Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat/Seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat/Seminar. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 20, 2011

SIMPOSIUM PENDIDIKAN GURU CEMERLANG TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR

Pagi tadi aku pergi ke UTM Skudai. Tujuannya untuk menghadiri Simposium Pendidikan Guru Cemerlang Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Simposium ini anjuran bersama Majlis Guru Cemerlang KHB Johor, JPN Johor dan UTM Johor.

Memang dah lama aku tak masuk ke kawasan UTM ini. Rindu pun ada. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku belajar dan menimba ilmu di peringkat ijazah. Itulah UTMku. Ketika aku sampai di Dewan Senat, dah ramai rakan-rakan aku Guru Cemerlang yang telah duduk elok di bangku masing-masing.

Objektif simposium ini ialah:
  1. Memberi pendedahan tentang transformasi pendidikan dan cabaran guru cemerlang PTV dalam dunia pendidikan yang mencabar.
  2. Memberi pendedahan tentang informasi terkini dalam dunia pendidikan terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran PTV.
  3. Bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa hadapan.

Simposium ini sempurna dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, En. Mohd Noor Bin Abd Ghani pada pukul 9.10 pagi. Di antara pengisiannya ialah ceramah bertajuk Guru Cemerlang Yang Cemerlang oleh Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin, Profesor Jabatan Taknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Selepas itu diadakan satu forum bertajuk Cabaran Pendidikan PTV: Masa Depan dan Hala Tujunya. Moderatornya ialah Pn Noraini Binti Dawood manakala ahli panelnya ialah Prof Madya Dr Yahya Bin Buntat (UTM), En. Saliman Bin Selamat (JPNJ), Pn. Faridah Binti Abang Wahab (MGCKHB) dan En. Husaini Bin Sulaiman (Wakil Siswa).

Aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan aku AJK Majlis Guru Cemerlang KHB Johor yang berusaha keras untuk menjayakan simposium ini.









Selasa, Disember 29, 2009

MESYUARAT KURIKULUM PERMULAAN SESI 2010

Pada hari ini Selasa 29 Disember 2009 diadakan mesyuarat kurikulum SMK Telok Kerang. Mesyuarat diadakan di Kamar Kencana. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua. Semua Ketua Bidang, Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia hadir dalam masyuarat tersebut. 

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua.
2. Post-mortem Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
3. Perkara-perkara yang dibincangkan:

  • Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah/Mesyuarat JK Panitia mata pelajaran.
  • Buku rekod mengajar
  • Pedagogi dan teknik pengajaran
  • Sukatan pelajaran/Huraian sukatan pelajaran/Rancangan pelajaran tahunan/SM-TAG/Rancangan pengajaran harian
  • Dasar-dasar kurikulum
  • Penggunaan bahan batu mengajar
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Headcount
  • Pemantauan pengajaran dan pembelajaran
  • Audit akademik/post-mortem
  • Anugerah kecemerlangan akademik
  • Pengurusan peperiksaan/ujian
  • Latihan/kerja rumah murid (SM-LAM)
  • Buku nota, buku kerja/buku latihan
  • Penggunaan buku teks/buku kerja
  • Pentaksiran berasaskan sekolah
  • Kajian tindakan
  • Program kurikulum
  • Sistem fail-memail
  • Kewangan
  • Sistem pengurusan sekolah kualiti (SPSK)
4. Harapan Tuan Pengetua
  • Maklumkan hasil mesyuarat/taklimat kepada guru-guru yang lain.
  • Ucapkan terima kasih kepada guru-guru atas pencapaian PMR 2009.
  • Mengingatkan bahawa mesyuarat panitia penting untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran.
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.


Isnin, Disember 28, 2009

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2010 SMK TELOK KERANG



Mesyuarat guru awal tahun 2010 SMK Telok Kerang diadakan pada hari ini Isnin 28 Disember 2009. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi.


