Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, Jun 29, 2014

RAMADHAN - PAHALA BERGANDA KEAMPUNAN TERBUKA

Kehidupan kita di dunia ini tidak bererti sekiranya kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T dan lebih tidak bererti lagi jika segala kesalahan, keterlanjuran dan dosa-dosa yang kita lakukan tidak mendapat keampunan dari Allah SWT. maka, sebagai orang yang beriman kita dituntut agar sentiasa memohan keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang telah kita lakukan samada dosa kecil mahupun dosa besar. Sesungguhnya bagi orang yang tidak memohon keampunan kepada Allah dengan menangguh-nangguhkannya atau melambat-lambatkan tindakan tersebut, mereka dianggap sebagai orang yang angkuh dan sombong dengan Allah SWT.

Maka bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan dan sebagai orang yang beriman kita sentiasa mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T. Kerana itulah, kita dituntut agar mempertingkatkan amal bagi memperolehi keredhaan tersebut, terutama dengan memperbanyakkan amal ibadah di samping dikerjakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Hari ini merupakan bulan untuk kita umat Islam menunaikan ibadah puasa, kita berpuasa dengan penuh kesabaran dan ikhlas kerana Allah semata-mata mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Begitu juga, bersamanya kita mengharapkan agar digandakan pahala, dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan hidup kita dijauhi dari godaan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW: "Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: apabila telah tiba bulan Ramadan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)

Kedatangan bulan Ramadhan amat digeruni dan ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya menghasut serta menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. menjelaskan dalam hadis baginda: "Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai". (Hadis riwayat Ahmad) 

Mencari keredhaan dan keampunan Allah S.W.T adalah merupakan amalan harian hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, mereka tidak jemu dan berputus asa melakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka keredhaan dan keampunan diatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selagi mana mereka terus memohan.

Justeru, Allah S.W.T yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Pengampun tidak akan keberatan memberi keredhaan dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang meminta dan memohan dirinya.

Salah satu hikmah diwajibkan kita berpuasa adalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." 

Berdasarkan firman Allah tersebut, membawa maksud kepada kita bahawa kesan dari ibadah puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketakwaan Mereka kepada Allah. Justeru, setelah kita melaksanakan ibadah puasa, adakah bertambah ketakwaan kita atau semakin berkurang?. Atau adakah jiwa kita semakin bersemangat untuk memperbanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringan-ringankan tuntutan ibadah?.

Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada bulan Ramadan ini, daripada kita mensia-siakannya. Kerana kita belum pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terus bersama dengan Ramadan pada tahun hadapan. Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan dalam bulan Ramadan ini satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahalanya pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadr: "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?, malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!." 

Asbabun Nuzul ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid Rahimahullah dikatakan Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang kisah seorang lelaki dari bani Israel yang telah menggunakan kekuatan senjatanya dan kemahirannya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas kehebatannya lalu Allah menurunkan ayat tersebut.

Dalam riwayat yang lain pula, dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut tentang kisah empat orang bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka. Lalu Jibril A.S datang memberitahu kepada Rasulullah S.A.W bahawa Allah S.W.T menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril AS berkata kepada Rasulullah S.A.W ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan, ini menjadikan Rasulullah S.A.W dan para sahabat amat gembira dengan perkhabaran Jibril tersebut.

Dari surah al-Qadr tersebut dapatlah kita fahami bahawa besar kelebihannya bagi orang yang beribadah pada malam Lailatul Qadar. Amalan yang dikerjakan pada malam tersebut digandakan. Samada salat yang kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikrullah yang kita ucapkan serta amalan-amalan lain digandakan oleh Allah S.W.T. Kerana itulah, bagi mendapatkan malam tersebut Rasulullah S.A.W mempertingkatkan dengan melakukan ibadah pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dan bukan hanya setakat bagi dirinya sahaja malahan Baginda menyuruh ahli keluarganya bangun bersama-sama untuk beribadah. "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga." (Hadis riwayat Bukhari)

Orang yang tekun beribadah semata-mata untuk menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendapat rahmat yang telah dijanjikan Allah S.W.T terutama dengan melakukan amalan seperti berikut:
  1. Menghayati malam tersebut dengan memperbanyakkan beribadah seperti mengerjakan salat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf, berdoa dan sebagainya.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan beribadah serta dikerjakan semata-mata kerana Allah S.W.T dengan mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
  3. Dalam kita melaksanakan ibadah di malam Lailatul Qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dengan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  4. Perbanyakkan berdoa terutama doa khusus untuk malam Lailatul Qadar. Iaitu sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A.

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W seandainya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang patut saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita juga perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati segala kelebihan dan keistimewaannya. sebagai seorang Islam kita sawajarnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistimewaannya yang terdapat di dalam bulan tersebut yang terdiri daripada tawaran pahala yang berlipat kali ganda serta anugerah Lailatul Qadar dan keampunan dari segala dosa dan kesalahan.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis riwayat Ahmad) 

Allah S.W.T. sangat menyayangi hamba-hambaNya dan ruang rahmat ini perlu direbut dengan petunjuk Allah S.W.T, "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah al-Isra' ayat : 9)

Semoga kita terus mendapat hidayah dan pahala berganda di bulan yang mulia ini, Wallahua'lam. 

