Petang tadi selepas solat Jumaat kami tiga beranak pergi ke Johor Bahru atau lebih tepatnya ke Kompleks Membeli-belah Angsana. Tujuan utama kami ialah pergi ke kedai buku Badan Cemerlang dalam kompleks itu. Orang yang ramai pada masa itu membuatkan kami rasa hairan. Kami terlupa bahawa hari ini adalah cuti umum Hari Wesak.
Dalam kedai buku itu kami berpecah mengikut pencarian buku-buku kegemaran kitorang. Tercari-carilah saya buku-buku rujukan atau buku-buku soalan Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. Saya ni kan guru KHB Pertanian. Dah puas saya tercari-cari tapi tak juga berjumpa buku itu. Akhirnya saya bertanya kepada pembantu kedai buku tersebut. Pembantu itu menyatakan yang buku KHB Pertanian tak berapa banyak diterbitkan. Banyak penerbit buku tak terbitkan buku rujukan KHB Pertanian. Kalau buku KHB yang lain (KHBKT, KHBERT dan KHBPK) memang banyak. Tambah pembantu itu, boleh dikatakan semua penerbit akan menerbitkan tiga buku itu kecuali buku KHB Pertanian. Buku rujukan KHB Pertanian tak berapa laku. Tak banyak sekolah menawarkan KHB Pertanian. Itu katanya.... dan itulah alasan konkrit penerbit. Keuntungan adalah matlamat utama peniaga.
Ohhh begitu....
Sebenarnya dah lama saya mendengar keluhan guru-guru KHB Pertanian dan guru-guru Sains Pertanian. Apabila berjumpa sesama sendiri sama ada semasa bermesyuarat atau berkursus, itulah keluhan yang didengar. Pelajar-pelajar KHB Pertanian dan Sains Pertanian adalah pelajar-pelajar di kelas hujung-hujung atau pun pelajar-pelajar All England dan All Denmark. Betul ke?
Di sekolah saya - SMK Telok Kerang, hanya menawarkan dua pilihan KHB iaitu ERT dan Pertanian. Sekolah kami ini kecil, pelajarnya hanya 700 orang. Pelajar Tingkatan 3 berjumlah lebihkurang 140 orang sahaja. Dalam PMR biasanya jumlah pelajar yang mendapat A KHB Pertanian mengatasi pelajar yang mendapat A ERT. Gabungan yang mendapat A dalam KHBERT dan KHBP biasanya berjumlah 50 orang (36%). Ini bermakna KHB Pertanian dapat memberi harapan kepada pelajar-pelajar untuk mendapat A. Ini bermakna juga pelajar-pelajar yang mengambil KHB Pertanian berkehendakkan kejayaan untuk mendapat A. Ini bermakna juga diorang akan berusaha mencari buku-buku rujukan yang berkaitan dengan KHB Pertanian.
Sebenarnya mata pelajaran KHB tak perlukan sangat akan buku-buku rujukan. Berkitabkan buku teks yang dibekalkan dah cukup untuk pelajar-pelajar dapat A. Dengan syarat mereka belajar....belajar....belajar.....dan buat kerja kursus dengan baik.
Apa yang saya perkatakan di sini hanyalah ketiadaan/kekurangan buku-buku rujukan KHB Pertanian di pasaran jika dibandingkan dengan tiga lagi pilihan KHB. Itu pun kerana saya tercari-cari buku tersebut. Sebenarnya dah lama saya tak pergi ke kedai buku. Jadi saya kurang tahu perkembangan penerbitan buku-buku dewasa ini... hehehehe.....
1 ulasan:
salam,betul 2 cikgu,saya merupakan pelajar tahun akhir bclr pendidkan sains pertanian,upm,bakal menjalani latihan mengajar awal bulan 3 ni di smk dato seth,memang susah buku rujukan khb pertanian ,saya dah cari merata,tapi xde lagi stakatni,yang untuk spm pun sama,xde lagi katanya,risau juga,saya nak mengajar nanti,nak dapatkan bahan dari mana,stakatni,cikgu mengjar,bahan rujukan cikgu ambik dari mana?
Catat Ulasan