Agenda:

1. Ucapan alu-alauan daripada Tuan Pengetua
2. Amanat Pengarah Pelajaran Negeri Johor - 30 Inisiatif merealisasikan Johor Top 5
3. Amanat Tuan PPD Pontian.
4. Pembentangan minit mesyuarat.
5. Amanat dan pelaporan Tuan Pengetua untuk sesi persekolahan tahun 2010:
  • Kutipan bayaran tambahan 2010
  • Pembelian buku/alat tulis/keperluan sekolah
  • Buku kedatangan murid
  • Kehadiran bertugas
  • Cuti
  • Buku rekod mengajar
  • Penampilan diri
  • Perhimpunan mingguan/guru bertugas mingguanb
  • Laporan nilaian prestasi tahunan
  • Kurukulum/SP/HSP/RPT (SM-TAG)
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Pengurusan bilik darjah
  • Headcount
  • Aufit akademik/post-mortem
  • Pemantauan sekolah
  • Pengurusan disiplin murid
  • Arahan keselamatan dan piawaian keselamatan sekolah
  • Warga asing
  • Skim pinjaman buku teks
  • Mesyuarat/kursus/teklimat/LDP/dll anjuran KPM/JPN/PPD
  • Aktiviti kokurikulum (Badan beruniform/Persatuan akademik/Kelab)
  • Aktiviti kokurikulum (sukan dan permainan)
  • Anugerah kecemerlangan sekolah
  • Pengurusan kewangan
  • Sistem pengurusasn sekolah kualiti (SPSK)
  • Perancangan strategik sekolah
  • SM-TAG dan SM-LAM
6. Buku panduan guru dan kakitangan tahun 2010.
7. Pendaftaran murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 5.
8. Ucapan penangguhan (mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari).
9. Taklimat Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat.


Isnin, Jun 22, 2009

KURSUS PROFESIONALISMA MEMBINA ITEM MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

Pada 15 Jun hingga 18 Jun 2009 saya menghadiri satu kursus iaitu Kursus Profesionalisma Membina Item Mata Pelajaran Vokasional (MPV) anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Hotel Mahkota Melaka. Sesi persekolahan penggal kedua baru bermula dah pergi kursus. Dengan senang hati saya pergi. Bertolak pada 11.00 pagi. Singgah di Muar makan tengah hari dengan murtabak Singapura. Sedap...

Dalam kursus itu buat pertama kali LPM membuka pintu untuk menyelongkari JSU pembinaan item Landskap dan Nurseri. Setiap seorang peserta kursus diberi JSU tersebut mengikut mata pelajaran masing-masing. Mudahlah guru-guru membina item nanti. Biasalah dalam sesuatu kursus, dalam kumpulan, guru-guru diminta menyedia/membina item mengikut JSU yang diberi. Di akhir kursus item-item itu diperdebatkan oleh panel-panel. Seronok juga mendengar dan melihat setiap item diperbincangkan dan diperdebatkan. Yang paling seronok lagi jika item yang kita bina tidak di beri kepada Tong Sam Pah....ha..ha..ha..ha..

Pada sebelah petang, seorang kawan baru sebilik dari Gemas bernama Cikgu Rozlan membawa saya dan Cikgu Samian Sulaiman dari Kluang, melawat nurseri khusus menjual pelbagai pokok bonsai. Nurseri ini terletak di Pokok Mangga, Bandar Melaka. Pokok-pokok bonsainya cantik-cantik belaka. Geram melihatnya... Niat di hati balik nanti nak juga membuat dan mencuba. Cikgu Rozlan dan Cikgu Samian memang kaki bonsai. Balik dari nurseri bonsai, singgah minum cocoanut shake di warung tepi jalan. Sedap rasa air ni... Ramai orang minum disitu. Minum cocoanut shake bersama nasi lemak panas-panas.

Kesimpulannya, saya bersyukur dapat menghadiri kursus ini. Terima kasih LPM kerana mendedahkan dan memberi JSU mata pelajaran Landskap dan Nurseri.