Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Julai 29, 2009

LANDSKAP 1 - LANDSKAP

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Landskap adalah apa jua rupa bentuk atau pemandangan di atas daratan/muka bumi sama ada yang semula jadi atau buatan. Contohnya; gunung-ganang, sungai, hutan, jalan raya, bangunan, tasik, padang pasir, tumbuh-tumbuhan, rumput, dan sebagainya. Landskap bleh dilihat di mana-mana di sekeliling kita.


Perlandskapan merupakan proses dan usaha manusia untuk memelihara persekitarannya yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk mendapatkan keselesaan, keselamatan, kepuasan, harmoni dan keseronokan. Landskap yang baik terhasil daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua faktor disekelilingnya agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya.


Landskap mempunyai beberapa elemen, diantaranya adalah tumbuh-tumbuhan (landskap lembut), struktur binaan (landskap kejur), air, manusia dan rupa bumi.
Untuk membina sebuah landskap ia melibatkan beberapa tenaga iaitu diantaranya pemilik landskap, pereka bentuk landskap, arkitek landskap, dan kontraktor landskap.

Landskap kampung di Besut, Terengganu.

Landskap rumah kampung di Kampung Parit Rambai, Pontian, Johor.

Landskap-landskap di LAMAN K. Lumpur


Landskap di Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Landskap di Pulau Pangkor, Perak.


Landskap mini di SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.

Landskap kampung pantai timur di Terengganu.


Ladang teh di Cameron Highland.

Landskap di Pulau Langkawi.

Landskap di Taman Tasik, Taiping, Perak.

Landskap di Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Jumaat, Julai 17, 2009

PENYELARASAN PBS MPV LANDSKAP DAN NURSERI

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Seramai 18 orang pelajar Tingkatan 5 Landskap telah dapat menyiapkan modul-modul pentaksiran. KLN yang terakhir ialah KLN 16 iaitu membina model landskap. Mereka mengambil masa selama 4 bulan untuk menyediakan di antaranya pelan inventori, pelan konsep, pelan induk dan model landskap. Tahniah!


Pada 14 Julai 2009 Cikgu Zainuddin Zainal datang ke SMK Telok Kerang untuk membuat penyelarasan PBS Landskap dan Nurseri.


Selepas ini bolehlah Pelajar-pelajar memberi tumpuan persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis SPM 2009. Diharap mereka cukup bersedia dengan mengulang kaji dan menjawab model-model soalan-soalan yang lepas. Berusahalah.... Anda pasti boleh!

Foto-foto ini adalah aktiviti pelajar 5 Landskap semasa melukis pelan induk, dan model-model landskap yang telah siap.

Model-model landskap oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.











Khamis, Julai 16, 2009

MAJLIS MENANDATANGANI LADANG KONTRAK FAMA-PENGUSAHA

Sains Pertanian SMK Telok Kerang, Pontian, Johor


Pada hari Selasa 30 Jun 2009, Cigku Hasan Kasmuri dijemput oleh FAMA Daerah Pontian untuk menandatangani MOU Ladang Kontrak FAMA-Pengusaha bertempat di Hotel Pontian, Pontian, Johor. Pemasaran rockmelon samaada di SMK Telok kerang dan yang diusahakan sendiri oleh Cikgu Hasan akan dikendalikan oleh FAMA.

















HARI KELUARGA SMK TELOK KERANG 2009

Hari Keluarga SMK Telok Kerang 2009 diadakan di Damai Desaru Beach Resort, Desaru, Kota Tinggi, Johor. Ia diadakan pada 28 Jun hingga 29 Jun 2009. Foto-foto ini adalah gambaran suasana hari tersebut.

Beramai-ramai di hadapan resort.

Damai Desaru Beach Resort

Cikgu Hasan sekeluarga


Kolam mandi...

Ustaz Sukri berceramah sambil makan.

Kenangan mengusik jiwa....



Ramai-ramai menunggu nasi....

Menunggu......



Pengetua mengetuai team langkah panjang.






Langkah yang tak berapa panjang.

Cikgu Hasan mengetuai team yang menang...

Permainan balingan kasih guna telur.



Ramai yang nengok daripada yang membantu...


Bola tampar pantai.


Senaman pagi....



Pergh.... lega rasa pinggang.





Bakar jagung...

Boling kelapa...

Mesyuarat padang...

Gaya seorang juara...

Acara lelong agaknya....

Ibu dan bapa yang lebih-lebih....

Pemandangan dari bilik 516... bilik saya sekeluarga.

Hidangan malam...

Sedap nampak...

Keluarga Ustaz Nurilfairuz.

Keluarga Cikgu Kasidah.

Keluarga Cikgu Arbaenah.

Cikgu Haslinda dan Sila.

Keluarga Cikgu Azman.

Keluarga Cikgu Zurinawati.

Keluarga Cikgu Anita.


Keluarga Cikgu Hamisah.

Keluarga Cikgu Roszaini.

Keluarga Cikgu Muslim.

Keluarga Cikgu Nordin.

Keluarga En. Ahmad Khairi, Tuan Pengetua.

Keluarga Ustaz Sukri.