Ustazah Sabariah Bt. Haji Salleh P.P.T
Penolong Pengarah
Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor.

Ahad, Mei 18, 2014

SELAMAT HARI GURU

Hari ini adalah hari guru peringkat sekolah tahun 2014. Sudah tentu aku turut sama merayakan sambutan hari guru itu bersama rakan-rakan guru dan murid-muridku. Kitorang pakai baju sedondon dengan warna striking merah hijau. Macam nak pergi ke Hawaii. Meriah sekali...

Acara sambutan disusun oleh barisan pengawas sekolahku. Cuma yang membosankan aku ialah persembahan pentas oleh murid-murid. Persembahannya hambar mungkin tidak cukup latihan dek kerana sekarang musim peperiksaan. Yang paling best apabila dapat menikmati jamuan dengan hidangan masakan Bugis yang lazat di rumah agam Cikgu Abd. Hadi Ambok Ingtang.

Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada bekas guru-guru saya, rakan-rakan guru saya di SMK Telok Kerang dan kepada semua rakan-rakan guru di Malaysia. GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.

SELAMAT HARI GURU











Rabu, Mei 14, 2014

TEMA-TEMA HARI GURU SETIAP TAHUN




2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Isnin, Mei 05, 2014

Rock Melon

http://m.liputan6.com/lifestyle/read/2045357/sepasang-melon-terjual-dengan-harga-rp-250-juta

Rabu, April 30, 2014

FORMAT PENTAKSIRAN PT3 BAGI SUBJEK-SUBJEK

FORMAT PT3 BAGI SUBJEK-SUBJEK 

1.  Format PT3 Bagi Subjek Bahasa (Ujian Bertulis)

Penerangan 
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif. 

Tempoh 
Dua jam  

Konstruk 
a. Pengetahuan dan kefahamam tentang sistem bahasa
b. Kemahiran aplikasi bahasa
c. Kemahiran kreatif aprisiasi (membaca dan menulis)
 

Kaedah Penskoran 
Analitik atau holistik 

Bentuk Ujian 
Objektif atau subjektif  

Jenis Item 
Respon terhad / respon terbuka / objektif pelbagai bentuk 

Tajuk 
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga 

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan 

Pemeriksaan
Guru memberi skor semasa ujian dijalankan secara individu
 

Mode 
Murid memberikan respon secara individu 


2. Format PT3 Bagi Subjek Bahasa (Ujian Lisan - Bertutur)

Penerangan 
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara lisan 

Tempoh 
10 - 30 minit 

Konstruk 
Kemahiran mendengar dan bertutur 

Kaedah Penskoran 
Analitik atau holistik 

Jenis Item 
Respon terhad / respon terbuka / objektif pelbagai bentuk 

Tugasan 
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga 

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan 

Pemeriksaan 
Guru memberi skor semasa ujian dijalankan secara individu 

Mode
Murid memberikan respon secara individu 



3.  Format PT3 Bagi Subjek Bahasa (Ujian Lisan - Mendengar)

Penerangan 
Tugasan memerlukan murid untuk mendengar rakaman audio dan memberikan respon  secara bertulis

Tempoh 
30 minit 

Konstruk 
Kemahiran mendengar dan memahami  

Kaedah Penskoran 
Analitik  

Jenis Item 
Respon terhad / respon terbuka / objektif pelbagai bentuk 

Tajuk 
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga 

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan 

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan panduan penskoran 

Mode 
Murid memberikan respon secara individu 


4.  Format PT3 Bagi Subjek Matematik (Ujian Bertulis) 

Penerangan 
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif. 

Tempoh 
Dua jam 

Konstruk 
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran 

Kaedah Penskoran
Analitik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan panduan penskoran 


Mode 
Murid memberikan respon secara individu 


5.  Format PT3 Bagi Subjek Sains (Ujian Bertulis) 

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu
6.  Format PT3 Bagi Subjek Pendidikan Islam (Ujian Bertulis)  

Penerangan 
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individU


7.  Format PT3 Bagi Subjek Kemahiran Hidup KHB (Ujian Bertulis) 

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu
 


8.  Format PT3 Bagi Subjek Geografi (Pelbagai Instrumen)
Bagi subjek Geografi, kaedah Pelbagai Instrumen digunakan. Pelbagai instrumen yang dimaksudkan adalah boleh diadakan dalam bentuk:

1) Tugasan bertulis
2) Ujian amali
3) Projek
4) Kajian Lapangan
5) Kajian Kes
6) Demonstrasi
7) Persembahan

9.  Format PT3 Bagi Subjek Sejarah (Pelbagai Instrumen)
Bagi subjek Sejarah, kaedah Pelbagai Instrumen digunakan. Pelbagai instrumen yang dimaksudkan adalah boleh diadakan dalam bentuk:

1) Tugasan bertulis
2) Ujian amali
3) Projek
4) Kajian Lapangan
5) Kajian Kes
6) Demonstrasi
7) Persembahan
Format Pelbagai Instrumen Dalam PT3 
Berikut adalah format bagi Pelbagai Instrumen dalam PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang digunapakai bagi subjek Geografi dan Sejarah.  

