Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Ogos 18, 2011

KIBARAN JALUR GEMILANG SEMARAKKAN CINTA NEGARA

Kibaran jalur gemilang menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara. Lagi tinggi bendera itu berkibar, lagi tinggi semangat aku cinta kepada negara ini. Lagi banyak bendera itu berkibar, bertambah lagi sayangnya aku kepada negara ini.

Itulah yang aku rasa setiap tahun menjelang 31 Ogos, hari kemerdekaan negaraku Malaysia. Sejak aku berpindah ke sekolah ini iaitu SMK Telok Kerang dari Perak Darul Ridzuan pada akhir tahun 1997, inilah kerja aku saban tahun menjelang tarikh keramat 31 Ogos iaitu mengibarkan Jalur gemilang di kawasan sekolah. Jawatan ini seolah-olah jawatan tetap tanpa berpencen bagiku. Aku bersama-sama beberapa murid pilihanku  bertungkus-lumus mencacakkan tiang-tiang Jalur Germilang di  kawasan yang sesuai di sekolah terutamanya di sepanjang jalan di hadapan sekolah dan di kawasan Dataran Nilam. Tidak ada guru lain yang datang atau membantu kami semasa membuat kerja-kerja tersebut. Tentunya mereka sibuk dengan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Ini bermakna dah 14 tahun urusan kerja-kerja menaikkan Jalur Gemilang di sekolah kami  terletak di pundak aku bersama murid-murid pilihan aku. Dari membeli bendera hingga menjamu makan dan minum murid-murid yang membantu (sebagai tanda terima kasih atas penat-lelah diorang) aku lakukan bersendirian. Oleh kerana bulan ini adalah bulan Ramadhan (bulan puasa), aku akan jamu diorang selepas Aidilfitri nanti. Seronok juga bekerja dengan diorang. Walaupun panas terik, gurau senda dan cerita mengenai merdeka daripada diorang semasa buat kerja amat menghiburkan aku. Secara tidak langsung aku terapkan semangat kemerdekaan dalam  diri diorang.

Kempen kibarkan Jalur Gemilang ini adalah sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara di kalangan murid-murid dan masyarakat tanah air ini. Sudah lima puluh empat tahun Malaysia merdeka berdasarkan sambutan Hari Kemerdekaan  negara pada 31 Ogos ini.

Kempen kibarkan Jalur Gemilang selma sebulan ini bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan warga tanah air ini. Kempen ini yang dijalankan di seluruh tanah air, sama ada di kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia adalah  untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan. Objektif utamanya adalah untuk dirasai oleh masyarakat bahawa kita perlu mengibarkan bendera kita bagi menyambut bulan kemerdekaan kita yang pada tahun ini akan disambut pada 16 September 2011 nanti.

Sambutan hari kemerdekaan negara kita yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Ogos akan disambut pada 16 September kerana ada kemungkinan hari raya Aidilftiri akan jatuh pada hari merdeka.

Puas rasa hatiku apabila melihat kibaran Jalur Gemilang di kawasan sekolah aku dan di mana-mana di Malaysia. Ini kerana aku terlibat secara langsung dengannya.

Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putera puteri sayang
Putera puteri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
(*)
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
(Ulang *)













Tiada ulasan: