.
- Rumah dibina tinggi mungkin untuk mengelakkan banjir.
- Kawasan kampung mereka kelihatan begitu daif, kotor dan tidak terurus.
- Raut wajah mereka tidak ada yang berseri. Wajah orang susah dan miskin.
- Tidak kelihatan wajah tampan dan manis berseri pemuda dan pemudinya.
- Kelihatannya tidak ada orang gemuk.
- Ada di antara mereka yang berpendapatan hanya RM4 sehari. Ada yang berpendapatan hanya RM50 sebulan.
- Oleh kerana miskin, ada yang makan nasi putih berkuahkan air berlaukkan garam.
- Dapat makan daging setahun sekali. Itupun jika ada ibadah korban di Aidiladha.
- Harga daging RM20 sekilo.
- Narator menyatakan bahawa jika ada yang mampu membeli daging, itupun oleh kerana ada keluarga atau sanak saudara yang bekerja di luar negara yang mengirim duit ke kampung.
- Biaya permit untuk kerja di luar negeri begitu tinggi iaitu antara RM4000 hingga RM5000. Mereka tidak mampu.
- Daging korban dimasak dan dimakan beramai-ramai.
- Digambarkan juga anak-anak gembira membakar baki-baki hirisan daging korban yang dicucuk ke lidi lalu dibakar dan berkongsi memakannya.
- Walaupun miskin, mereka terus berusaha mencari nafkah walaupun pendapatannya tetap jauh di bawah garis kemiskinan.
Saya ucapkan terima kasih kepada TV3 atas siaran tersebut. Saya tak pernah pergi ke Kemboja. Saya tahu mengenai kemiskinan etnik Melayu Cam melalui pembacaan buku-buku dan artikel-artikel. Tetapi setelah menonton siaran itu, jelaslah sememangnya kemiskinan membelenggu mereka.
Saya amat bersyukur hidup di bumi Malaysia. Susah dan miskin rasanya tidak boleh dibasmi. Ia hanya boleh dikurangkan. Jadi selepas ini kita rakyat Melayu Malaysia yang seagama sepatutnya membantu mereka untuk mencari sinar kehidupan yang lebih baik. Insya Allah....
Langgan:
Catatan (Atom)