Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Isnin, Ogos 10, 2009

LANDSKAP 9 - FLORIA PUTRAJAYA 2009 - FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Floria Putrajaya 2009 telah diadakan dari 1 hingga 9 Ogos 2009 bertempat di Putrajaya. Ia juga dikenali sebagai Festival Bunga dan Taman Putrajaya. Banyak bunga berwarna-warni dan taman yang indah, cantik dan menarik di pertunjukkan kepada orang ramai yang berkunjung. Terdapat juga produk bunga-bungaan dan kraftangan selain daripada jualan dan pameran perabot taman, makanan serta minuman dan lain-lain. Mengikut laporan dianggarkan seramai 400,000 orang telah mengunjungi festival tersebut.

Saya sebagai seorang peminat taman dan landskap saya mengambil peluang bersama orang lain mengunjungi festival tersebut bersama keluarga pada hari Sabtu 8 Ogos 2009 yang lepas. Memang puas hati melihat dan menghayati taman-taman yang dibina di kawasan festival. Ada beberapa kategori taman yang dipertandingkan. Antaranya ialah kategori korporat, kategori universiti, kategori sekolah dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kerana berjaya menerima Anugerah Keseluruhan pada festival tersebut.


Brosur Floria Putrajaya 2009.

Keratan akhbar mengenai Floria Putrajaya 2009.
Pintu masuk ke kawasan festival.

Susunan yang menarik.

Orkid bergantungan di taman Kerajaan Johor.

Cantik.....

Hamparan pelbagai bunga.

Kombinasi turf dan renek.

Taman kategori sekolah.

Idea baru...

Reka bentuk biasa tapi menarik.

Petang-petang seronok duduk di sini....

Itik pun menikmati taman yang indah....

Bunga disusun cantik....

Taman kategori sekolah.

Kekuningan....

Orkid....

Pintu masuk ke salah satu taman alam festival.

Pondok beratap lalang...

Bunga lagi.....

Selasa, Ogos 04, 2009

LANDSKAP 7 - PROSES REKA BENTUK LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor


Ia adalah satu siri langkah-langkah kreatif oleh pereka bentuk yang digunakan untuk membangunkan atau menyelesaikan masalah sesuatu kawasan. Ia penting atas beberapa sebab;

memudahkan pereka untuk menerangkan kepada pelanggan sebab-sebab sesuatu langkah itu diambil untuk menyelesaikan sesuatu langkah, proses ini membantu para pereka untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan mengunakannya sebaik mungkin, dan proses ini membolehkan pereka mendapat pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Sesuatu perlandskapan perlu melalui proses-proses atau fasa-fasa tertentu untuk menghasilkan satu landskap yang menarik. Dia antaranya ialah penyelidikan dan persediaan, reka bentuk, dokumen pembinaan, pembinaan dan penyenggaraan.

1. Fasa I - Penyelidikan dan persediaan
Fasa ini merupakan fasa dimana pereka bentuk mengumpul maklumat sebanyak dan sebaik mungkin. Aktiviti ini melibatkan; persetujuan pereka bentuk dengan pelanggan, penyediaan pelan dasar,inventori dan analisis kawasan, analisis pelanggan, dan pembentukan program.


1.1 Persetujuan dengan pelanggan
Ia adalah pertemuan antara pereka bentuk dengan pelanggan. Pereka bentuk akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keperluan pelanggan.Mereka akan menerangkan akan skop tugasan yang ditawarkan dan kos yang akan terlibat. Sekiranya persetujuan dicapai, maka dokumen perjanjian ditandatangani.


1.2 Penyediaan pelan dasar
Satu pelan dasar yang menunjukkan keadaan semasa tapak diperlukan. Jika maklumat tidak diberikan oleh pelanggan, pereka bentuk boleh mendapatkannya melalui kerja-kerja mengukur dan merekod di tapak tersebut.


1.3 Inventori dan analisis tapak
Ia bermakna satu usaha merekodkan semua infrastruktur, tanaman atau apa sahaja yang terdapat di kawasan tersebut. Pelan inventori yang tepat diperlukan untuk mengelakkan kesilapan reka bentuk pada masa akan datang. Antaranya ialah; kedudukan tapak dan keadaan sekeliling, sistem lalulintas jalan keluar dan masuk, kemudahan awam, tanaman sedia ada, struktur binaan, iklim, jenis tanah, arah angin dan matahari, saliran, topografi, penggunaan tanah, arah pemandangan yang menarik atau hodoh, dan arah bunyi.