1. Tugasan Bertulis 

Penerangan 
Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan , menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam bentuk tulisan

Tempoh
Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi 6 waktu pembelajaran

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman, Kemahiran dan Nilai

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Tugasan
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan mengikut tempoh seperti yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan kepada panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu atau secara berkumpulan
 



2.  Projek 

Penerangan
Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak yang dihasilkan

Tempoh
Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi 6 waktu pembelajaran

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman, Kemahiran dan Nilai

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Tugasan
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan mengikut tempoh seperti yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan kepada panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu atau secara berkumpulan
 



3.  Kajian Lapangan 

Penerangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan

Tempoh
Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi 6 waktu pembelajaran

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman, Kemahiran dan Nilai

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Tugasan
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan mengikut tempoh seperti yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan kepada panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu atau secara berkumpulan
 



4. Kajian Kes 

Penerangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh dan membuat laporan

Tempoh
Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi 6 waktu pembelajaran

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman, Kemahiran dan Nilai

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Tugasan
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan mengikut tempoh seperti yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan kepada panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu atau secara berkumpulan
 



5.  Kerja Kursus Pendidikan Kesenian (Sekolah Seni sahaja) 

Penerangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh dan membuat laporan

Tempoh
Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi 6 waktu pembelajaran

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman, Kemahiran dan Nilai

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Tugasan
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan mengikut tempoh seperti yang dibenarkan (Februari - Julai)

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan kepada panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu atau secara berkumpulan

Jumaat, April 18, 2014

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014


1. Apakah PT3? 
PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah. 

2. Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Geografi
  • Mathematics
  • Science
  • Pendidikan Islam
  • 4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
    • KHB Kemahiran Teknikal
    • KHB Ekonomi Rumah Tangga
    • KHB Pertanian
    • KHB Perdagangan dan Keusahawanan
  • 5 pilihan bahasa tambahan:
    • Bahasa Arab
    • Bahasa Cina
    • Bahasa Tamil
    • Bahasa Iban
    • Bahasa Kadazandusun

3. Apakah skop sukatan pelajaran yang ditaksir dalam PT3? 
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. 

4. Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dalam pelaksanaan PT3? 
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan (item), panduan penskoran dan garis panduan pelaksanaan dan panduan penjaminan kualiti PT3 serta melaksanakan penjaminan kualiti PT3. 

5. Apakah peranan sekolah dalam pelaksanaan PT3? 
Sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan kertas soalan, pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, penggredan dan pelaporan PT3 berdasarkan soalan, panduan penskoran dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, sekolah perlu melaksanakan penjaminan kualiti PT3. 

6. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris? 
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditaksir menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Lisan terdiri daripada Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar. 

7. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun? 
Mata pelajaran tersebut akan menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis sahaja. 

8. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi? 
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan Pelbagai Instrumen seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian Lapangan (field study) atau Kajian Kes (case study). Bagi tahun 2014, Lembaga Peperiksaan telah menetapkan Kajian Kes sebagai instrumen pentaksiran bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan. 

9. Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan? 
Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. 

Jadual 1: Gred dan tafsiran gred bagi PT3
Gred Tafsiran Gred
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
E Mencapai tahap minimum
F Belum mencapai tahap minimum

10. Bilakah pelaksanaan PT3 ini bermula? 
Pelaksanaan PT3 dijalankan secara berperingkat seperti Jadual 2 berikut:
Tarikh Jenis Instrumen Mata Pelajaran
1 – 18 Julai 2014 Kajian Kes Sejarah
Geografi
6 – 29 Ogos 2014 Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
12 Ogos 2014 Ujian Mendengar Bahasa Melayu
13 Ogos 2014 Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
12 – 17 Oktober 2014 Ujian Bertulis Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun

11. Bagaimanakah penjaminan kualiti PT3 ini dilaksanakan? 
Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses moderasi dan verifikasi. Moderasi ialah proses menyelaras markah berdasarkan peraturan penskoran yang disediakan oleh LP. Proses ini dilaksanakan bagi memastikan ketekalan (konsistensi) dalam pemberian markah antara guru-guru yang memeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima. 

12. Adakah guru, murid dan ibu bapa bersedia untuk menghadapi pelaksanaan PT3? 
Program penataran dan taklimat telah dan sedang dijalankan oleh LP dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bahagian KPM, Pengetua, Guru Besar, School Improvement Partner Plus (SIP+), School Improvement Specialist Coach Plus (SISC+), guru sekolah rendah dan sekolah menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru di seluruh negara.

Rabu, Mac 19, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS. 

Isu-isu pelaksanaan PBS 

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah. 

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. 

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah. 


Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit. 

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.


Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. 

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.


PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.


Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) GANTI PMR MULAI 2014

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Tan Sri Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari inI.

Isnin, Mac 10, 2014