1.4 Analisis pelanggan
Mengenali pelanggan sama penting dengan mengenali kawasan. Pereka bentuk mesti mengetahui kehendak dan keperluan pelanggan. Belanjawan yang dikeluarkan amat penting untuk diketahui. Aktiviti dan pergerakan pelanggan akan banyak membantu. Antara perkara-perkara yang perlu diketahui ialah; karekter dan kesukaan pelanggan, aktiviti yang disukai dan diperlukan, dan bahan yang disukai dan tidak disukai.


1.5 Pembangunan program
Berdasarkan kepada maklumat yang ada, pereka bentuk perlu menganalisis dan menyusun aktiviti serta program mengikut keutamaan dan hanya memilih mana yang perlu sahaja. Tidak semua kehendak pelanggan boleh dimasukkan dalam limitasi kawasan dan peruntukan kewangan. Program ini juga menyediakan satu senarai ringkas aktiviti-aktiviti seterusnya ditambah dan dikembangkan dengan elemen-elemen yang perlu ada dalam setiap aktiviti tersebut.








2. Fasa II - Reka bentuk
Hasil daripada kerja-kerja di Fasa I, pereka bentuk akan mampu untuk melangkah ke Fasa II dengan lebih baik. Langkah-langkah di Fasa II ialah; pembangunan pelan konsep, pembangunan bentuk, dan pelan induk.

2.1 Pembangunan pelan konsep
Konsep adalah idea dasar sesuatu bentuk. Setiap apa yang ingin dimasukkan atau dibangunkan mestilah selari dengan konsep yang dipilih. Biasanya pelan konsep dilukis dengan menggunakan gambarajah buih dan dibantu dengan simbol-simbol yang ringkas dan mudah. Tujuan utamanya ialah untuk mengkaji hubungan antara ruang-ruang aktiviti dan untuk memastikan kesesuaian aliran dalam keadaan harmoni dan berfungsi. Pereka bentuk perlu melapangkan fikiran agar tidak terikat dengan satu-satu konsep sahaja dan mesti bersedia untuk menukarkannya.


2.2 Pembangunan bentuk

Pelan konsep perlu diperincikan lagi hasil perbincangan dan persetujuan pelanggan. Bentuk kasar, ambarajah buih, dan simbol-simbol ringkas ditukar kepada bentuk-bentuk yang lebih spesifik. Ruang-ruang mula menjadi lebih realistik. Beberapa cara pembangunan bentuk boleh dipilih tetapi mesti berdasarkan kepada konsep yang telah dipersetujui.


3. Pelan induk

Dengan terhasilnya bentuk, maka penyediaan pelan induk menjadi lebih mudah. Pada peringkat ini perkara-perkara berikut dikenalpasti, iaitu jenis tanaman, jenis bahan binaan, jenis kelengkapan, dan lain-lain perincian.










3. Fasa III - Dokumentasi Pembinaan

Setelah pelan induk disiapkan dan dipersetujui oleh pelanggan, maka dokumentasi pembinaan disediakan untuk menunjukkan kepada pihak kontraktor bagaimana untuk membina reka bentuk yang telah disediakan. Di antara pelan-pelan yang dimaksudkan ialah:

3.1 Pelan ukur

Memberikan semua ukuran bagi elemen dan ruang.


3.2 Pelan grading

Mengenalpasti kontur sedia ada dan cadangan.


3.3 Pelan tanaman

Memberikan secara terperinci jenis-jenis tanaman yang dicadangkan.


3.4 Lukisan binaan terperinci

Menerangkan secara terperinci setiap binaan yang dicadangkan.







*****(akan disiapkan kemudian)

Isnin, Ogos 03, 2009

LANDSKAP 6 - PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.

1. Keringkasan.
Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.




2. Kesatuan
Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.




3. Keanekaan
Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahana haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.




4. Penumpuan
Ia bermaksud satu tumpuan atau fokus terhadap sesuatu elemen yang khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap. Penumpuan diwujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik fokus yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri istimewa seperti warna, ketinggian, bentuk, tekstur, bunyi, atau objek/tanaman yang istimewa lagi unik. Penumpuan boleh dilakukan lebih kuat lagi dengan teknik membingkai dan mengarah pemandangan terus kepada titik fokus itu. Penumpuan boleh diberikan kepada spesien tumbuhan yang enarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur binaan, dan sebagainya.




5. Keseimbangan
Ia bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometrik, simetrikal, dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.




6. Irama
Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingat menurut pandangan mata sesuai dengan irama tertentu. Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur. Pengulangan terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan mata hingga menuju ke titik tertentu.




7. Aturan
Aturan berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari permulaan (gateway). Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk mewujudkan kesinambungan yang teliti dan berterusan. Reka bentuk aturan yang melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah sangat baik. Lebih baik untuk tidak menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujdkan 'sense of surprise'.





8. Skala
Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan perbandingan.